Homestay Seremban Kepala Hotak Ko ni sangatlah tidak direcommenkan pada sesiapa. Klik sini untuk link iklan dia.
Minggu lepas mak mertua saya buat operation dekat Hospital Seremban. Breast Cancer tapi baru first stage je. Dapat detect awal. Saya contact la Rizal tuan punya rumah ni. Saya dah kata dgn dia saya tak tahu nak tinggal berapa lama dekat sini. Coz nak tengok condition mak lepas operate jugak. Kot2 ada kompilasi lepas operate kena la stay lama kan. Kami memang cari homestay yang boleh nak masak memasak. Coz mmg nak duduk lama. Mulanya nak sewa apartment Sapnish Villa dekat Seremban tu. Ada 3 bilik dan juga dapur. Harga RM250++ semalam. Samalah dengan rumah Rizal ni.. Rizal kata takpela, lagi lama tinggal kat situ lagi dia suka.
Then kami fikir nak basuh2 baju kan..baik duduk rumah yang macam rumah ni. Biarlah kena kemas sendiri pun.
Mula2 saya call Rizal ni. Then saya ke Spanish Villa. Saya call Rizal tu balik cakap tak jadi la nak sewa. Dia kata harga boleh runding. Sebab tak nak hilang customer la tu.
Pastu saya call balik lepas dah discuss punya discuss kan. Ambikla rumah Rizal ni. Tapi kami cakap untuk 3 hari je. Dia kata kalau lebih 4 hari dia kurangkan harga RM220 1 malam. Saya dan suami saya dengar dia cakap masa tu.
Kami somi isteri dengan sorang makcik je tido situ. Tu pun gilir2 tido hospital. Cuma hari sabtu mak ngan adik saya dtg jugak dan sekeluarga ipar lagi. Cuma malam tu rumah penuh orang.
Siang memang semua kat hospital la. Takde de la nak tgk TV kecik dia pun:=p
Takde budak2 pun antara kami. Jadi rumah tu tak bersepah pun. Dahla dia hantar anak dia yang sekolah je hantar kunci. Dengan rumah tak bersapunya. Hampeh. Saya tak argue mula2 sebab kitorg pun desperate nak rumah kan. Tapi lepas dia kurang ajar sangat...macam di siat2 hati ni sampai harini.
Masa anak dia bagi kunci kami bagila RM100. Deposit macam yang dia kata suruh bayar. Then malam tu dia datang jumpa kami. Rizal ni kerja kat KWSP Petaling Jaya. Hari2 dia ulang alik KL-Seremban. Anak bini ada sini. Dia ada 2 rumah. Rumah ni memang dia tinggal pun. Sebab periuk belanga bawang gula minyak semua ada. Agaknya dia selang seli duduk dgn rumah lagi satu tu. Dia iklankan..ada org nak sewa dapatla duit kan. 5 hari org duduk klw charge RM200 satu malam pun dah seribu kan kan. Rumah ni dia charge RM250 per/night.
Masa kitorg dtg ada baju2 bersidai dekat ampaian. Kitorg ambik kunci terus pergi hospital. Pukul 12 malam camtu baru kami balik rumah. Untuk mandi dan tidur saja. Saya perasan malam tu baju ada kat ampaian lagi. Pagi2 esok tengok dah takde dah. Masa bila pulak tuan rumah ni datang ambik baju2 dia pun kitorg tak perasan.
Hari kedua dia sebuk call2 saya mintak duit. Katanya biasa org sewa mmg bayar dulu sebelum duduk. Aiseh! Ok kami bayar unt 2 hari dulu. Tambah lagi RM500.
Hari ketiga bini dia plak telepon saya. Pura2 tanya mak camne. Last2 bagi tepon kat laki dia maybe tak smpai hati nak mintak duit kot. Laki dia cakap malam2 tutupla langsir depan coz org luar nampak.
Kat depan rumah kitorg tu ada surau. Rizal tu semayang kat surau tu. Husband saya ada dlm kereta pukul 8.30 mlm camtu. Tunggu saya bersiap kami nak ke hospital. Nampak la Rizal ni jenguk2 rumah tu. Hampeh betul. Dia tak nampak suami daya dlm kete tu. Dah bagi sewa biarkan jelah kitorg menyewa. Kalau takut org ambik brg2 dlm rumah takyah la iklan kan homestay. Mangkuk 4 segi punya org!
Ok dipendekkan cerita mengumpat ni. Hari ahad iaitu hari ke empat kami duduk situ dia keep calling saya. Nak mintak duit lg. Saya masa tu hantar mak kandung dan adik balik KL. Rizal ni kan cuti...sebukla nak jumpa kitorg nak ambik duit. Last2 saya punya geram saya kata " encik jgn risau kami tak tipu duit org..kami bayar nanti cuma lambat je". Geram tau dia asyik tanya bila nak bayar bila nak bayar smpai sanggup dtg kat hospital tempat mak mertua saya tu di rawat nak ambik duit punya pasal.
Esoknya kami ambik keputusan nak balik je. Mak pun dah boleh keluar hospital. Cuma doktor suruh dtg lagi buat rawatan susulan. Ikut perancangan kami nak la duduk lagi kat homestay tu. Takyah la nak ulang alik KL-Seremban ni. Tapi sakit hati punya pasal kami check-out je Isnin tu. Mula2 saya msg dia tanya kalau keluar pukul 8 malam dia charge berapa? Dia kata RM100. Kitorg nak tumpang peti ais je snrnya. Sbb ada ikan haruan untuk mak. Mak discharge pukul 9 malam. last2 kitorg beli tong nasi taruk ais taruk ikan. Murah je tong tu tak smpai RM100 pun:p.
Tadi saya msg saya tanya je "klw kluar rumah pukul 8 malam berapa" kan. Saya tak cakap pun nak duduk situ smpai kul 8 malam. Bila dia cakap charge RM100, saya kata takpela..kami keluar terus tengahari. Tahu apa dia msg???
Bengkek tak bengkak la kena halau camtu. Samdol punya org. Aku angkut semua perabut rumah ko kang! Kalau tak tahu berbudi bahasa tak payahla nak buat homestay2 ni..klw sewa hotel pun ada org dtg kemas bilik hari2..ini homestay ko yg tak bersapu dan bertukar cadar masa kitorg dtg. Kitorg bukan menumpang rumah ko pun...kitorg bayarla!!!
Sape kawan Rizal ni..printkan entry ni dan tampal kat muka dia. Aku geram!