Friday, July 31, 2009

Wanita dan Komputer...Hemmm..









Kitani kadang main belasah je kan pakai komputer. Orang kata asal ada. Asal boleh online internet. Kadang2 komputer hang pun kita tak tahu apa puncanya. Td saya searching kat internet. Jumpa waidakmy ni. Bestnya. Dia cerita psl komputer satu persatu. Klw korang mmg kategori zero psl komputer ni..insyaAllah boleh tahu dah klw baca web dia ni dgn betul2.

Oleh kerana Lesen Hak Cipta / Edaran web tersebut tertera sebegini:

[BOLEH] Edar kepada rakan-rakan secara PERCUMA
[BOLEH] Cetak dan tampal di tempat awam (pantri, papan notis,dll)
[BOLEH] Cetak untuk kegunaan sendiri
[TIDAK BOLEH] Ubah mana-mana bahagian dalam laporan ini
[TIDAK BOLEH] Jual secara online atau offline
[TIDAK BOLEH] Dijadikan produk bundle percuma/berbayar
[TIDAK BOLEH] Dijadikan bonus produk/servis berbayar





maka saya ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian. Ini link dia :



Manalah tahu kot2 ada sesape yg nak pegi beli laptop baru ke kan. Harini sampai ahad (31 Julai 2009 - 2 Ogos 2009) ada PC Fair kat KL Convention Center. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan gadget IT yang terkini. Dan pastikan anda servey dulu barang yang hendak di beli. Tidak semua items di PC Fair murah dari pasaran luar. Jangan sampai tertipu sudahla (~_~).

p/s: Saya selalu ketinggalan zaman. Tatkala orang kecoh2 dengan kecanggihan sesuatu gadget tertentu...saya tidak taksub..teruja pun tidak. Tunggu lama2 dulu, di mana semakin banyak barang baru berada di pasaran...barang yg mereka teruja dulu mesti dah turun harga nya. Yeyyy..baru mampu beli. Heehehe.

Tuesday, July 28, 2009

Seronok Tengok Orang Kawennn...

Ini Dzuliyana...kitorg panggil dia D.Z. saje. Sian mak ayah dia bg nama panjang2 kitorg sebut 2 huruf depan saja. Haha. Dz ni saya kenal since darjah 5. Ingat lagi masa dia masuk kelas kitorg masa tu..kitorg ingt dia budak darjah 6 yang salah masuk kelas. Mana taknya..masa tumbesaran kitorg normal..dia dah tinggi mcm galah. hu


Flower girls ni penyeri..comel je budak2 ni. Kdg kita bkn tgk pengantin..sebok dok tgk flower girls malu2 kucing nak jalan.

Ni keje pengapit Dz..Tangan kanan pegang kipas..tangan kiri pegang kain pengantin. Mesti dpt goodies beg lebih ni.

Ni part yg best. Makan beradab. Kebetulan masa kami datang pengantin baru keluar rumah nak ke meja makan. Cantik betul meja makan dia. Penuh fresh flowers. Pintu gerbang pun sampai 2. Semua bunga hidup. Keterujaan saya tgk dalam khemah sampai terlupa nak masuk rumah Dz tgk pelamin. Menyesal plak. Klw tak confirm byk gambar saya kat pelamin tu.

Teringat masa saya kawin dulu. Part smua org tangkap gambar kita time ni lah yang haru. Rasa bengkak2 dah muka tahan senyum. Dah smua org fokus kat kita. Aihhh...malu.

Senyum2 malu tu hanya sbb ramai tetamu belah lelaki time tu. Maklumla tak bape nak kenal lg dgn keluarga suami tu. Tapi dgn kawan..ha engko..siap peace lg.

Si Dz ni siap paksa kitorg ambik gambar dia. Masa ni saya dgn http://honeysour00.blogspot.com/ yang dok depan meja makan pengantin.

Kami bukan apa...nak tangkap gambar udang ni je time tu. hehehe.

