Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan Malam Ni...Malam Tahun Baru

Sape yang tak reti nak tido malam ni leh la tunggu gerhana bulan malam ni. Start kul 1.24pagi smpai kul 5pagi lbh. Lagi ok tengok gerhana bulan tu daripada korang g tgk bunga api kat konsert2 new year yang btah hape2 memekak tu. Bunga api yang tak ku heran batak cam orang penan sekalipun sebab setiap kali ada raya melayu, cina, iban segala lah smua nak dibakar bunga2 api tu. Memakak je weh aku nak tido ni.

Dapat tgk gerhana lagi best. Selain daripada dapat melihat kebesaran Allah boleh menginsafkan betapa kerdilnya kita di dunia ini.

Setiap kali kita meraikan tahun baru..semakin kuranglah tahun kita hidup di dunia ini.


:::Pelik dengan umat Islam kat Msia ni. Time Maal Hijrah aritu tak sambut dgn meriah pulak. Korang g la intai bulan kat tingkap. Cantik bulan malam ni. Terang benderang.

Wednesday, December 30, 2009

Terminate Celcom Broadband

Baru je balik terminate broadband celcom ni. Takleh pakai langsung. Memangla liputannya paling meluas klw nak dibandingkan dengan broadband jenama lain. Tp klw tempat di mana kita selalu gunakannya pun line tak clear apa guna kan.

Total report saya kat servis center Celcom ni adalah 6 kali. Heh heh customer byk bunyik sungguh saya ni. Last2 dah fedap saya ckp nak terminate. Tp biasala bab nak terminate ni bkn keje sng. Kena pergi Celcom Center dia sndiri. Takleh terminate by phone. Begitu juga untuk downgrade plan dia. Klw nak upgrade boleh by phone nak downgrade harap maaf yer. Kena pergi celcom center tu sndiri.

Skrg ni saya pakai maxis. Tukar dengan kakak ipar haritu. 3 bulan dia pakai saya punya celcom takleh tahan dah. Lembab cam siput. Klw area saya duduk ni bolehla bg alasan sbb umah tepi gunung kan. Ni yg kakak ipar dok tgh2 bandar pun line tak clear camne. Setelah dibuat kajian, area Batu Caves ok klw pakai PI Wimax potong2 tu. Tp since pakai maxis ni tgk ok je walau kdg2 time mlm tu lembab cam IQ sotong je, tak trasa lg nak tukar line.

Nak terminate broadband celcom ni senang je. Pergi je kat mana2 Celcom Broadband yang korang jumpa. Saya tadi terminate kat Ipoh. nak harap jumpa Celcom berhampiran anda mmg tak jmpa la kan. Kebetulan lalu td nampak Celcom Center suruh hubby benti terus masuk dalam----->Mintak borang termination----> Isi---->Ambik no.---->Pergi kaunter----->Bagi IC, bayar bil tertunggak. Settel.

Adake patut org celcom tu suruh saya pakai plan RM68 klw plan RM98 tu tak clear. Wakaka lawak la ko. Kat borang termination tu saya tick alasan nak terminate ialah Migrate to Maxis. Pastu pandai2 lak tambah "HIDUP MAXIS!"..haha.

Tuesday, December 29, 2009

Hubby di kala kurus...

My hubby yang plg kecik tu. MIL saya tak pernah complaint about my berat badan berlebihan. Sebab dia masa muda2 pun gemok jugak. Klw my mom adehhhh...makan byk...perut buncit...bla bla bla..adoyaiii. Adik beradik hubby semua laki2. Anak sedara belah dia pun semua laki2. Takde sorg pun pompuan.

Motif bagitau kat blog? Saje..godek2 kat laptop jmpa gambar nih. Xoxo.

Friday, December 25, 2009

U just need some rest..

Boss : Awak ni tiap2 bulan mesti nak cuti.

Saya : Untuk hilangkan stress bos.

Boss : Awak takde rupa orang stress pun.

Saya : Sebelum stress tu dtg saya hindarkannya dulu boss. Supaya kita selalu rasa bahagia, rasa tenang, tdk fikir buruk2 psl boss or others. Saya happy boss pun akan happy. hehehe.

