Friday, February 18, 2011

Doktor Hospital tetttt Yang Suka Buat Suspen

Minggu lepas si Azzib ni main korek2 telinga dengan putik kapas. Memang dah ditegah banyak kali. Dah disorok pun pandai lagi dia cari. Kali ni siap panjat kerusi nak capai putik kapas yang dok atas meja. Tengah elok2 korek telinga, si abangnya terlanggar. Termasuk terus dalam telinga. Maknya cepat2 la kluarkan. Kapas pulak tertinggal kat dalam telinga.


Darah tak henti2 mengalir, terus mak ayah dia bawak pergi hospital. Doktor cakap gegendang telinga Azzib dah pecah. Huwaaaa....menangis mak nya. Tak tido sepanjang malam dok pikir anaknya p*kak sebelah. Tapi Azzib rileksje. Nangis sekejap je pastu macam biasa. Budak2 apalah yang tahu kan.

Mak nya siap tanya doktor : "Gegendang tu pecah sikit ke, separuh ke camne doktor?". Doktor tu jawab "SEMUA"....huwaaaaa...

Si ayah siap tutup telinga dia sebelah. "Azzib kentut yer"...Dijawabnya "Takla...papala yang tentut"...haha elok pulak dia dengar.

Doktor bagi surat suruh rujuk ke bahagian pakar telinga minggu depan. Mak nya yang tak boleh tido sepanjang malam pagi2 dah bersiap terus hantar anak ke hospital swasta.





Dekat pakar telinga Azzib di scan, di masukkan kamera. Elok je telinga Azzib. Cuma luka sikit je kat bahagian dinding telinga. Mana ada gegendang pecah pun. Haihhh doktor semalam tu buat suspen je. Kalau ye pun tak pasti janganla bagi keputusan yang buat sakit jantung orang!

Ada satu kes libatkan pekerja suami saya. Dia terhantuk camne tah kat tempat kerja. Tiba-tiba pengsan. Terus dihantar ke bahagian kecemasan. Doktor hospital sama tu cakap ada pendarahan dalam kepala. Kalau tak bagi oksigen memang "kiok" terusla ni.

Tak lama lepas bagi oksigen tu, elok je orang tu sedar balik. Tak sampai sejam pun. Siap boleh bercakap2 lagi. Hampeh punya doktor. Seb baik tak kebumikan terus je pakcik tu tadi. Alahai doktor ni...buat suspen je!




Nota kaki : Nasib baik Azzib tak apa2. Sudahla comel kalau betul2 terjadi alahai kesiannya. Lagi 1 dia ni kuat menjawab. Kalau kita cakap bukan nak dengar pun. Yang telinga elok ni pun degil takmo dengar cakap orang tua, apatah lagi kalau sebelah je blh dengar. Makin degilla dia. Syukur tak jadi pape. Untuk ibu bapa sekalian, jaga2 la barang tajam2 kat rumah tu...budak2 bukan tahu yang mana mainan yang mana bahaya. Putik kapas pun bahaya tau!

8 comments:

kak long said...

syukur alhamdulillah,sebaik tak der apa2...
kekadang ni dia org bt kerja main taram jer...lebih2 lg kalau ada yg tengah bt praktikal...macam2 yg nak dikaji nya...!

Queen said...

siott je doktor tu kan

~mrs azmi~ said...

doktor tu suka bagi the worst case scenario kotttt..

siti said...

doc ni pon satu, suka bg jwpn nk bg pesakit jd sakit jantung..bg la ayat molek skit..haha

aa waz pon kalo jumpe cotton bud suke ltk dlm tinge, kite takut dia terjth ke, kang tercucuk kat tinge..sape yg ssh...:D

mama uzma said...

ishh apa la Doc ni...org gitau yg menyenangkan hati ni lg bikin org susah hati plak...alhamdulillah x de apa2...

awin said...

betol ke keje die doktor..tah2 tok dukun nyamar jd doktor kot...

kayteeze said...

Kekadang yang buat rawatan tu bukan doktor tetapi pembantu kesihatan, kita dah banyak kali ke hospital, jarang benar jumpa doktor.

fazemy said...

Mandai je ko Awin...haha dukun yer.

Itulah psl kengkawan skalian...payah nak jumpa doktor skrg...maybe yg check tu doktor pelatih kot. heeee