Wednesday, August 25, 2010

Dikehendaki : Baju Raya!

Gambar kredit : Mudah.my

Saya belum berkesempatan untuk shopping raya. Orang lain dah 5, 8 pasang baju raya...saya satu pun takde lagi. Huwaaaa kisah sedih ni. Hihihi...

Tahun ni tak tahu nak tema kaler apa. Rasa macam semua kaler dah ada dah. Pastu kalau pergi kedai mata asyik kat warna pink je. Tak habis2 warna pink. Haih...

Masa pergi bandung aritu banyak juga kain pasang saya beli. Macam kain ni kan, saya beli RM40 per 4 meter. Kat sini jual ada yang RM120 la. Belum lagi kain2 lace. Ada yang saya beli RM15 je. Cunnn tu...cam mahal je harganya. Erhhh pada pandangan mata saya la cun.

Tapi disebabkan Awin pregnant, pastu dia dah takmo jahitkan baju saya..jadi semua kain2 tu dalam lemari je. Sekarang ni Awin je yang salah..takde org lain dah yang salah dlm hal baju raya saya tahun ni. Hahaha.

Tahun ni trend manik2 banyak giler ni kan. Cantik dipakai...leceh untuk dibasuh. Takleh nak sumbat dalam washing machine. Owh memang dasar pemalas! Heheh..

Warna oren pun cantik jugak.

Jubah pun dah jadi trend. Jubah moden yang bermacam2 fesyen ada.

Hijau?..hemmm.
Bunga2 macam tak minat la. Menampakkan size badan lagi besar punya! Ni dah separuh puasa dah ni..tak kurus2 lagi. Camne nih...haiyaaa..

Jubah dari seberang ni tengah popular. Kalau orang kurus tinggi cun pakai nih.

Owh warna pink pujaan hatiku. Macam tiap2 tahun je kena ada baju kaler pink. Haih!

Belang2 pun cantik. Boleh buat nampak kurus.

Kebaya cheongsam. Errr macam dah lama je tak pakai kebaya. Sebabnya takleh nak cover perut..pastu nak makan banyak pun susah..macam nak terbukak je semua butang2 baju kebaya tu. Gegege...


Kalau pakai fesyen kaftan camni ada alasan la datang rumah orang taknak basuh pinggan. Takut kena tangan meleret.
Pink again! Baju ni harga dia RM80.

Purple pun dah banyak.
Kuning air?...nampak jarang.

Brown? maybe..
Hijau lumut.
Putih? erhh cam nak g menikah je.

Cotton?
Pink lagi. Cantikkk...
Ni jubah moden yang terus boleh buat kain semayang. Tinggal pakai tudung je. Meleret2! Erh semalam ada tengok kat paper Permaisuri Agung pakai baju cam gini.


Sifon.
Hijau pucuk pisang.
Dan cotton yang digemari ramai kaum ibu. Serap peluh pun kainnya.



Ha ada sape2 boleh cadangkan website baju2 raya ni tak? Ada orang taknak keluar rumah sebab takut duit keluar nanti, tapi zaman sekarang duduk rumah pun duit boleh habis dok shopping online.

Semalam dah shopping satu baju raya dari Acu Sofia. Baju2 yang dia jual pun murah2 dari website lain. Cuma dia bukan blogshop tegar la. Kalau tak mesti banyak koleksi dia.

Hasil kajian saya mendapati blogshop menjual harga lebih mahal dari pasaran luar. Tidak semualah..tapi kebanyakkannya. Sebab kalau kita compared harga dia, kedai lagi murah. Cuma kita tak penat la..lepas tu tak berapa nak rambang mata sangat. Shopping online ni buat kita berfikir jugakla. Sebab bila nak transfer2 duit ni ambik masa jugak..kadang sebelum bayar terfikir erh tak payahla beli. So takde la boros sangat. Hihi jaga hati sendiri.

6 comments:

kak long said...

pun belom beli baju raya...tahun lepas punya baju pun ada yg blom pakai lg...
dah nama nya raya,tetap nak baju baru gak..huhuhu

Adlina Husaini said...

hhehe thn ni ina tempat hat tailor membe atas member..ko phm?

dah 2 bulan weyh tak dapat2 lagi
apa nak jadi ngan baju raya aku thn ni pun taktau lah camner..pasrah je lah

kakngah said...

aku kan...
jgnkan kata bj raya sndr..
baju raya anak2 pun lom sediakan lagi...
alaaaahai...

Queen said...

baju nik beli je dah siap kat nilai 1...hahaha...

yang kain beli berpasang2 tu tunggu time nak jahit jela..lepas raya la kot..yabang dah perli..beli kain sikit punya banyak..bile entah nak buat..cheh..baru 4 helai tak berjahit...ahahhaha

kain dah ada..tempah jela kak emy/..kat sana takde yang jahit baju ke?..ade kaaann..

Dee said...

akak pun x shopping lagi emy..akak taun ni brown kot..sbb malas nk beli baju melayu hubby..hahaha..

simanis said...
This comment has been removed by the author.