Friday, November 21, 2008

Jodoh kita lain-lain

Kredit to Harian Metro/21 November 2008


JITRA: “Saya bersyukur kerana segalanya selesai dan kini saya sah menjadi milik orang,” kata Effa atau Nurzuraifa Zulkifli, 19, sejurus selepas diijab kabulkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd, Dr Che Rozmey Che Din, 40, semalam.Effa ketika ditemui berkata, dia berhenti berlakon dan akan menumpukan perhatian pada suami dan tiga anak tirinya, Samsul Anuar Che Rozmey, 15, Puteri Amelia Natasha, 7, dan Putera Amirul Hakim, 6.Pasangan pengantin itu dinikahkan Imam Masjid Al-Muttaqin, Azizan Ahmad dengan dua kali lafaz yang berwalikan bapa pengantin perempuan, Zulkifli Abdullah, 59, kira-kira jam 6 petang di rumah Dr Che Rozmey di Darulaman Height, Bandar Darulaman, dekat sini.Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 200 tetamu jemputan termasuk pengedar, kakitangan HPM dan Pusat Perubatan Jitra, keluarga pengantin lelaki dan perempuan.
Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya bersama isteri, Sharifah Ekhbal Syed Mohd Bakhir serta rombongan kerabat diraja yang lain.
Pengantin perempuan turut menerima hantaran belanja dalam bentuk cek RM20,000 serta mas kahwin RM89 selain lapan dulang hantaran termasuk sebentuk cincin berlian, sirih junjung, telekung, sejadah, kek dan buah-buahan.Sementara itu, Dr Che Rozmey berkata, walaupun gugup ketika melafazkan akad nikah semalam, dia bersyukur kerana selamat menjadi suami kepada Effa.Katanya, dia mengambil tempoh singkat untuk mengambil Effa sebagai isteri bukan bermakna sudah melupakan arwah isterinya, tetapi dia hanya memikirkan tiga anaknya yang masih kecil selain memerlukan pembantu yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di HPM dalam mengembangkan perniagaannya.“Saya akan berbulan madu bersama Effa dalam negara saja kerana kesibukan tugas saya sebagai doktor dan saya memilih Pulau Pinang sebagai destinasi bulan madu kami.“Kami akan mengadakan majlis perkahwinan pada 9 Disember depan di rumah Effa di Kampung Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan di pihak saya pula akan diadakan pada 14 Disember depan,”


Actually aku x kenal pun sape pengantin ni..katanya yg pengantin pompuan tu pelakon. Hemmm x tahu plak aku bdk ni belakon cite apa. Yang aku nak komennnya psl Dr. ni amek Effa jd bini dia unt jaga anak2 dia. Ish ish..mulia sungguh hati Dr. ni kan. Tp yang aku peliknya dlm ribuan pompuan kt Msia ni knapa dgn bdk umo 19thn gak yg dia nak kawin tuh. Anak sulung dia pun dh 14 tahun. Ikhlas ke kawin tu Dr. oi?!! Yang bestnya Effa la siap dpt hadiah sebijik kete lg ha. Ni gmbr kete tu. Kira cinta sejati la diorg berdua ni erh. Apapun smoga kekal hgga ke hujung nyawa.


Iklan yg aku paste kat ats tu aku dpt dr email. Hemmm jujur betul pakcik Yunus tu. Samada desperate atau tdk itu blakang crita..yg aku nampak hanya keikhlasan hati dia. Katanya "Tak Lawa Tak Apa, Janji Baik Hati". Dan aku yakin sape pun yg akan jd wife pakcik Yunus nanti pasti akan bahagia hgga ke akhir hayat.






1 comment:

S u H a I d A said...

hai emy..hehe..awak ni kalau dah start blogger...mesti lagi creative la page kan?=)

anyway..welcome to blogger world..hehe