Wednesday, August 25, 2010

Dikehendaki : Baju Raya!

Gambar kredit : Mudah.my

Saya belum berkesempatan untuk shopping raya. Orang lain dah 5, 8 pasang baju raya...saya satu pun takde lagi. Huwaaaa kisah sedih ni. Hihihi...

Tahun ni tak tahu nak tema kaler apa. Rasa macam semua kaler dah ada dah. Pastu kalau pergi kedai mata asyik kat warna pink je. Tak habis2 warna pink. Haih...

Masa pergi bandung aritu banyak juga kain pasang saya beli. Macam kain ni kan, saya beli RM40 per 4 meter. Kat sini jual ada yang RM120 la. Belum lagi kain2 lace. Ada yang saya beli RM15 je. Cunnn tu...cam mahal je harganya. Erhhh pada pandangan mata saya la cun.

Tapi disebabkan Awin pregnant, pastu dia dah takmo jahitkan baju saya..jadi semua kain2 tu dalam lemari je. Sekarang ni Awin je yang salah..takde org lain dah yang salah dlm hal baju raya saya tahun ni. Hahaha.

Tahun ni trend manik2 banyak giler ni kan. Cantik dipakai...leceh untuk dibasuh. Takleh nak sumbat dalam washing machine. Owh memang dasar pemalas! Heheh..

Warna oren pun cantik jugak.

Jubah pun dah jadi trend. Jubah moden yang bermacam2 fesyen ada.

Hijau?..hemmm.
Bunga2 macam tak minat la. Menampakkan size badan lagi besar punya! Ni dah separuh puasa dah ni..tak kurus2 lagi. Camne nih...haiyaaa..

Jubah dari seberang ni tengah popular. Kalau orang kurus tinggi cun pakai nih.

Owh warna pink pujaan hatiku. Macam tiap2 tahun je kena ada baju kaler pink. Haih!

Belang2 pun cantik. Boleh buat nampak kurus.

Kebaya cheongsam. Errr macam dah lama je tak pakai kebaya. Sebabnya takleh nak cover perut..pastu nak makan banyak pun susah..macam nak terbukak je semua butang2 baju kebaya tu. Gegege...


Kalau pakai fesyen kaftan camni ada alasan la datang rumah orang taknak basuh pinggan. Takut kena tangan meleret.
Pink again! Baju ni harga dia RM80.

Purple pun dah banyak.
Kuning air?...nampak jarang.

Brown? maybe..
Hijau lumut.
Putih? erhh cam nak g menikah je.

Cotton?
Pink lagi. Cantikkk...
Ni jubah moden yang terus boleh buat kain semayang. Tinggal pakai tudung je. Meleret2! Erh semalam ada tengok kat paper Permaisuri Agung pakai baju cam gini.


Sifon.
Hijau pucuk pisang.
Dan cotton yang digemari ramai kaum ibu. Serap peluh pun kainnya.



Ha ada sape2 boleh cadangkan website baju2 raya ni tak? Ada orang taknak keluar rumah sebab takut duit keluar nanti, tapi zaman sekarang duduk rumah pun duit boleh habis dok shopping online.

Semalam dah shopping satu baju raya dari Acu Sofia. Baju2 yang dia jual pun murah2 dari website lain. Cuma dia bukan blogshop tegar la. Kalau tak mesti banyak koleksi dia.

Hasil kajian saya mendapati blogshop menjual harga lebih mahal dari pasaran luar. Tidak semualah..tapi kebanyakkannya. Sebab kalau kita compared harga dia, kedai lagi murah. Cuma kita tak penat la..lepas tu tak berapa nak rambang mata sangat. Shopping online ni buat kita berfikir jugakla. Sebab bila nak transfer2 duit ni ambik masa jugak..kadang sebelum bayar terfikir erh tak payahla beli. So takde la boros sangat. Hihi jaga hati sendiri.

Monday, August 23, 2010

Hidup Ini Satu Perjalanan

















Semoga perjalanan hidup kita ni indah2 sahaja...Selamat awal minggu kawan2^_6

Saturday, August 21, 2010

Ya Allah! Aku baru tahu hadis pasal kelebihan tiap2 malam terawikh itu adalah palsu..