Wahhh romantiknya. Klw la hari2 kita makan dgn suami kita cenggini...confirm kurus kan. haha.
Pengantin dah la malu2 nak makan...kitorg ramai2 buat pakatan penyebok nak bergambar dgn pengantin. Huhuh..Makanan dari katering pun heaven. Kira puas hati la. Ayam2 dia besar. Takde ayam2 baget cam kebiasaannya.

Sronok tgk Dz ni kawin. Sporting je. Lepas makan diorg berjalan dari meja ke meja bersalam dgn tetamu. Walaupun majlis diorg ni ada org kenamaan yang hadir..tp majlisnya tidak protokol..sempoi dan selesa untuk semua.
Dan ini Aulia anak kawan baik saya Azza Dalila. Azza dan Aulia ni dtg dgn kami sbb ayah Aulia ni ada keje lain. Sepanjang hari Aulia ni badmood. Mungkin sbb ayah dia takde kot. Biasa ayah dia la yang melayan dia sana sini. Biasa dia ok je dgn saya.Haritu tak nak langsung dgn saya. Masa dalam kereta saya pandang belakang nak tgk dia pun tak boleh. Mulalah menjeling sambil merengek2. Eee..nak kena Aulia nih.

Tapi bila saya halakan kamera kat dia..spontan tros senyum. Padahal amsa tu tgh merengek2 nak nangis. Haha..pandai betul Aulia ni.
Dan yang plg bestnya kat majlis Dz ni dapat jumpa kawan2 lama. Mcm2 cerita blh dgr tp tak sempat sgtla nak bercerita. Yang plg seronok ialah : Saya Emy...Liana dapat jumpa Norliana Azhar, Nurliayana Uzir di Majlis kawin Dzuliyana. Huuu... p/s : Maksud Liana itu kelemahan kelembutan camtulah tak silap saya. Mcm kelakar lak bila ingt tu nama saya. Haha. Lemah lembut. :-p


Selamat Pengantin Baru Dz & Hezry.

Diorang bertemu jodoh kat Jepun dan seb baik kawin kat Malaysia. Klw kawin kat Jepun idakler kami smua ni dapat mkn free camni. Heh heh.

Saturday, July 25, 2009

Bersyukurlah Selalu..

Daripada Hakim bin Hizam r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Tangan yang bahagian atas (yang memberi) adalah lebih mulia daripada tangan yang bahagian bawah (yang menerima). Dan dahulukanlah dalam pemberian itu kepada orang-orang yang menjadi tanggunganmu (yang wajib dinafkahi)."

"Sebaik-baik sedekah ialah yang diberikan di luar keperluan (yakni setelah memenuhi keperluan keluarga dan tanggungan). "

"Sesiapa yang tidak meminta-minta, maka Allah akan memberikan kecukupan kepadanya dan sesiapa tidak memerlukan pemberian manusia, maka Allah akan memberikan kekayaan padanya."


(Muttafaq 'alaih. Hadith ini menurut lafaz Imam Bukhari)

Friday, July 24, 2009

Promosi Biskut Raya!!!

Ini adalah IKLAN BISKUT RAYA.

Bulan puasa dah dekat, lepas tu raya pulak. Kerja banyak, sempat ke tidak nak buat kuih raya. Takkan nak buat 1-2 jenis jer, at least 3-4 jenis. Tapi takde masa. Nak bagi mak kat kampung, sedara mara dan kawan2 datang beraya nak kene dijamu dengan cookies sedap-sedap..mak mertua lagi, atuk wan lagi.... Senang sahaja. Tempahlah dengan saya. Kenapa saya?
1) Halal
2) Bersih
3) SEDAP (ini tak tipu tau.ramai yang mengakuinya)
4) Murah
Harga ? :

1)Almond London Cookies - RM 25 / 50pcs - guna whole almond, coklat pun penuh.
2)Almond cookies - RM 20 / 100pcs
3)Hazelnut Cookies - RM 20 / 100pcs - ini memang sesuai untuk penggemar dark choc dan hazelnut..yummy!
4)Waterlily cookies - RM 20 / 100pcs (Saya tanya ini perasa apa?Tokey kueh tak tahu...ish ish ish..kesimpulannya saya rasa ni perasa bunga teratai (^_^)

Kenapa 4 jenis je? Sebab saya mementingkan kualiti. Bukan kuantiti. Biar berbaloi duit yang dikeluarkan setimpal dgn rasanya yang sedaaaaap. (Setuju..setuju..)

