Tuesday, June 9, 2009

Amah Kena Dera


Kesiannya dia. Kurang hajar betul majikan dia tu. Rasa nak lempang2 je muka majikan dia nih! Buat orang macam binatang. Hati binatang punya majikan! Grrrrrr...
KUALA LUMPUR: Amah wanita itu diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari, sebelum dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium di Mount Kiara di sini, awal pagi semalam.
Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan tidak berhati perut itu, walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.
Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar, 33, yang cedera teruk hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan meloloskan diri.

Difahamkan, wanita malang terbabit yang tidak dapat menanggung azab melarikan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 1 pagi dan bersembunyi di tepi jalan sebelum menahan sebuah teksi untuk ke Kedutaan Indonesia, di sini.

Wanita malang itu yang langsung tidak mempunyai wang bagaimanapun mendapat simpati pemandu teksi yang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa lalu menghantarnya ke kedutaan tanpa mengenakan tambang.Malah, mangsa turut diberikan wang saku RM10 oleh pemandu teksi terbabit yang bersimpati selepas melihat keadaannya yang sangat lemah ketika itu.Mengulas mengenai kejadian itu, Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, berkata wanita malang terbabit tiba di perkarangan Kedutaan Indonesia kira-kira jam 8.30 pagi dan menceritakan segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini.“Sejurus melihat keadaan mangsa yang cedera teruk itu, pihak kedutaan kemudian membawanya ke hospital sebelum membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di pejabatnya, petang semalam.
Menurutnya, pembantu rumah berkenaan yang berasal daripada Jawa Barat, tiba di negara ini pada 2006 dan dihantar bekerja di rumah dua majikan berlainan.“Wanita terbabit bekerja dengan majikannya yang pertama pada 2 Julai 2006 selama empat hari dan kemudian diambil bekerja sebagai pembantu di rumah majikannya sekarang,” katanya.Menurutnya, sejak hari itu bermulalah penderitaan yang terpaksa ditanggung wanita malang terbabit apabila dia kerap dimarahi dan dipukul hanya kerana melakukan kesalahan kecil. “Mangsa langsung tidak dibayar gaji sejak 34 bulan lalu dan dia turut dipukul dengan objek keras jika membuat kesalahan.“Dia yang tidak tahan lagi menanggung penderitaan akibat didera hampir setiap hari itu nekad melarikan diri semalam (kelmarin) selepas disimbah air panas oleh majikannya,” katanya.Da’i berkata, pihak kedutaan memanggil wanita yang menjadi majikan itu untuk mengadakan perbincangan bagi menuntut tunggakan gaji pembantu rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM17,000.
“Majikan itu datang ke kedutaan kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan hasil perbincangan dia mengakui mendera mangsa dan meminta maaf.“Hampir lapan jam perbincangan dilakukan dan wanita itu kemudian ditahan polis sejurus dia keluar dari pejabat kedutaan,” katanya.

Confirm lepas ni orang Endon mengamuk lg..

15 comments:

siti said...

bbik sy betuah dpt majikan mcm sy he3
tu pon nk komplen kata gaji skit..

MuMMy 2 Haqq said...

mmg bangsat ooowwhh!

mrs popo~ said...

ishh..ngerinye tgk..

Atiqah Adnan said...

teruk ar...

kuIna said...

dh byk kes mcm nie dipaparkn
tp
tak ada iktibar..
tak tahu kat mana tertinggalnya
perikemanusiaan..

fazemy said...

Itulah..diorg ingt org gaji ni hamba abdi ke apa? Tp tulah..klw yg majikan baik..amah plak yg ambik kesempatan mcm kes curi dan lari..colek anak la. Eeee org zaman skrg ni smua dh tak btol kpala otaknya. Apapun sgt kesian dgn dia ni..3 tahun dia sabar..klw saya dh lama terjun bangunan. Mesti hari2 dia tidur pun tak lena. Kesian..

Dearie Pearls said...

tak tau cmner lagi supaya penderaan nie terhapus..

giler ke aper org yang mendera tue..
memang mental tol ar..
boleh sehingga cam tu skali..
sakit hati dowh nengok sengsara amah nie.
3 tahun, bukan 3 bulan...
sampai hati majikan dia buat cam tue..
layakkah lagi dipanggil manusia kalau buat sesama manusia mcm nie..?

ain said...

selalu kes penderaan pembantu rumah dilakukan oleh majikan c*n*. jahat2 org kita, takkan dera pembantu sampai cam tu sekali.

Unknown said...

Salam Emy,
begitu tidak berhati-perutnya majikan wanita ini. Kesian sungguh kakchik lihat keadaan dia. Teringat kes Normala Bonat dulu. Ada majikan baik dan ada majikan jahat begitu juga ada amah yang baik dan ada juga amah yang jahat. Semoga Allah memberi balasan yang setimpal kepada mana-mana pihak yang jahat tu.

Dee said...

ngerinyer..kejam sungguh majikan dia..x patot sungguh..dorang ingat dorang tuhan ke..pastu mintak maaf je..gile ke apa..siram je balik air panas kt dia..baru tau apa rasanya..

Darling Pya said...

sedih betul acu baca cite amah tu tadi...sggh binatang majikan dia...
KEJAM!!!

attyfir said...

ya allah siannya..napa le manusia berhati mcm tu ..binatang pun tak sekejam gitu

S u H a I d A said...

memang jahat!!!

iNsAn KerDiL said...

tak berhati perut betul majikan tu...isy2x..memalukan jerk...ade sakit psychiatric kot majikan tu..depression???

awin said...

ish...ish...x patot...x patot...