Benda ni dah lama. Bukan dalam 2,3 tahun kebelakangan ni. Sejak dari saya sekolah lagi. Dulu kalau pergi terawikh mesti saya baca apa kelebihan kalau solat terawikh malam sekian2. Pernah saya menghitung2 hari ke 24 Ramadhan kerana kelebihan dia adalah dimakbulkan segala doa. Rupa2nya saya silap. Kalau mcm tu ramaila datang solat terawikh pada malam ke 24 je untuk dimakbulkan doa kan. Owh saya khilaf rupanya selama ini.

Saya search kelebihan malam2 terawikh tu. Tak nampak sape2 pun post sbg status facebook diorg. Dan di sini saya terjumpa artikel ini. Ditulis pada 2008. Arghhhh terlalu lambat untuk saya tahu kepalsuan hadis ini. Untuk yang tak tahu lagi mari baca artikel ini. Sungguh..!Membaca banyak meluaskan pengetahuan.

----------------------------------------------------------

Web Jabatan Mufti Terengganu
http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali .a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

* Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

* Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

* Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

* Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

* Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

* Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

* Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

-------------------------------------------------------------------------

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

----------------------------------------------------------------

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=printview&t=30965&start=0

Fadilat tarawih didakwa hadis rekaan

KOTA BHARU, Rabu – Sebuah kumpulan pengajian Islam di sini, Darul Quran Was Sunnah, meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa majlis agama negeri menyiasat penyebaran hadis palsu berhubung kelebihan solat tarawih.

Hadis yang dikatakan palsu itu mengenai kelebihan solat tarawih sepanjang malam Ramadan, kononnya diriwayatkan oleh Saidina Ali dan disebarkan secara meluas melalui media massa.

Jurucakapnya, Asri Yusof, berkata hadis itu nyata lemah dan palsu serta tidak pernah ditemui dalam kumpulan Sunnan Sittah (himpunan dalam kitab hadis oleh enam ulama hadis masyhur) dan kitab Muwatta’ karangan Imam Malik.

Hadis itu antara lain mengenai kelebihan solat tarawih pada setiap malam, misalnya pada malam pertama keluar dosa orang mukmin seperti bayi yang baru dilahirkan, sehingga malam ke-30.

“Perkara mengenai kelebihan solat tarawih ini hanya tersebar secara meluas sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini.

“Hampir semua media memetik dan mengguna pakai hadis ini, yang tersebar luas kepada orang ramai sedangkan ia ternyata palsu,” katanya kepada Berita Harian.

Sebelum itu, Darul Quran Was Sunnah yang beralamat di Masjid Purnama, Paya Purnama, dekat sini, menghantar salinan bertajuk Kepalsuan hadis kelebihan tarawih meminta perkara itu diperbetulkan bagi memperbaiki salah faham umat Islam.

Menurutnya, umat Islam perlu berhenti daripada mempercayai perkara bidaah kerana ia nyata sesat dan menyesatkan.

Asri berkata, perkara itu mungkin berlaku disebabkan kelemahan umat Islam sendiri dalam memahami ilmu hadis atau pengaruh fahaman Syiah yang cuba menyelewengkan kefahaman pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hadis itu dipercayai terdapat dalam beberapa buku fadilat Ramadan terbitan tempatan dan kitab Duratunasihin karya Othman Hassan bin Ahmad Asyalal al-Khaoubori yang diterbitkan di Mesir pada 1954.

Di KUALA LUMPUR, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, berkata hadis mengenai kelebihan 30 malam solat tarawih itu dianggap palsu atau rekaan kerana ia tidak mempunyai sumber muktabar.

Menurutnya, hadis itu dipercayai direka oleh orang yang mempunyai kepentingan.

Serentak itu, beliau meminta masjid atau surau yang menampal hadis berkenaan di premis masing-masing supaya membuangnya bagi mengelak umat Islam mempercayai hadis itu.

“Umat Islam yang menunaikan solat terawih tidak harus terpengaruh dengan kelebihan fadilat dalam hadis rekaan itu, sebaliknya menunaikan solat dengan mengharapkan balasan Allah,” katanya.