PROMOSI !!!!!!!
Order 20 balang, dapat 1 balang FREE.
Penghantaran PERCUMA untuk kawasan terpilih sekitar Lembah Klang.




tunggu apa lagi, boleh rasa kalau nak. (Yeyey..ada tester...tolong hantar sebalang yer..hehe)

Call sekarang
NIK - 0123857747
Damansara Utama

So sempena 1 Syaaban harini. kita dah boleh start buat preparation unt raya. Dimulakan dgn order kueh raya dulu. Untuk keterangan lanjut sila lawati http://quinybridal.blogspot.com . Nak tinggalkan pesan atau order kat sini pun boleh. Untuk promosi kali ni..saya cuma dapat sekeping biskut sahaja. Itupun dari balang tester..sob sob. Haha. Apapun saya kagum dgn Nik ni..dia masih muda, single and not available anymore tp cukup kuat berusaha untuk majukan diri dalam hidup. Selain menjual biskut raya ni, dia jugak sedang berjinak2 dalam dunia andaman pengantin. Pelbagai fesyen baju pengantin terkini dan aksesori boleh di sewa dari butik online quinybridal. Baguskan dia ni...slow2 kayuh orang kata. Lama2 akan sampai jua ke muara. Untuk Nik...smoga tros success dalam bidang perniagaan online..dan buat anda smua...orderlah kueh raya ini. (Hehe..tolong promote secara baik punya!).

Thursday, July 23, 2009

Lihat dan Fikirkanlah

Video dah kena delete. nak tgk g cari kat youtube search tajuk : Lihat dan Pikirlah.



Sekian untuk makluman.

Tuesday, July 21, 2009

Mimaland Kini

Continues entry from----> http://fazemy.blogspot.com/2009/07/di-malaysiasuatu-ketika-dahulu.html




Ini adalah Mimaland. Syurga dunia kanak2 Malaysia zaman dulu2. Orang dulu2 je tahu tempat nih. Heh heh. Saya ingat lagi masa saya darjah 2..terkinja2 sungguh nak pergi kat sini. Alah...kiranya tempat ni ala2 Sunway Lagoon, Bukit Merah Laketown ataupun Genting Highlands la skrg ni. Zaman dulu2..dah kira canggihla tempat ni.

Mimaland ni di buka pada tahun 1975. Terletak di Batu 11 Gombak iaitu jalan lama nak ke Bentong Pahang tuh. Dekat2 dgn air terjun Alang Sendayu yang masa tu top jugak. Dan Mimaland ni telah ditutup pada tahun 1994 kerana berlaku kejadian tanah runtuh dan khabarnya ada budak mati lemas kat situ.

Mimaland menjadi destinasi popular penduduk Lembah Kelang masa tuh. Pernah menjadi lokasi pengambaran filem-filem melayu. Mengikut temubual terbaru(2008) dengan penduduk...ada yg mendakwa pernah nampak harimau kat situ. Tak mustahil la kan..dah jd hutan pun tempat tu. Mimaland ni juga menjadi destinasi popular utk mereka yang suka kepada dunia misteri dan mencari hantu. Sesuai untuk pakcik seekers. Taman Dinasour di Mimaland penuh dengan figura figura dinosour dalam rupa bentuk sebenar...ala2 jurassic park gitew. Huwaaa teruja giler nak bergambar dgn dinasour2 tu...klwlah tempat ni masih wujud..jgn kata budak2...dgn mak bapak budak dok naik atas dinosour tu bergambar. Haha.