Boss : Pandaila awak. So bape lama pula yang awak nak cuti kali ni?

Saya : Sampai tahun depan boss.

Boss : Mak aih lamanya. Setahu saya awak punya annual leave dah habis masa raya haritu kan.

Saya : Haah bos. Dah habis masa raya cina awal tahun aritu. Masa raya lain saya gunakan segala leave yang ada. Termasuk let's leave without your boss know. Hehe.

Boss : So kali ni awak nak gunakan leave yg mana plak?

Saya : Maternity leave boss. Never used it.

Boss : $#^&%$&^%*%*



HAPPY HOLIDAY EVERYONE!!! Saya cuti seminggu. Sekarang ni dah far far away from KL. Syioknya cutiiiii....Yahoooooo!

Thursday, December 24, 2009

Selagi Kita Hidup, Selagi Itu Ada Yang Tak Suka

Memilih kawan ibarat memilih untuk menaiki van jenazah atau ambulans. Jika ambulans, dia memberi kita harapan untuk teruskan hidup dan memberi kita semangat dalam menahan kesakitan juga keperitan hidup. Tapi jika kita memilih van jenazah, dia hanya sekadar kawan yang tak boleh nak buat apa, hanya melihat kehilangan kawan. Harini dia sedih, esok2 belum tentu dia ingat pada kita lagi.Kawan ada banyak kawan. Jika dia suka berkawan dengan kita, dia tidak akan sesekali fikir negatip tentang kita.
Kawan ada ramai kawan. Ramai kawan suka ke Majlis Perkahwinan kita, dan hanya 2,3 kawan yang mungkin akan hadiri Majlis Pengebumian kita.


Ada kawan suka lihat kita bahagia, tumpang bangga dengan kejayaan kita. Tapi ada kawan suka ambil tahu hal kita, tetapi sekadar ingin mencemuh kita.



Tapi bila kita mati, kawan hanya tinggal kawan. Kawan yang baik sekalipun tidak sanggup menemani kita di dalam kubur kelak. Kawan datang dan pergi. Yang pasti bila tiba saatnya nanti, kawan hanyalah kenangan.


Al-fatihah buat arwah Mok Nik(makcik) saya yang telah pergi kerahmatullah pada Ahad lepas.
:::Setiap hari ada ramai bayi yang baru dilahirkan di dunia ini. Begitu juga dengan kematian. Dan kita pun bukan hidup keseorangan di dunia ini. Jadi jagalah hati kawan, selagi nyawa kita dikandung badan. Al-fatihah.

Monday, December 21, 2009

Bergaya Ala Paris Hilton Tapi Menutup Aurat(^_^)

Walau tubuh kita tak langsing..tak tinggi apatah lagi seksi seperti artis2 hollywood..tetapi kita mampu bergaya seperti mereka.Evening dress, maxi dress atau whatsoever they calling this dress sangatlah sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja dan dimana jua. Tak kiralah untuk majlis formal mahupun untuk bersantai. Dan baju2 seperti ini juga sangat sesuai untuk dibuat baju tidur. Klw rasa2 nak menyeksi dengan baju cenggini beli aje. Tapi pilihlah dari material jenis cotton. Yang serap peluh dan sedap dipakai. "Suamipun tak pandai lain."Eceh..cam iklan plak. Baju cenggini bukan sahaja selesa dipakai ditepi pantai...tetapi juga untuk ke shopping complex. Nampak anggun dan santai gitew. Untuk majlis formal pun ok. Nampak elegant, mutu dan keunggulan. Tapi kena pandaila pilih corak dan material kainnya. Dan fesyen ini telah berleluasa di Malaysia dengan panggilan Dress Ikin. Tak blh blah nama Ikin tu. Menyampah! Haha. Nak jugak kutuk Ikin tu. Dengki punya pasal. Keh keh. Dress Ikin atau Maxi Dress atau sebenarnya Jubah yang berkaler warna warni sangat cantik dipakai oleh sesiapa saja. Klw korang pendek, just pergi oter gunting bahagian bawah je.
Dan pandai2 la korang match and matching dress ni. Agar nampak bergaya tetapi menutup aurat.



Pilihlah dari jenis kain lycra atau jersi. Ianya berat dan tidak nampak so formal.

Pandai2la korang matching dengan belt, cardigan, inner dan tudung yang sesuai. Janji ianya menepati imej seorang muslim. Jangan terlalu ketat dan menampakkan tubuh badan sudahla.

Tak rugi anda membeli baju2 seperti ini. Selain selesa, menutup aurat, juga boleh dipakai ke mana sahaja ianya sangat sesuai untuk jangkamasa panjang. Manalah tahu esok2 kot korang pregnant, baju macam ni sesuai jugak. Ianya sangat fit dan stretchable. This is what we call multipurposed dress. hehehe.
Selamat menutup aurat(^_^)
Sumber gambar : http://butiknep.blogspot.com<----- Jubah2 kat sini cantik2 dan murah2(^_*)

Thursday, December 17, 2009

Gambar Terbaru Istana Saddam Hussein

Ni swimming pool agaknya..besar giler..

Cantinya ceiling dia..

Cis buat gym plak Us army ni..
Masih cantik lagi struktur bangunan dia..
Amazing...tak terlangkau kekayaan dia dulu..


Tapi semuanya tinggal kenangan...bila manusia terlalu taksub dengan kekayaan dunia..lupa yang dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Bila Allah ingin ambil kembali..maka hilanglah segalanya..


Semoga roh Saddam Hussein aman di sana. Semoga rakyat sudah memaafkan dia dan dia sempat bertaubat sebelum pergi selama-lamanya.
Semoga Iraq akan kekal aman kembali dan jauhkanlah Ya Allah musuh2mu itu dari Iraq. Save Iraq!

Salam Maal Hijrah buat semua..




Sumber gambar: yahoo.com

Wednesday, December 16, 2009

Perempuan! Bawak Kete Tolong Jangan Berlagak Sangat..

1- Saya selalu lihat. Dalam situasi kesesakan lalu lintas yang amat sangat, sebuah kereta yang biasanya dipandu seorang lelaki memberi signal untuk mencelah dihadapan kereta seorang pemandu wanita. Haram nak diberi jalan oleh pompuan tu. Jangan kata nak break, semakin ditekan minyak rapat ke kereta depan. padahal bukan dapat laju kemanapun dalam kesesakan tersebut.

2- Saya lihat bila tiba dipersimpangan jalan. Perempuan tu tak reti nak slowkan kereta nya. Memangla kalau ikut undang2 jalan raya kereta yang dijalan utama berhak lalu dahulu. Tapi bila laluan utama sesak, tak salah kan kita bagi laluan pada orang yang ingin keluar dari simpang jalan dahulu.

Gambar hiasan : Drag Me To The Hell.


3- Saya selalu lihat. Pemandu perempuan suka guna honk. Bukan sekali ditekan honk nya itu. Bertalu2 umpama ini kes emergency. Cepat bagi laluan. Saya nak lalu. Tak takutkan anda jika orang yang anda honk tu naik angin esok2 jumpa kereta anda di pecahkan cermin atau mungkin lebih teruk lagi kejadian boleh berlaku pada anda. Jadi jangan sesekali gunakan hone anda itu. Biarlah orang lain salah pun, masuk laluan anda atau apa sahaja, biarkan. Bersabarlah...terutama pada sikap mat rempit di jalan raya. Jangan dicabar mereka, kelak anda yang merana.

4- Perempuan kalau bawak kereta takdela terer sangat. Tapi nak berlagak. Pantang ada orang potong kereta dia nak potong balik. Haihhh dah macam kes kereta berhantu dijalan raya perempuan nih. Pantang dipotong. Padahal masuk parking pun tak center. haha.

5- Perempuan kalau bawak kereta kemain berlagak. Siap pakai spek mata hitam lagi. Baget orang pandang la diorang tengah drive tu. Apakejadahnya memakai spek hitam di malam hari? Buang tebiat..buang tebiat...