Ditanya bolehkah seseorang mencipta hadis untuk mendorong umat Islam menunaikan solat terawih, Dr Hayei berkata mereka termasuk dalam golongan yang melakukan dosa besar.

Beliau berkata, antara hadis sahih mengenai kelebihan solat terawih ialah:

“Dari Said Musayyap, Rasulullah bersabda: sesiapa beribadat (solat terawih) dalam bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni dosa-dosa yang terdahulu, hadis riwayat al-Nasa’i.

“Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: sesiapa yang menghayati (beribadat) malam lailatulkadar dengan iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni semua dosanya, hadis riwayat al-Nasa’i.”

Quiny Bridal 1st Anniversary Giveaway

(Nota awal : Hijau adalah tulisan saya)

Heheh...dah lama tak masuk mana2 contest ni. Tetiba nampak Nik buat Giveaway sempena Quiny Bridal 1st Anniversary.



Dan disebabkan hadiah2 dia yang best buat saya teruja nak join giveaway ni. Kalau takat dapat RM50 ke...hadiah kecik2 saya tak layan. Nak terus hadiah menarik camni. Haha...sesungguhnya saya seorang yang tamak lagi haloba.
--------------------------------------------------------------------

Hadiahnya ialah ;-

Hadiah Utama :-
1x Makeup beserta Outdoor shooting secara PERCUMA!!
**Sesuai untuk family, post wedding mahupun Pre-wedding...

Hadiah sagu hati :-
3 x Voucher diskaun sebanyak 15% untuk servis makeup dari Quiny Bridal .

Hadiah referrer terbanyak :-
1 x Makeup session secara PERCUMA!
--------------------------------------------------------------------

Menarik kan hadiah dia. Saya nak menang hadiah utama je...saguhati tak nak! (Baca dengan nada riak)
--------------------------------------------------------------------
Syarat-syarat pertandingan :-

  • Anda haruslah seorang yang sporting dalam mengambil gambar. <----OFF COURSE.

  • Buat satu entry tentang Quiny Bridal dengan tajuk Quiny Bridal 1st Anniversary Giveaway dan <----INI ADALAH ENTRY TERSEBUT.

  • Sila sertakan gambar terbaik anda yang paling 'happening'!. (Gambar tidak boleh di edit. Gambar handphone juga di ambil kira selagi ianya adalah sekeping gambar)
  • <-----OK INI GAMBARNYA. TAKDE EDIT...DAN MUKA PUN TANPA MEKAP. TAK EDIT AT ALL. KE"HAPPENING" YANG TERJADI ADALAH ASLI DAN BUKAN DI BUAT2. KES MANDI AIR TERJUN PAKAI SLUAR KESAT, ORANG LAIN DAH BERATUR RAMAI2 KAT BELAKANG NAK MENGGELONGSOR KE BAWAH...SAYA TAK JALAN2. TERSANGKUT KAT BATU. ANAK2 BUAH SIAP TOLAK RAMAI2 SURUH SAYA MENGGELONGSOR KE BAWAH. TU YANG TERKEKEK2 GELAK TU. MAKNGAH DAH GEMOK TU PASAL BERAT TAK JALAN2 TU. KATA ANAK BUAHKU DENGAN NADA KURANG ASAM SUNGGUH BUNYINYA. HAHAHA

  • Bagi yang tidak mempunyai blog, anda boleh buat Note Di Facebook! <----ADA BLOG WALAU TAK BAPE FEMES EMES PUN BELOG INI.