Mana nak dapat cam Mimaland ni. Skrg ni klw ada dinosour..leh tgk dari jauh je. Bergambar dari luar pagar. Nak pegang lg la tak merasa. Dinasour kat Mimaland..besttt...


Dan ini adalah Mimaland sekarang. Hanya penuh dgn semak dan samun. Sayangnya. Noltalgia sungguh tempat ni.

Bustop.









Jalan yang rosak umpama sebuah bandar mati.





Sisa2 bangunan yang masih ada.





Dulu kalau cakap keje bawak van kat Mimaland ni..dah kira keje bagus dah time nih.










Dinosour2 tersebut telah berhijrah ke Hollywood lepas Mimaland ni ditutup. Diorg ada berlakon dalam cerita Jurassic Park 1 dan II. Dan beberapa siri filem lain juga seperti "The Lost World" dan akhirnya mati di sana. Anak2 mereka pula telah balik ke Malaysia sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia dan kini telah menetap di Genting Higlands. Tak caye blh g Genting jumpo dinosour2 tersebut. Haha. Fakta last ni saya tipu. Yang atas2 tu smua betul. Huwaaaa...Mimaland dalam kenangan.


























p/s: Nak g cari cerita pasal Taman Tasik S.M. Noor plak...dengar cerita best jugak tempat tu.

Monday, July 20, 2009

Di Malaysia..Suatu Ketika Dahulu












Gambar merupakan carian google. Maaf yer tuan empunya gambar..saya sdg memfemeskan anda di sini. (^_^).
Sape yang tahu tempat ni kat mana?!!! Sah..korang dah tua. Haha...
Jawapan akan menyusul ESOK hari.

Saturday, July 18, 2009

Kronologi Kes Bunuh : Kawan dan Kekasih Dihukum Gantung



**Sumber dari newspaper dan blog2 rakan mangsa.






- Kisah berlaku 2 tahun yang lalu. 23 Mac 2007.



- Mangsa (Jue) bertemu dgn Noralina dalam reunion sekolah sebulan sebelum kejadian dan bertukar2 no telefon.


- Pada malam kejadian Noralina mengajak Jue untuk keluar makan malam bersama di kawasan rumah sewa Jue.



- Tidak disangkanya Noralina membawah kekasihnya juga iaitu Khairul Anuar Abdullah, 27, pada malam tersebut.



- Dalam keterangan polis Noralina memberitahu yang dia lari dari rumah dan mengikut Khairul Anuar (seorang jurual astro dan merupakan suami orang).



- Hanya kerana duit mereka merancang untuk merompak Jue.



- Alasan tertinggal beg duit di hotel oleh Nuralina membawa Jue ke hotel murah tersebut.



Inilah Apartmen Sunrise, Wisma Indah di Jalan Tun Razak tempat Juliana dibunuh dua tahun lalu.


- Mereka merompak Jue, menumbuk Jue untuk menyerahkan no pin kad ATM dan melarikan RM20 dan sebuah handphone Sony Ericson pada malam kejadian.


- Jue diikat menggunakan cable Tie (yang kat Mydin diorg guna untuk ikat plastik tu). Lehernya juga dijerut menggunakan cable Tie. (Sungguh tak berperikemanusiaan kelakuan mereka).


- Dalam keterangan polis jugak Nuralina memberitahu yang dia perlu membunuh Jue kerana Jue mengenalinya.


- Khairul Anuar di dalam kes berlainan telah dihukum penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan kerana merogol budak bawah umor di sebuah perkuburan. Dan pada malam kejadian ketika Nuralina turn membayar sewa hotel, Khairul Anuar sempat melampiaskan nafsu nya pada arwah Jue tetapi dihalang oleh Nuralina apabila dia kembali ke bilik hotel. Dalam laporan forensik mayat arwah Jue didapati ada air mani Khairul Anuar tetapi dia masih berdara sebab kakinya juga diikat pada malam kejadian. Astagfirullah hal azim. Kesian pada arwah.


