Tuesday, June 30, 2009

Us Handover Iraq

Tentera2 Iraq bersedia mengambil alih.

Banner yang menyatakan tentang pembebasan Iraq di letakkan di tepi jalan.

Tentera Iraq meraikan pembebasan mereka dgn meletakkan bunga di atas jalan.









Rakyat Iraq meraikan pembebasan mereka dgn percikan bunga api. Tiada lagi bom di udara.


Sebahagian besar tentera US telah berundur balik tetapi US masih menangguhkan lagi perjanjian pembebasan mereka.

Wednesday, June 17, 2009

Selamat Pengantin Baru Nurliyana Uzir(^_^)

Nurliyana Uzir..nak jugak saya sebut nama ayah dia. Itulah dah lekat panggilan tu sejak dari skolah lagi. Sbbnya masa sekolah dulu ada lagis eorang nama Nurliana. Jadi untuk taknak menconfiuskan, kenalah sebut nama ayah kat belakang. Makanya kawan2 akan tahu kita sedang mengumpat Nurliyana anak Pakcik Uzir ataupun anak Pakcik Azhar. Haha.

Ada orang kata muka kami ada iras2. Ye ke? Adalah kot..meh meh sikit kan muka kita ni Ana. Sebabnya 2 2 chubby. Haha..tu psl nampak seakan2 kot.

Ana ni masa saya datang majlis tunang dia rasanya dia kecik sikit. Ni mesti makan ubat diet weight gain ni. Haha. Takpe Ana..sama2lah kita membesar dengan jayanya. Yeh!
p/s: Aku baget nak diet dalam pantang nanti:-p

Actually saya tak dapat dtg majlis Ana ni. Klw tak dah tentu gambar saya lbh byk dari pengantin Haha. Apapun saya suka mekap Ana masa dia nikah nih. Soft and silky gitew.
Hah cium cium. Wahhh bestnya dpt cium dpn orang ramai. Haha. betul kan aku cakap yang kawin ni besssssttt bangat. Coz kita like a couple but married n halal (^_^)



Selamat Pengantin Baru Ana & Edy. Smoga jodoh korang kekal berpanjangn hingga ke akhir hayat. Smoga tabah dalam menjalani kehidupan berumahtangga coz segala2nya kena dikongsi bersama. Dari hati, perasaan, masa, kehidupan, makanan, duit, keluarga, raya, rumah bla bla bla smuanya kena kongsi berdua. Ingat..ko jgn nak konker smua tu sorang2 yer. Haha.

Hidup lepas kawin dgn sebelum takkan sama lagi. Sebabnya walau siapapun kita, walau apapun kita, dgn siapapun kita...suami adalah paling utama. Jagalah hati suami sbb dia merupakan sumber kewangan kita... erh silap silap...kerana syurga kita adlh di bawah tapak kaki dia. Tanpa kaki dia, dimanalah syurga kita. Ceeewah!

Saya paling suka pelamin Ana ni. Cantik sangat. Btw Ana ni duduk satu kampung dgn husband saya. Dan dis juga merupakan kawan paling lama saya kenal. Since umur 5 tahun. Dulu kami tadika sama2. Dan Ana ni jugaklah yang menerujakan saya ke alam blogger nih. Kiranya dalam hal ni semuanya Ana yang salah. Haha.

Apapun hadiah ko tu nanti aku dtg hantar kat umah ko. Ko masak sedap2 tau. Nak la aku merasa masakan orang baru kawin ni. Ko masak ayam masak merah, feveret aku tu. Pastu masak gulai pape. Masak lemak cili api ke..gulai nenas ke...nyum nyum sedapnya. Pastu untuk desert aku nak rasa laksa ke, mee kari ke sedap jugak. Ha kalau ko rajin lagi ko buatkan aku puding caramel then spageti yg ko nak masakkan tu pun ok gak. Kira hidangan sampingan la tu. Untuk lauk2 nasi tu ko tambahla lagi, tak sukup tu 2 jenis lauk je. Tambah la barang 5,6 jenis lauk lagi k. Jangan risau kalau tak habis aku da siap bawak tupperwear nanti. Baget makanan untuk 2,3 hari. Keh keh.
Selamat Pengantin Baru. Semoga cepat2 dapat baby. Yeyyy!