  • Nyatakan kenapa anda NAK dan LAYAK menang giveaway ni.
    <-----SAYA NAK MENANG SEBAB SAYA NAK MEKAP DENGAN POSING2 PERCUMA. ZAMAN SEKARANG NI MANA ADA BENDA DAH PERCUMA. KALAU AMBIK KAT PHOTOG LAIN DAH BAPE NAK KENA BAYAR UNT SATU SESI FOTOGRAFI. MEKAP JE PALING KOMAN RM150 DIORANG CHARGE. TU PUN BELUM TERMASUK TRANSPORTATION CHARGE LA DAN BLA BLA BLA.
  • <-----SAYA LAYAK MENANG SEBAB SAYA RASA SAYA CUN DARI PESERTA2 LAIN. HAHAHA AYAT TAKLEH BLAH. MAU KENA REJAM DGN PESERTA LAIN NIH. HEHE. PASTU SAYA PERASAN GAMBAR SAYA PALING HAPPENING WALAU PAKAI KAMERA KOROK JE. ORG LAIN SIAP BG GAMBAR THE BEST. GAMBAR CUN2..MEKAP BAGAI...PAKAI DSLR...TAPI SAYA...GAMBAR MASA TAK MANDI. OK MASA NI BARU NAK START MANDI SUNGAI...MEMANG TAK MANDI DARI RUMAH TAU. OK NI RAHSIA KITA2 JE. JGN BGTAU SAPE2 yer. DAH TU SAYA RASA MEMANG LAYAK MENANG SBB SAYA memang PATUT MENANG. Ya Allah..terriak lagi. Astagfirullah..LAGIPUN BUKAN SENANG NAK TENGOK SAYA MASUK CONTEST BLOG NI TAU. LAGI2 KENA TARUK MUKA SENDIRI KAT BLOG. TAPI NAK MENANG PUNYA PASAL SEGALANYA KU KORBANKAN. HEHEH. UNDILAH SAYA SEBAGAI PEMENANG!!!!psss:SAYA LAYAK MENANG SEBAB SAYA UGUT PENGANJUR DALAM EMAIL DAN HENPON JUGA FESBUK DIA...JIKA DIA TAK BAGI SAYA MENANG..SAYA AKAN MENGHANTUI HIDUP DIA. JADI SAYA MEMANG PALING LAYAK JADI PEMENANG UTAMA. YEHHHH!

  • Sertakan link Quiny Bridal dalam entry anda. <------OK NI LINK DIA. KORANG KENA MASUK SINI UNTUK JOIN CONTEST NI JUGAK. DAN UNTUK BAKAL2 PENGANTIN, KORG BOLEH SERVEY2 KAT BUTIK NI. HARGA AMAT BERPATUTAN. HIGHLY RECOMMENDED!

  • Tinggalkan link entry anda dalam comment box ini beserta referrer anda <----OK

  • Tarikh tutup adalah pada 31 Ogos 2010 <----SEMPAT LAGI NI

  • Mengikut terma dan syarat
Term and Condition
  • Lokasi penggambaran akan ditentukan kelak oleh pihak Quiny Bridal (disekitar Lembah Klang shj) dan mestilah dalam tepoh waktu yang sama..
  • Semua gambar adalah dalam bentuk Soft copy.
  • Voucher mestilah di tuntut dan di tunaikan 6 bulan dari tarikh dikeluarkan.
  • Keputusan sepenuhnya akan dibuat oleh Quiny Bridal, sebarang bangkangan tidak akan di layan..
  • Quiny Bridal berhak menukar hadiah dan syarat pertandingan mahupun terma tanpa notis


UPDATE !!


Anda boleh menghantar SEBANYAK MANA PENYERTAAN....cuma gambar terbaik dari kesemua penyertaan anda yang akan dipilih!!...

Apa tunggu lagi......hantar..hantar....
(terhad kepada satu gambar per entry/note, dan cuma satu entry per minggu!)


***Terhad sekitar Kuala Lumpur, PJ dan Damansara (selected area) sahaja....Peserta di luar Lembah Klang tetap boleh menyertai contest ini tetapi perlu datang untuk makeup dan shooting di selected area ATAU anda perlu membiaya kos pengangkutan kami ke tempat anda..Tarikh perlu dinyatakan awal supaya tiada pertindihan event...