- Housemate arwah yang bimbang kerana arwah tidak pulang sampai keesokan harinya mengkhabarkan kepada keluarga arwah. Sehinggalah berita penemuan mayat tidak dikenali di TV membawa keluarga arwah ke proses pengecaman mayat. Dan ternyata itu ialah jasad arwah Juliana.


- Hasil kerjasama kawan2 Juliana, polis berjaya menangkap Nuralina. Nuralina yang ketakutan dipukul polis memberitahu tentang Khairul Anuar. Dan Khairul Anuar ditahan polis ketika sedang makan roti canai (rileks je ko erh lepas bunuh orang) dan didapati simkad Jue terdapat dalam beg Khairul Anuar. Manakala handphone tersebut telah dijualnya.


- Dan setelah 2 tahun kejadian berlaku, akhirnya Hakim Mohamad Zabidin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie.


Begitulah kisahnya. Bila nafsu menguasai akal fikiran. Buat Nuralina yang kini berumur 22 tahun, kesalmu tiada guna lagi. Yang pergi telah pergi dan yang berlaku telahpun terjadi. Itulah akibatnya kalau salah pilih kawan. Saya tak salahkan Nuralina, sbb dia muda sangat lagi masa tu. Tapi mungkin sebab akal cetek sangat, mereka melakukan semua tu. Dan Khairul Anuar yang saya tak tahulah dia manusia atau hanya bertopengkan manusia. Yang pasti kerana dia ramai wanita merana. Jue yang telah kembali kerahmatullah, Nuralina yang akan dihukum gantung, Isterinya yang akan menjadi janda kerana suami dihukum gantung, Ibu yang mengandungkan dia(Ibu Khairul Anuar pengsan setelah mendengar hukuman yang dijatuhkan), Ibu arwah Jue yang pasti merinduinya, Ibu Nuralina yang terpaksa menguruskan mayat anaknya sndiri yang dihukum gantung, kawan2 Jue..dan masyarakat. Khairul Anuar telah mengajar masyarakat untuk tidak mempercayai sesiapa lagi. Biarpun kau seorang suami, kawan ataupun kekasih.


Meraka berdua telah pun dihukum. Mereka sempat bertaubat sebelum mati. Mungkin syurga menanti mereka di sana andai Jue telah memaafkan dosa. Buat kita, jadikan tauladan. Jangan kerana wang, jangan kerana cinta, jangan kerana nafsu..hidup di dunia ini tergadai. Berfikirlah dengan iman, akal dan fikiran. Semoga kisah sebegini tidak terjadi dalam keluarga dan sahabat kita. Al-fatihah buat arwah buat arwah JULIANA MD FUZI.

Friday, July 17, 2009

Baju Kebaya Bandung

Haha..entry berbaur persiapan rayo lagi. hak hak. Oklah kan entry camni..dari entry yang berkait dgn isu semasa dimana higlight harini ialah :

1) Penyelia mati dikerambit pekerja
2)Campak mayat dari tingkat 25
3) Pembantu Exco Selnagor ditemui mati
4) Amuk nak kawin lagi

dan topik yang best minggu ni untuk dibincangkan ialah kes :
5) Bunuh : Bekas pelajar kolej, teman lelaki dihukum gantung.

KUALA LUMPUR 14 Julai - Seorang bekas pelajar sebuah kolej dan teman lelakinya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh rakan karib perempuan tersebut di sebuah bilik hotel, dua tahun lalu. Hukuman ke atas Noralina Ahmad Dasuki , 22 dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 27(Laki orang nih), yang merupakan jurujual astro dijatuhkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah. Noralina yang tidak dapat menerima hakikat dia bakal menemui ajal di tali gantung dilihat gagal mengawal emosi apabila menangis teresak-esak sehingga terpaksa ditenteramkan oleh ibu bapanya.



