

Besar kan ikan tu. Bandingkan dengan besen, parang dan tin minyak tu. MIL beli dari jiran dia. Orang tu pegi mancing kat lombong. Sekor RM15 sahaja. Bape hari tah baru boleh habis makan ikan ni. Besar giler!
Kejadian gerhana ni saya nampak antara jam 5 ptg smpai pukul 5.30 camtu. Dalam pukul 5.30 langit dah jd mcm senja tau. Mcm pukul 7 lebih dah masa tu. Saya pun tak terpikir itu kejadian gerhana, tapi mmg pernah terbaca sblom ni akan terjadi gerhana..cuma lupa tarikh akan berlaku tu. Tak sangka dpt tgk dengan mata sendiri. Sangat cantik. Owh terujanya saya.
Bawah ni gambar jam 5.30 petang. Macam dah senja kan.
Untuk yang menyambut raya kali ni..Happy Chinese New Year saya ucapkan..Gong Xi Gong Xi..err nak ampau 1.
***Itu pokok limau kat opis saya..tunggu masa je buah2 limau tersebut nak hilang dari pokok tu. Hehehe. Selamat Bercuti semua..Semoga berjumpa lagi di alam blog ini selepas cuti nnti. Hati2 di jalan raya..semoga selamat pergi dan kembali. Jumpa lagi semua.
Hanya seorang pemenang sahaja yang layak menerima hadiah. Tiada jawapan betul yang sama diterima maka tiadalah perlu dibuat teka silang kata mahupun isi cogan kata bla bla. Tiada juga cabutan bertuah dalam pertandingan ini. Maka yang bagi jawapan salah itu anda memang tidak bertuah. Haha.
Ok Mari kita reverse balik. Ini gambar yang saya paparkan untuk korang cari katak tu. Gambar ni saya yang ambik sendiri tau. Yang goyang2 tu adlh kayu unt cari katak tu. Klw tak selak2 daun2 kering tu pakai kayu..dengan mata kasar pun payah nk nampak katak tu. Dia dok diam baik punya. Berlakon jd daun jugak katak tu. Itulah katak..tak penah nak bersyukur..Allah dh jadikan dia katak..ada hati nak jd daun kering plak dia. Eee nak kena katak ni. Ok..cuba tgk btol2..mana tau ternampak plak katak tu kali ni...Ada nampak tak?
Still tak nampak? Hish..tak nujum belalang la korg nih..Ok inilah katak nya. Comelkan. Hahaha. Itulah kebesaran Allah..diciptakan pelbagai makhluk di muka bumi. Stiap satu ada tujuan masing..ada kegunaan masing2. Termasuklah kita sebagai manusia ni. Dijadikan Allah untuk bersujud padaNya. Sudahkah anda solat tadi? Huk..
So ada sape2 tak yang dpt teka sblom ni? Konon dah rasa tp tak bgtau. Ada tak? Haha..nasibla yer...Papun diumumkan TIADA pemenang untuk pertandingan kali ini. Dan hadiah Nokia N96 itu jatuh kepada saya...yeyyyy..dapat henpon!dpt henpon! Haha..adios..jumpa lagi dlm pertandingan seterusnya..kui kui..Akhir kata terimalah pantun saya buat semua:
"Katak Oh Katak
Kenapa Kau Panggil Hujan?"
Errr..ini pantun ker? Sila jawap pantun saya..Bling!
Ish..blog template ni degil betulla..bila betulkan kod yang ni yang tu lari..betulkan yang tu yang ni dah ke mana2 dah hilangnya. Huwaaa..sadis betul.
Ada tak sape2 yang terer psl HTML kod ni..help me plisss..Asalnya nak jadikan 3 column blog ni..tapi tah mana2 hilang 1 lagi kolum tu. Haha..nampak sangat sekolah tak habis.
Dulu ada gak belajar C++..ala2 kod2 HTML ni lah..result unt subjek tu hampir2 nak 4flet tau(riak nih). 3 point something la. Tahu tak macam mana saya boleh dpt result sebagus itu?Sebabnya saya selalu copy n paste simulation orang lain. Haha. Jahat kan..hik hik..
Mcm mana saya buat? Unt subjek tu biasanya kitorg buat dlm lab komputer. Bila lecturer bagi soklan..saya akan try buat..tapi biasanya tak boleh simulated pun. Haha. In the end of the class..sure kelam kabut..so main cara kotor (untuk hidup)..i go to START - My recent Document..gegege...apa lagi carila result org lain kat situ. Budak kelas lain sure dpt soklan yang sama. Biasanya diorg akn save dlm komputer tu jugak. Dengan pelbagai nama. Ada yg wat nama sendiri la..nama kelas la..save as AAAAAA la..Huh..kena rajin2 la godek satu2..Hasilnya saya berjaya wat simulation...Hahaha.
Itulah yang saya lakukan masa kelas C++ dulu. Dan sekarang..saya tahu saya dah dpt balasannya. Bila kita belajar secara tak berkat kan. Ye saya tahu saya bersalah..Saya dah insaf nih..Sob sob..
Walau C++ tu takdela sama dgn HTML code ni kan..tapi saya tetap failed tulisan2 alien ni. Saya tak pahammmm...huwaaa..tulun tulun. Anyone?
***Tahu tak mcm mana nak save apa yg ada dlm windows ni as a picture? Saya nak tunjuk mcm mana rupa my page element tu kat korang smua. Kena pakai software ke? Saya budak baru belajar..ambil galah tolong tunjukkan..gegege