Azam tahun depan saya ialah untuk memiliki rumah dengan nama sendiri. Bling..bling. Pastu berangan nak beli rumah teres tapi nak yang corner lot punya. Boleh tanam2 pokok mcm dalam farmville tu kat tepi rumah. Hehuu..
Saya tgh servey2 nih..nak cari area yang dekat dgn rumah mak saya. Agar saya senang mencari port untuk makan bila lapar(^_^). Saya mmg tak suka duduk jauh2. Macam rumah yang saya duduk sekarang ni..dekat je dgn tempat kerja. Sbb saya tak suka buang masa tengah jalan. Kita dah kerja 8 jam...lepas tu nak kena spend lg sejam 2 untuk perjalanan pergi dan balik. Rasa tak berbaloi je hidup ini. Let me die! haha. Takdela..dulu saya kerja jauh dari rumah. Pagi2 lepas subuh dah keluar..pastu nak boleh ke sampai opis tu klw saya beli nasi goreng..blm sampai tengah jalan lg nasi tu dah habis saya makan. Mana taknya..jalan jem..kereta bergerak sikit2 je..kaki tekan break..tangan pegang sudu makan. Sampai opis dah lapar balik. Jalan jem punya pasal. Tapi itulah yang saya hadapi dulu. Pastu klw time balik pulak..mcm2 shopping complex ada..nak boleh ke sampai kat rumah tu..adalah yang nak kena singgah beli 1 2 barang yang klw tak beli pun tak apa..tapi nak jugak beli tu. Penyudahnya...bulan2 kena cover duit minyak + duit shopping antara rumah ke opis tu...Nak menyimpan duit pun sangap masa tu.
Kitorg actually idamkan rumah mcm ni je. Rumah teres 1 tingkat. Pastu nak rumah area2 Gombak-Selayang-Ampang-Cheras. Tapi rumah tu mestilah berhampiran jalan MRR2...tak nak la sampai kena masuk jauh ke dalam. Macam kat Cheras dgn Ampang tu banyak rumah. Tapi jauh ke dalam sangat. Tak nak tak nak..nak rumah kat tepi2 jalan je. Senang nak bagi map klw kawan2 nak dtg rumah. Betol..betol..betol..
Saya dah servey2 dah. Klw rumah area yang saya nak tu harga dia around 200k ++. Huh..giler mahal. Saya search rumah idaman saya ni kat negeri2 lain. Dah la keluasan diorg lg luas..cantik pun lagi cantik...tapi murah giler. Rumah camni klw area Puncak Alam ke..Bandar Tasik Puteri..Semenyih..Kajang dan negeri2 luar dari KL..harga dia kurang dari 100k. Huuu nak kena pindah luar bandar nih.

Kalau boleh saya nak beli rumah yang dari tangan owner. Taknak rumah baru..tak nak rumah yang belum siap. Sbb saya nak tgk kejiranan diorg gak. Klw kejiranan ok. Jiran2 semua jenis kaki menyibok hal orang..suka ngumpat ngata sini sana...ha saya suka. Sekurang2nya bila duduk kat rumah tu saya tak payahla nak ada perasaan takut mati di bunuh tanpa diketahui jiran tetangga kan. Hish mintak simpang..

Yang bestnya beli rumah dari tgn owner ni ialah takyah nak renovate2 byk sangat..dah tentu tuan rumah lama dah siap buat dapur..ceiling..tiles bagai kan. So dah save baget kat situ. Klw rumah tu nampak cam buruk..cat je lah baru kan apa susah. huhuhu

Tapi klw dapat rumah baru macam ni pun cun jugak. Cantekkk nya. Ni rumah idaman bila umo dah 30 tahun. Sekarang ni kena idam rumah kecik2 je dulu. Setakat yang termampu. Ukur baju kena kat badan sendiri. Kenapa tak beli rumah kondo/apartment atau flet sahaja? Sbb saya dah boring duduk rumah atas angin tu. Dari kecik sampai dah begitu besar saiz badan ni asyik dok umah atas angin jer..tah bila nak merasa dok rumah atas tanah nih..So tgh berangan la ni. Ceceyy kononnya..