Friday, June 12, 2009

The Nanny




Akhir2 ni saya suka layan cerita The Nanny kat Hallmark Channel. Cerita tu walaupun kdg2 mengagungkan bangsa Yahudi lakonan Fran Drescher..saya suka tgk. Part Yahudi tu jgn terpesong akidah sudahla. Setiap episod boleh buat saya tergelak sorang2. Jalan cerita yang santai dan skrip yg penuh humor membuatkan saya selalu ternanti2 cerita ni.


Sitcom ni dah lama main kat TV. Keluaran pertama tahun 1993. Saya masih bersekolah rendah lagi masa tu. Skrg ni kat Hallmark channel tu dah ulang balik episod 1 sitcom tu.. Saya jd tersuka tgk sitcom ni sbb tgk lama diorg berlakon. Dari budak2 tu kecik smpaila dah remaja. Pastu pelakon perempuan dia sekejap kempis sekejap kembung perut sbb mengandung. Tapi jalan cerita mmg tak lari.

Sitcom ni mengisahkan Fran Fine yang bekerja kat butik pengantin diberhentikan kerja. Coz tokey butik tu boypren dia mintak clash ngn dia pastu berhentikan dia kerja. So Ms Fine ni pergilah kerja jual alat kosmetik dari rumah ke rumah.









Gambar latest Ms Fine. Dah gemuk dah dia. Sori tak clear coz curik gambar yg tak blh di copy paste sbnrnya. Ms Fine lakonan Fran Drescher ni dilahirkan pada 30 September 1957. Sama tahun dgn Malaysia merdeka..maknanya dah tua la dia ni. Tp mainten takde kedut. Botoxla tu! Haha.


Di rumah pertama yang Ms Fine ni singgah, butler rumah tu iaitu Niles tersilap sangka ingat dia The Nanny yang diorg tgh tunggu. Niles ni orang gaji kat rumah Produser Jutawan iaitu Mr. Sheffield. Kerja dia mengemas rumah, memasak dan bukak pintu. So skrg ni diorg tgh cari pengasuh untuk 3 orang anak Mr. Sheffield. Wife Mr. Sheffield dah meninggal kononnya.






Niles lakonan Daniel Davis dilahirkan pada 26 November 1945. Boleh nampak muka dia dah berkedut dalam episod2 musim terakhir the nanny ni. Nampak tua dah dia.


Maxwell Sheffield lakonan Charles Shaughnessy-payah giler nak sebut nama dia nih. Dilahirkan pada tahun 1955 di London. So maknanya umur dia 54 tahun dah sekarang ni.




Anak2 Mr Shielfield lakonan Nicholle Tom (Maggi), lahir tahun 1978. Benjamin Salisbury (Brigthon), lahir tahun 1980.




Dan yang paling bongsu lakonan Madeline Zima. Boleh tgk dari dia ni kecik sampailah besar tinggi budaknya. Dari dia patah gigi la. Seronok tgk diorg ni membesar dlm sitcom ni. Madeline Zima atau Gracey lahir pada 16 September 1985. Dah dewasa lawa pun budaknya.





Dan yang paling tak tahan lakonan Renee Taylor atau pun mak kepada Ms Fine tuh. Selamba je dia wat lawak bodoh. Sylvia Fine lahir pada 19 March 1933. Giler tua dah dia ni. Tapi menten cam org muda. Omputihhh..
Dan nenek Ms Fine lakonan Ann Morgan dilahirkan pada 1928. Watak Yetta yg dibawa sbg perempuan nyanyuk amat berkesan. Hidup lg ke nenek nih. Risau aku tgk dia berlakon. Haha.






Dan sitcom yang mengambil masa selama 7 tahun ni ending dia The Nanny tu kawin dgn bos dia Mr Sheffield tu. Dan dikurniakan 2 orang baby kembar.