6- Perempuan kalau bawak kete, mesti nak laju je. Habis bonggol kat jalan raya dilanggarnya. Mana aligment screw kereta semua tak lari. Bila kereta rosak, ditanya apa yang rosak...hurmmm haram tak tahu. Hantar bengkel, kena charged mahal redho je. Nak buat camne..bodoh punya pasal. Seb baik tahu macam mana nak isi minyak kereta, kalau tak tak bergerak la kereta tu. xoxo

7- Perempuan bila nak masuk dalam kereta saja je lambat2. boleh plak kadang2 tu siap kibas2 lagi karpet kereta. Well nak bagi orang tengok "this is my car". Sedangkan peratus untuk kena ragut ketika baru masuk kereta adalah amat tinggi. tak bolehke masuk kereta laju2, start enjin dan terus lock kereta. Nanti sampai rumahla kalau ye pun nak bersihkan kereta tu.

8- Perempuan kalau bawak kereta kemain berlagak. Kalau orang lain silap dan angkat tangan kemain menjeling 90darjah smpai nak terkeluar bijik mata. macamla kesilapan orang tu besar sangat. Nasib dia tak langgar ko mati je tau.

9- Perempuan kalau parking kereta memang sukati. kadang 2 tempat parking dia parking sorang2. haishh sukati makcik je. pastu masuk parking, keluar parking kemain terhegeh2. Lembab!

10- Perempuan masa memandu kancil tahap berlagak dia kecik macam kancil. Dapat drive kereta besar sikit macam kereta perdana, level berlagak dia naik lagi. Bila memandu kereta Honda City atau Vios..pastu duduk plak dekat rumah flet yang majoriti mampu memandu plg komanpun BML baru, tahap berlagap naik lagi. Kalau masuk area parking kawasan rumah, slurp slurp laju...konon kereta paling power di situ. Padahal di parking itulah budak2 selalu bermain berlari sana sini. Itu belum cerita tahap berlagak perempuan yang memandu Harrier...Bimmer dan seangkatan dengannya...kalau boleh nak bukak tingkap luas2. biar semua orang tgk, terutama ketika di traffik light...dengan rambut warna berkarat kehitam2an ditiup angin, pandangan dilepaskan keluar. Biar semua orang tengok. Aku mampu memandu kereta ini. Tiba2 terdengar budak mat rempit yang berhenti disebelah berkata "Kereta mahal2, gas aircond pun tak mampu nak isi..."...

11- Perempuan kalau dapat memandu dipikirnya dia sudah terer memandu. Semua orang salah semua orang lembab. tapi mujurlah perempuan lebih berhemah sikit dari lelaki. Sebab itu kadar kemalangan melibatkan pemandu wanita kurang. Perempuan...kalau memandu tu janganla berlagak sangat.


:::Heeee...Just talking about myself.xoxo. Tahniah kepada adikku Ira yang baru sahaja lulus ujian memandu JPJ. Terimalah sebijik kancil dariku dengan ucapan ko sambungla bayar plak bulan2. Setahun je lagi hutangnye. Huhuhu

Tuesday, December 15, 2009

Pembunuhan Paling Bodoh Di Denmark

Terkejut saya bila terima gambar-gambar ni. Sedih rasa hati. Sampai hati diorang bunuh ikan lumba2 ni. Kejamnya manusia. Dan bertambah sedih bila melihat mereka menjadikan pembunuhan ikan dolphin ini satu pesta. Katanya lelaki yang dapat membunuh ikan2 ni menandakan yang mereka sudah dewasa dan matang. Bodohnya!

Tak takut ke bila tengok air laut tu menjadi merah? Inilah bila manusia hidup tanpa berpegang pada agama, tanpa berpegang pada kuasa nan satu.

Saya pernah membaca yang Denmark merupakan negara yang paling selamat di dunia. Kurang jenayah dan boleh dikatakan tiada langsung kes penderaan, rogol mahupun kecurian. Tetapi masyarakat di sana kurang berpegang pada agama. Kalau adapun gereja di sana, hanya sebilangan kecil yang berpegang teguh pada agama. Yang lain hanya mempunyai pemikiran bahawa hidup ini satu kitaran. Dilahirkan, membesar, berkahwin, melahirkan, tua dan mati...