Saya kagum la dgn rumah2 camni. Bila tgk harga rumah2 camni kan..tertanya2 gak saya diorg yang beli rumah ni kerja apalah agaknya kan. Gila kaya harta dunia...Mcm ada sorg client saya ni dia duduk menyewa kat Damansara. Monthly dia bayar sewa RM7000. Gilerr kaya kaya. Pastu saya servey2 lagi..baru saya tahu rumah kawan saya kat Kemensah Height tu harganya lebih dari 1 juta. Huawaaahhh saya kagum lagi. Pengsan.

Kadang saje2 takde kerja kitorg jalan2 la tgk kot2 ada org nak jual rumah kan. Kdg ada taruk no telefon kat pagar rumah la..tingkap la. Beli la beli cam beli kopok lekor je rumah tu. Ish kopok lekor sedapnya. Lama dah tak jumpa kopok lekor nih. Balik kerja nak pegi belilah.
Ok back to the topic..Tapi betulla..saya selalu je tertanya2. Diorang dan mungkin jugak korg2 yang sdg membaca blog saya ni..kerja apakah yang korg buat kan. Sampai mampu beli rumah mahal2 tu. Klw nak kata korg pengurus syarikat oklah kan. Tapi dalam 1 kawasan perumahan org2 kaya tu..ada berpuluh malah beratus rumah...takkan semua jadi pengurus syarikat. Atau mungkin salah seorg penghuni rumah tu pengedar dadah yang berjaya kot. Mungkin jugaaa...
Tapi apapun not my taste la dok rumah style org2 kaya tu.(Ayat bagi orang yang tak mampu) Minat tu mmg minat. Tgk besar..cantik..kemas je rumahnya. Klw kaya nak la saya duduk rumah camtu. Tapi bayangkan klw sekarang saya duduk rumah mcm tu...ok pejam mata sila bayangkan. Mesti saya kurus..rumah tu dah la besar..nak upah orang gaji dah tentu tak mampu..jenuhla nak kena menyapu dari atas ke bawah..kiri rumah sampai ke kanan. Belum lagi part cabut rumput seminggu sekali..toilet ada 8 nak kena bersihkan..adehhh kurus kurus. Pastu takutla dok rumah camtu..kot2 pencuri masuk ikut belakang kita dok depan tak dengar. Maklumla tak biasa dok umah besar2. Dah kata dibesarkan dlm rumah yg klw berjalan pun bahu boleh berselisih pastu asyik nak gaduh je adik beradik. Tapi itu mengeratkan lg kasih sayang.
Oklah sampai di sini saja entry berangan. Tah bila nak realisasi angan2 kali ni pun tak tahulah. Kot2 la ada sape2 yg ada rumah mcm rumah idaman saya ni...bolehla jual kat saya. Rumah idaman yg byk songeh rumah nak tepi MRR2 la..nak setingkat je..seb baik optional yg corner lot tu. Tapi yang penting ada garaj nak taruk kete. Klw boleh 2 bijik terus boleh masuk bawah garaj tu. Sebab kami ada banyak kereta. (Ikon muka berlagak mcm takkan mati je patut taruk di sini). Korang pindahla umah lain..jual kat kitorg rumah tu. Hehehe.
Actually saya tak berapa tahu sgt psl jual beli rumah ni. Takde experience lg. Yang saya tahu nak kena ada plg koman 10% deposit. Saya target byr deposit byk..bln2 nak bayar rmh rate 5, 6 ratus je. Klw bln2 tinggi mau makan pasir je nnti. Pastu ada orang kata tak okey sgt beli rumah lelong. Atas nasib. Atas bidaan dan saingan...dan atas rumah tu jgk. Dapat rumah yg dah berbulan kena tinggal mau dok serumah dgn hantu. hehehehe(gelak pontianak). Ok sape2 ada cadangan nasihat tntang beli rumah ni tlg info yer. ok dah full stop.