Niles pulak kawin dgn musuh ketat dia Ms CC Babcock tu. Lauren Lane or CC ni lahir pada tahun 1961. Gambar dia tak dapat di kesan di internet. Agaknya tak terlibat dlm dunia lakonan dah dia ni. Suka tgk dia..kurus..kembang..kuncup balik. Time pregnant dia berlakon asyik cover perut dgn beg je.






Well sitcom ni sgt best. Lawak sangat spontan dan bersahaja yg blh buat kita gelak mengekek2 sorg2. Klw terlepas jgn risau sbb astro kan suka ulang siaran. Sitcom The Nanny ni ada stiap Isnin hgga jumaat pukul 8 hgga 9 pagi, ulang balik kul 6-7 petang dan pukul 12-1 pagi. Klw terlepas jugak jgn risau sbb nanti confirm Astro ulang balik. Kadang saya pening tgk cite ni, episod mana tah dulu. Sukati asterok je nak siar tak ikut turn. Back to back episod katanya. :-p

Global Food Crisis


Syukurlah kita tak perlu berebut2 seperti mereka untuk makan...

Tuesday, June 9, 2009

Amah Kena Dera


Kesiannya dia. Kurang hajar betul majikan dia tu. Rasa nak lempang2 je muka majikan dia nih! Buat orang macam binatang. Hati binatang punya majikan! Grrrrrr...
KUALA LUMPUR: Amah wanita itu diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari, sebelum dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium di Mount Kiara di sini, awal pagi semalam.
Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan tidak berhati perut itu, walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.
Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar, 33, yang cedera teruk hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan meloloskan diri.

Difahamkan, wanita malang terbabit yang tidak dapat menanggung azab melarikan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 1 pagi dan bersembunyi di tepi jalan sebelum menahan sebuah teksi untuk ke Kedutaan Indonesia, di sini.

Wanita malang itu yang langsung tidak mempunyai wang bagaimanapun mendapat simpati pemandu teksi yang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa lalu menghantarnya ke kedutaan tanpa mengenakan tambang.Malah, mangsa turut diberikan wang saku RM10 oleh pemandu teksi terbabit yang bersimpati selepas melihat keadaannya yang sangat lemah ketika itu.Mengulas mengenai kejadian itu, Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, berkata wanita malang terbabit tiba di perkarangan Kedutaan Indonesia kira-kira jam 8.30 pagi dan menceritakan segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini.“Sejurus melihat keadaan mangsa yang cedera teruk itu, pihak kedutaan kemudian membawanya ke hospital sebelum membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di pejabatnya, petang semalam.
Menurutnya, pembantu rumah berkenaan yang berasal daripada Jawa Barat, tiba di negara ini pada 2006 dan dihantar bekerja di rumah dua majikan berlainan.“Wanita terbabit bekerja dengan majikannya yang pertama pada 2 Julai 2006 selama empat hari dan kemudian diambil bekerja sebagai pembantu di rumah majikannya sekarang,” katanya.Menurutnya, sejak hari itu bermulalah penderitaan yang terpaksa ditanggung wanita malang terbabit apabila dia kerap dimarahi dan dipukul hanya kerana melakukan kesalahan kecil. “Mangsa langsung tidak dibayar gaji sejak 34 bulan lalu dan dia turut dipukul dengan objek keras jika membuat kesalahan.“Dia yang tidak tahan lagi menanggung penderitaan akibat didera hampir setiap hari itu nekad melarikan diri semalam (kelmarin) selepas disimbah air panas oleh majikannya,” katanya.Da’i berkata, pihak kedutaan memanggil wanita yang menjadi majikan itu untuk mengadakan perbincangan bagi menuntut tunggakan gaji pembantu rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM17,000.
“Majikan itu datang ke kedutaan kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan hasil perbincangan dia mengakui mendera mangsa dan meminta maaf.“Hampir lapan jam perbincangan dilakukan dan wanita itu kemudian ditahan polis sejurus dia keluar dari pejabat kedutaan,” katanya.

Confirm lepas ni orang Endon mengamuk lg..

Friday, June 5, 2009

Sejarah Ayat Kursi

Sekadar berkongsi(^_^)

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat

Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.

Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin..

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya