Monday, November 30, 2009

Anak dia budak jahat..

Tak elok dok ckp budak tu budak jahat. Tu yang tak baik2 jadinya. Alkisahnya anak makcik saya sorang ni. Nakal kemain. Umo baru 6 tahun ok. 6 tahun!

Keluarga saya ramai la yang cerita pasal kenakalan budak ni. Zaidi namanya. Tapi setiap kali saya jumpa dia masa raya tgk behave je budaknya. Takde la nakal manapun. Biasala nakal budak2 kan. Berebut main..gaduh pastu nangis.

Masa balik raya haritu mak dia cerita dia mengamuk kat sekolah. Masa nak exam tiba2 dia mintak dgn cikgu nak makan nasi lemak. Cikgu suruh dia jawab periksa dulu. Nanti cikgu pergi belikan. Alih2 di tolaknya meja2 smpai jatuh. Poster ABC, gambar2 kat dinding habis di cabutnya. Bila cikgu nak pegang dipukulnya cikgu tu. Dan itu bukan kali pertama cikgu tadika tu kena belasah dgn Zaidi ni. Eeee kecik2 dah gila budak nih. Dan seperti biasa mak dia akan dipanggil ke sekolah. Selalu dah mcm tu. Dah mcm tembok Berlin dah muka maknya. Terpaksa buat muka tak malu demi anak. Klw denda tak bagi pergi sekolah lagilah dia suka...mmg tiap2 pagi kena pujuk rayu bagai nak suruh dia pergi sekolah tu.

Cikgu kata dia belajar mmg lambat pikap sikit. Tapi dia ada daya kepimpinan. Sebab kawan2 semua ikut je klw dia main ke apa2. Huh mana taknya. Tiap2 pagi dosogoknya budak2 tu dgn gula2 la coklat la..kdg nasi lemak sorang sebungkus. Haishh. Sehari belanja sekolah tadika RM10.

Ada sekali tu masa balik kampung, si Zaidi ni keronyok2kan kertas suratkhabar di sumbatnya dalam mulut nenek saya bila nenek tegur kesalahan dia. Kurang asam betul budak ni. Then sorang makcik cuba selamatkan keadaan marah dia. Disepak2nya makcik tu. Makcik saya tu taknak mengalah..adegan sepak menyepak antara org tua dan budak kecik berakhir bila makcik saya tu dah sakit2 pinggang. Kesian org tua tu.

Dan bykla lagi kenakalan dia yang saya dgr. Ptg2 mak dia tidur kunci la rumah pagar smua. Kunci disorok takut si Zaidi ni main keluar je. Dah dipanjatnya pagar..lepas tu naik basikal sampai ke kawasan2 perumahan lain.

Tu baru umur 6 tahun. Takutnya ciri2 kepimpinan dia tu akn melayakkan dia jadi ketua samseng je. Tringin nak tgk dia buat perangai sekali depan saya...nak ku lempang2 mukanya. Biar jadi lempeng! Kurang hajar sangat. Mak bapak orang tua semua dia tak hormat.


Bila saya ada dia jadi baik tu sbb dia takut dgn husband saya.

:::Selamat Hari Raya Aidiladha buat rakan2 blogger sekalian. Semoga setiap pengorbanan kita akan dibalas dengan kebahagiaan yang hakiki. Amin..

Wednesday, November 25, 2009

Sifat Wuduk Rasulullah S.A.W.

Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung.

Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.

Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

(Riwayat Muslim)

Tuesday, November 24, 2009

Singapore Di Malam Hari

Baru teringat rupanya entry ni perlu di sambung. Seb baik Huda ingatkan. Haritu excited nak bercerita..ni dah lama peram mmg malas la nak story mori. Meh tgk gambar je yer kwn..

Ni papan board kat dalam parking Esplanade. Victor tu artis popular kat Singapore ni. Dia mixed India omputih kot.
Ha ni dekat monumen kebanggaan Singapore tu. Sape pergi Singapore wajib tangkap gambar kat sini. Ada anak ngan mak Singa kat sini. Bapak Singa diorang baru buat kat Pulau sentosa sekor. Yang tu besar giler. Siap blh naik atas kepala Singa tu lagi.
Nampak tak seberang tasik tu. Saya lupa la ni Tasik ke Sungai yer. Tapi klw tgk maps dia dah dekat dah ngn laut. Erhh mmg la SIngapore kan mmg dikelilingi laut. Seberang tasik tu tanah yang diorang beli dari Malaysia. Diorang tambah tanah tu dekat 20 tahun dibiarkan. Nak bagi tanah tu mampat la agaknya. Then sekarang ni tgh rancak pembangunan atas tanah tu. Diorang nak buat Kasino ala2 kat Las Vegas tu. Maybe akan menjadi kasino terbesar di Asia nih. Tahu sape punya projek? Anak2 Goh Tong-owner Genting Highlands tu. Dan kasino ni akan menjadi punca pendapatan negara mereka kelak.



Ni gambar esplanade teater dari atas. Idakler saya naik helikopter untuk snap gambar ni. Gambar dalam gambar nih. Next month Siti Nurhaliza dgn M. Nasir buat persembahan kat sini. Esplanade ni mcm Istana Budaya la.



Yang bangunan tinggi2 belang2 tu adalah Menara Maybank. Lampu dia tukar2 coraknya. Dan bawha tu adalah hotel 5 star. Hotel termahal kat Singapore nih. Menteri2 luar atau artis2 popular duduk kat hotel ni la klw dtg Singapore. Salah seorang yang pernah duduk kat hotel ni ialah Britney Spears. 1 malam around 5k Singapore dolar camtu.




Esplanade dgn Singapore flyers. Sama je mcm kat Malaysia jadi tak heran. Ahaks.


Esplanade ni time siang boleh naik atas bumbung dia. Leh tgk pemandangan sekitar. Ni dah pukul 11lbh kot dia tutup kebanyakan lampu. Klw kul 8pm smua lampu kat duri bangunan tu dia pasang.
Ni jalan nak ke Malayan tu. Malayan tu nama Singa tu. Klw korang buang sampah kat tepi2 situ, jgn risau setiap 3 jam ada org kutip sampah. Biarpun pukul 3 pagi tetap akan ada orang mengutip sampah. Orang SIngapore sama je mcm orang Malaysia, kerja nak senang buang sampah merata2. Cuma negara diorang kecik jadi senang nak kawal. Ada orang buang sampah senang nak tgk. Ok saya ada taruk 1 tin air soya kat situ. Saje tinggalkan buat kenangan. Heh heh.

Ha tu bangunan Maybank tadi. Jalan kat Singapore ni sama mcm kat Brunei la. Ada zig zag tu. Owh dgn ini saya telah menjejakkan kaki ke semua negara yang bersambung dgn tanah melayu. Mujurlah ada Air Asia...kini semua orang boleh terbang(^_^).



Ni pameran dalam esplanade tu. Saya pun tak tahu apa benda ni. Tgk2 camtu je...




Ini nasi goreng kampung yang husband saya order. Saya order nasi lain. Tak cam tak sedap tukar la dgn husband saya punya. tekak saya ni susah skit nak menerima masakan yang semacam je rasa nih. Dah la nak mkn kena g skodeng dulu tukang masak nye sape. Kedai air takde plak melayu yang jual. Terpaksa order air tin tak pun air kelapa nak dalam buah jugak.

Ni mee yang Zai makan. Eeee kaler merah. Zai kata mmg smua mee kat Singapore camtu. DIorang mana ada mee2 kuning cam kita tu.

Percaya tak ni mee sop. Klw sop tulang dia ke smua kaler merah cam ni. Zai kata sedap..dah tentula sbb dah biasa masuk tekak ko. Harga2 makanan kat sini smua sama mcm kat Malaysia jugak. Klw mee kita harga RM3.50 sepinggan sinipun sama. Cumanya dia $3.50..convert dlm duit Msia jadila RM8.40 sepinggan.


Ok sekian sahaja untuk kali ini. Bersambung di entry Pulau Sentosa pula..

Monday, November 23, 2009

I have a dreams..

Saya bercita2 nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Bangun pagi sediakan sarapan untuk suami dan anak2. Eceh. Pastu kemas2 rumah, basuh baju semua, lepak tgk TV main internet. Dlm pukul 4 buat minum petang. Test2 resipe baru..klik2 gambar pastu taruk dlm blog esoknya. Hehehe.

Trasa nak tukar blog ni jadi blog untuk resipe je. Sbbnya sekarang ni saya rajin sangat memasak. Mood chef datang menjelma. Pastu dah tak tahu nak cerita apa kat blog ni..sbb den tahu ramai kengkawan skodeng baca kat sini..pastu ada plak ipar duai mak ayah memandai2 lak nak baca jugak. Terpaksalah den hipokrit klw nak bercerita kat sini...klw cerita benda betul kang korang kata berlagak...klw cerita yang elok2 kang kata hipokrit...

Tapi psl nak jadi fulltime housewife tu betul tau. Impian saya stiap hari jam 8.30am bila tiba masanya untuk ke office. (^_^)


p/s: Sape teror wat entry berpaswod tu...tolong ajarin daku boleh.

Friday, November 20, 2009

Tudung Untuk Dijual

Tudung Mortada - RM6 sahaja

Shawl Tones - Rm11 only

Abstrak Shawl - RM11 only

Plain shawl - RM6 only


Berminat? Do email me.

Selamat Menutup Aurat(^_^)

Tuesday, November 17, 2009

Filem 2012 dapat idea dari email ni..

Ni email yg dah lama diforward2 smpai tak tahu asal usul penulis sebenarnya. Tapi yang pasti orang Melayu dan beragama Islam. Emailnya berbunyi camni :


RENUNGKANLAH BERSAMA-SAMA

Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

-----------------------------------------------------

Dan bila pegarah filem 2012 Roland Emmerich baca email ni..dia pun dpt idea nak buat filem 2012 tu. Haha. Dah jgn nak percaya..email ni telah disanggah oleh JAKIM. Sila baca kat bawha ni pulak:


Wallahu a’lam,
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas.

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...

Wassalam...

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)


Pelik betul tau aku..korg ni main forward2 je email. Lg2 email yang "klw korg forward ke 10 org nasib korang akan berubah"...haishhh...



:::Saya dah tgk filem 2012 ni...Saya ni bkn suka tgk wayang pun. Tapi bila orang sana sini bercerita saya pun jadi teruja. Macam masa Upin dan Ipin dulu. Habis kerusi panggung fully book. Sampai2 GSC Midvalley penuh org beratur. Perkara biasa pada hari Sabtu dan Ahad. Kat skrin dah tertera Selling Fast takpun Sold Out untuk cerita tu. Yang unt midnight pun dah Selling fast dari tengahari. Betul2 tak menyokong filem melayu la orang Malaysia nih. Saya pun mengada2 gak g beratur. Perkara yang selalu saya tanya budak kaunter tu ialah ada tak booking sit yang takde org pickup. Biasanya 40minit sebelum masa tayangan diorang akan jual booking tiket tu. Sekali ada..dpt dok atas lg. Huhu. Mmg penuh panggung..smpai sit depan skrin penuh. Oklah cerita ni. Special effect dia superb.
Cuma yang tak betulnya jln crita umpama "kita boleh lari dari menghadapi hari kiamat". Kat situ dah nampak penyimpangan akidah. Cerita ni saya tahu sblum diorg release lg. Saya terbaca kat internet psl diorg tak musnahkan kaabah. Dlm cerita tu smua monumen terkenal di dunia seperta Eiffel Tour..etc habis musnah akibat gempa bumi dan Tsunami. Walaupun cerita ni penuh dgn adegan yang mendebarkan..saya rasa biasa2 je. Sbb kluar panggung terus lupa dah. Haha. Tapi tak rugi tgk crita ni kat panggung...sbb leh dgr sound efek dia kuat2..baru mcm real.

Monday, November 16, 2009

Apa Uniknya Singapura?

Last week 1st time saya jejak kaki kat Singapore ni. Saje jalan2 dah alang2 pergi belah Selatan. Hari Sabtu pergi hari Jumaat baru sms kawan yang dok kat Singapore tu ckp nak dtg. Dia yang keep calling tanya2 bila nak sampai, dah kat mana, lalu mana, masuk ikut mana. Seronoknya bila kedatangan kita sangat di alu2kan. Masuk2 Singapore..kami ditegur ramah oleh pegawai Imegresen Singapore. Berbeza betul dgn org kastam Johor tu. Muka boring je tgk diorg. Maaf gambar tak ikut susunan.

Kat Singapore ni kita blh tgk construction everywhere. Sana sini diorg bina bangunan.


Pekerja2 bangla bersepah kat sini. Ada sekali tu kitorg tgh berdiri kat tepi jalan, dtg seorg bangla yang baru turun dari bas mintak sedekah.
Ni shopping complex yang dekat dgn Sentosa Island.


Ni murtabak daging yer kawan2. Pagi ahad tu kitorg pusing2 jauh gak la cari tempat makan yang halal. Adeehhh susahnya. dahla signboard kat Singapore tu hanya Juahari yang kenal manikam. Manalah kita nak tahu lalu mana2 kan. Dia tulis EXIT 1, EXIT2 mcm tu je. Pastu byk guna shortform. Like Avenue diorg tulis AVE, Bukit tulis BT. Kitorg baca Batu...haha. Singboard2 kat Singapore ni klw jawab SPM mesti failed subjek penulisan. Haha.
Last2 kitorg search pakai garmin Masjid yang berhampiran. Dapatla Masjid Sultan dan kitorg cari kedai makan area masjid tu. Seb baik banyak jugak kedai mamak dia. So orderla murtabak ni. Nasi lemak takde...sob sob.



Ok ni plak our lunch. Nasi ayam ada mcm2 perasa. Pilih je nak nasi ayam biasa, nasi ayam bersamabal, nasi ayam lada hitam, nasi ayam lemon...mcm2 ada.





Ni saya punya..nasi ayam penyet. Kitorg mkn kat kedai2 biasa je. yang blh nampak tukang masaknya. Kedai nasi ayam ni org melayu Singapore punya...nak mcm org Indn pun ada diorg ni. Asal dari Batam agaknya,


Kat sini bas diorg smua 2 tingkat. Ada tu yang mcm keretapi. 2 bijik bas 1 driver.


Capital Mall.


Yang ni plak masa kitorg terlalu area Marina. Diorg tambak tanah area situ nak buat Kasino. Kata Zai projek anak2 Goh Tong punya. Owner Genting Highlands tu.



Tanah tu diorang tambak dan dibiarkan dalam 20 tahun. Nak biarkan tanah tu mapat dulu kot. dan sekarang pembinaan sana sini atas tanah tu.

Highway ni pun tanah tambak tau. Means asalnya adalah laut.

Ni SIngapore Flyers. Sekali naik 20dolar seorang. Yang Eye On Msia pun haku tak naik inikan pula roda org lain. Huk huk. 20dolar darab dgn 2.4 sama dh RM40 tu seorang. Haishh..

Kat sana diorg angkut pekerja guna lori camni.

Sekali dtg rasa biasa2 je Singapore ni. Takde yang unik pun. Tak mcm Msia..tempat mkn bersepah2..byk tempat yang blh kita kagum. Masuk sini rasa "ooo ok...hemm.."...mcm tu je rasa. No heart feeling gitew. Rasa bangga jadi rakyat Malaysia lg adalah. Sbb segala2nya ada di Malaysia.



Bersambung..

Friday, November 13, 2009

Kurma Muda




Saya lg suka kurma ni dari kurma yang masak tu. Rasa kelat2 mcm umbuk kelapa. Sedappp..

Thursday, November 12, 2009

Hanis Again





Saje taruk muka Hanis lagi. Ni masa reception belah her husband. Cantik mekap dia. Suka tgk.

Impiana Cherating Resort

Mula2 kena taruk gambar makanan dulu yer kawan2..Leh main snoker kat sini yer..

Swimming pool...ala sah2 kena pakai bikini klw nak mandi kat sini..tak best betul la klw hotel mahal2 ni..


Lobi dia kot ni..

Bilik dia..
Wahhh katil dia romantik nya..

Tempat mkn...penting nih...Breakfast free..hiks ingt makan jek.
Landskap hotel. Hotel ni bertaraf 4 bintang tetapi menggunakan dekorasi traditional. Bagus2..mesti cantik untuk bergambar nih.
Gambar pemandangan hotel ni dari atas..dpt gambar yg kecik je..ygambar besar2 takleh nak copy paste. Kedekut tol. Haha.
Rate harga hotel ni around RM300-Rm400 untuk standart room. Klw untuk honeymoon rega cecah RM800 ke atas. Huwahhh dasyat!



:::Ok this is our next honeymoon location..brapa byk honeymoon daaa. Terima kasih kepada Nurmala Mazlan kerana sudi menaja percutian kami kali ini. Hehehe..tak sia2 mintak laju2 voucher tu. Haha muka tak malu. Mala..thanks a lot!