Hemmm macam2. Rasa nak bunuh orang je kalau memikirkannya. Ok dah jgn pikir lagi. Jom enjoy tgk baju kebaya dari bandung. Cantik2.. Giler saya dibuatnya. Haritu saya ada tgk entry sape erh yang beli kain baju mcm ni. Tapi harga RM60 je. Tak silap saya Kak Dee kan..tapi saya cari balik entry tu dah takde...bek ngaku beli kat mana baju tu...nak jugak! Nak jugak! Hehe.




Saya suka yang ni..kerawang dia tak crowded sangat.











Bunga ada byk kaler2...leh matching ngan banyak kaler tudung nih...handbag dan juga kasut. Haha...perempuan..perempuan..Kalau boleh baju nak matching dgn kusyen ngn kain langsir tros..(^_^)




















Purple ni pun santekkkk...sukanya..





The best kaler untuk nampak kurus..awwww..




Kurus dan feveret kaler = nice choice..


Yang ni mcm tak kena je..hemmm...

Yang ni pun santekk...santekk sangat2..







Kerawang dia yang cantik2 ni lah yang buat saya giler ni. Tapi mahalla kan harga baju2 nih. Jenuh saya serach kat tenet blog2 yg jual baju kebaya indonesia nih. Mahal2...Kain je dah rega ratus2..belum g upah jahit tu.
Dan sebab baju kebaya ni jugakla status YM saya smlm "

300ribu rupiah sama dgn bape RM erk?"..

Haha...seb baik ramai tlg jawabkan. Makanya saya mebuat kesimpulan klw beli direct dgn penjua dari indon lagi murah. Cuma transport charge tu jelah yg mahal. Takpe..naik kapal..sebulan baru sampai. Elok2 sampai takbir di pagi raya sedang bergema yer. Kih kih..



Cantik..cantik..yang ni pun cantik..Smua cantik lah..Eee..rambang mata dh ni. Sape2 yang nak g Bandung nanti bgtau la yer. Bukan nak order barang..nak ikut jugak g shopping kat sana. Haha. Mesti heaven kan tgk barang2 kat sana. Dah la murah2.


Ni kerawang bukit tinggi. Bukit Tinggi bukan kat Johor ke? Tgh femes kerawang cenggini...tapi saya tak minat la. Cantik...tapi tetap tak minat! Heee...



Kalau kerawang ada gambar binatang cam merak ni takleh la pakai wat semayang kan. Girls out there...beware pilih kerawang tu. Cantik mmg cantik...tp klw menyusahkan diri pakai watpe.

Sebenarnya saya dah lama tak pakai baju kebaya. Kawan2 kalau tak caye silalah cari gambar saya berbaju kebaya. Non ado dh lbh setahun. Sebabnya since saya semakin kuat dan sehat ni, rasa rendah diri je walau dh pakai high heels tu untuk pakai baju kebaya cenggini. Rasa mcm cutting out of stok dah. Haha.
Tapi tak tahu nape rasa minat lak bila tgk baju2 kebaya bandung yang cantik2 nih...Alah..bkn takde size yang besar pun kan. Janji baju dia tak transparent mcm remaja2 zmn skrg ni suka pakai...dan bajunya idakler terlalu mengikut bentuk badan. Ok whattt...
Tapi klw ada gak yg komen tak sesuai..coz itu big ini big...mcm buger...lalala...saya akan beli kain untuk baju kurung sudah. Ada kerawang jugak. Cantik pun cantik jugak.
This one nice..
This one also nice...ada jual tak beli satu percuma 4?!!!ngeee..

Tamat sudah gambar2 nya. Buat taylor kesyanganku Cik Awin lagi disayangi...akan ku hantar baju sebegini as soon as possible. Dengan ucapan..
"ko jgn charge mahal2 tau Win..kain dia dah la aku beli mahal..upah jahit RM10 boleh tak?hehehe..."
Sape tahu blog baju2 cenggini yang murah2 harganya. Mahal2 tak mau beli.
" Bek beli kain kapan je...leh wat masuk kubur tros. "
Kata seseorang. Insafff hakuu...
Sumber gambar dari : http://megakebaya.blogspot.com/