Sedih la tgk gambar2 ni. Sampai hati diorg buat ikan2 tu macam tu. Dahla ikan lumba2 semakin pupus..dibunuhnya..dibuat pula pesta oleh mereka. Bodoh dan kejam sungguh manusia!


Dah la cara diorang bunuh ikan tu carik2 pakai besi je. Islam juga yang bagus. Kan dalam Islam ada ajar cara nak sembelih lembu pun kena pakai parang yang tajam. Supaya haiwan tu tak merasa kesakitan ketika mati tu.

Seriaunya bila tgk laut merah dengan darah. Dan mungkin boleh jadi darah manusia klw Allah inginkan. Tak takutkan mereka pada balasan Tuhan.



Dengan cuaca tidak menentu sekarang, sana sini bencana alam..bukanlah hanya kerana bumi semakin tua. Tapi kerana sikap manusia. Yang tak tahu menghargai kehidupan.
Ingatlah, bumi ini warisan untuk anak cucu kita.

Friday, December 4, 2009

Hadiah Untuk Pengantin

Musim kawin tiba lagi. Tak tahu nak bagi hadiah kawin apa untuk kawan2? Dah boringa syik bagi pinggan mangkuk cawan segala kelengkapan rumah bagai. Apa kata kita bagi buku pulak.

Buku ni sesuai kot...untuk pengantin belajar buat cakaran harimau. hehehe.

Ha yang ni sangat sesuai di baca. Bukan je untuk pengantin baru..pengantin lama pun kena baca gak ni. Soal jawab remeh temeh tentang nikah kawin..tapi malu nak bertanya(^_^)Bawah ni buku paling best. Ditujukan khas jugak untuk korg2 yang laju je klik my previous entry. Jgn tak caye carta analisis pembaca blog saya smlm ke main tinggi naik. Amboiii...
Yang ni pun ok. Buku doa menjadi pengantin baru setiap hari. Dan setiap malam adalah malam jumaat. XOXO.
Ha buku ni plak sesuai untuk kengkawan yang tahu nak kawn je..masak tak tahu. Hehehe. Takpe tak tahu masak boleh belajar. Eceh cam bekap diri sendiri je. Hehe.
Dan ni plak koleksi resipi 30 minit Chef Zamarul. Org zaman skrg masak suami nak cepat je. Maklumla byk benda nak di kejar. Klw busy sangat pakai je resipi 5 minit tu. Masak meggi. Huhu..

Dan semua buku di atas boleh di dapati di : http://www.adikbijak.com


:::Harini Sheila kawan saya tu kawin. Sob sob..Walaupun dalam entry psl dia smua org komen jangan kawin kan..dia tak sampai hati nak lukakan hati mak ayah dia. Last discussion dgn bakal suami dia haritu..budak tu ckp dia buat perangai sbb takde duit. Huh klw ye pun takde duit takyahla smpai mintak putus tunang kan. Owh ye laki tu ada mintak putus tunang ok. Then bincang punya bincang pikir punya pikir...last2 Sheila buat keputusan kawin jugak. Benda smua dah ada kan. Then laki tu pun oklah nak kawin tapi dia bagi duit hantaran 4ribu je. Yang lain tak mampu katanya. Hemmm...no komen tang tu. Kesian kat Sheila..smoga pengorbanan dia ni akan membuahkan kebahagiaan..semoga dia tabah mengharungi liku2 hidup mendatang..dan yang penting dan sangat saya harap2kan..semoga suami dia akan berubah perangainya nanti. Aminnn..

Selamat pengantin baru juga buat Awin, Sabrina dan Ashraf yang akan melangsungkan perkahwinan mereka esok. Awin dan Asraf ni rajin baca blog saya. Maknanya nak kena ada entry liputan majlis kawin korang la yer nih. Majlis Awin saya tak dpt datang...esok lunch Asraf belanja..dinner Sabrina blanja. Wahhh syoknya. Selamat pengantin baru korang semua. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Welcome to alam perkahwinan(^_^)



p/s: ayat kelam kabut-karang baru betulkan balik.