--------------------------------------------------------------------
SAYA KENAL TUAN PUNYA QUINY BRIDAL A.K.A NIK HAKIMAH NI DARI BLOG. WALAU TAK PERNAH BERJUMPA..RASA MACAM DAH LAMA KENAL. BACALAH BLOG DIA..SETIAP TULISAN DIA PENUH KEJUJURAN TAKDE PURA2 BAIK LANGSUNG. MEMANG LUAHAN HATI NURANI SANUBARI DIA LAH. SAMPAI TERKADANG BUAT ADA YANG MEBENCI. DALAM ERTI KATA LAIN APESAL KO NAK DENGKI NIH. NIK MUDA DARI SAYA. DENGAN MODAL YANG KECIK, BAKAT YANG BESAR SAYA TENGOK PERKEMBANGAN BUTIK DIA. SEMAKIN LAMA SEMAKIN MAJU. KEMAJUAN TERBARU SAYA LIHAT NIK DAH PANDAI MEKAP PENGANTIN. TIDAK PERLU LAGI MENGGUNAKAN KHIDMAT MAK ANDAM LAIN LAGI. DIA SEORANG YANG CEKAL. DENGAN UMUR MUDA SEBEGINI SAYA YAKIN NIK BOLEH MAJU DALAM HIDUP. DIA BOLEH PERGI JAUH LAGI. MAYBE MASA AKAN DATANG PUNYA BANYAK CAWANGAN. SIAPA TAHU KAN REZEKI YANG ALLAH NAK BAGI.


NIK JALANKAN QUINY BRIDAL NI SECARA ONLINE. KALAU NAK BANDINGKAN HARGA PAKEJ DIA DGN BUTIK2 LAIN..SUDAH TENTU BUTIK DIA MENAWARKAN HARGA SANGAT MAMPU SEWA UNTUK PELANGGAN2 YANG KURANG BERKEMAMPUAN. SELAIN JUJUR ORANGNYA, SAYA YAKIN PARA PELANGGAN QUINY BRIDAL SENANG BERURUSAN DENGANNYA. INSYAALLAH AKAK DOAKAN YANG TERBAIK BUAT AWAK NIK. SEMOGA TERUS SUCCESS DALAM PERNIAGAAN. DAN INGATLAH TANPA USAHA MIMPI TAKKAN JADI KENYATAAN, DAN TATKALA KITA INGIN BERJAYA...PASTI RAMAI KAN BUAT ANGKARA. SABAR DAN TERUS TABAH DALAM DUNIA BISNESS NI. KO MASIH MUDA...INSYAALLAH KO PASTI AKAN BERJAYA SUATU HARI NANTI.

AKHIR KATA : BAGILAH AKAK MENANG...AYAT DAH BYK MANIS NI. HEHEHE. SAYA
LAYAK MENANG SEBAB KALAU SAYA MENANG DAPATLAH SAYA JUMPA OWNER QUINY BRIDAL DI DUNIA NYATA. OOOOYEH!

Ya ampunnnnn ayat2 smua adlh tdk blh blah. gegege

Friday, August 20, 2010

Lawak Tak Berapa Nak Nasi Lemak Antarabangsa Sangat

Besfren saya Dila tak kurang mangkuk tingkatnya. Kalau kitorg jumpa atau bersembang dalam phone..arghhh dalam sms...fesbuk..email sekalipun..pasti saya akan terbahak2 layan karenah dia. Ada je bahan nak buat pipi bengkak2 ketawa. Yang tak boleh blahnya kalau masa jalan2 kat shopping complex ke..klw ada orang mengorat pasti muka dia blushing2. Sebab dia ni pemalu orangnya. Pernah ada orang ngorat masa kitorg berdua tengah window shopping. Bila mamat tu dah blah je Dila mengaku :

Dila :
"Tengok...org tu ngorat aku..nampak sangat aku lagi cun dari ko kan".
Saya : "Arghhh dia ngorat aku la..dia tak sebut pun nama ko tadi. Aku lagi cun la!"
Dila : "Dia ngorat aku la..aku lagi kurus dari ko."
Saya : " Sori sikit erh..aku nampak mamat tu tadi pandang aku bukan ko. Aku panggil dia kang tanya..."
Dila : (Sambil melambai2 mamat tadi..mamat tadi dah blah pun sebenarnya)..."Bang2...dia dah kawin...saya single lagi".

Haha sengalnya!
---------------------------------------------------------------

Ada satu kes masa kitorg study dulu. Yang ni memang lawak ingat sampai mati. Kitorg dua ni
kalau buat assignment mesti nak meniru. So dengan kejelitaan yang ada, Dila pinjam notebook sorang bdk laki nih. Padahal tak pernah tegur pun budak tu selama ni. Orangnya hensem, pendiam, asyik 4flet je tiap2 sem.Budak tu pas notebook masa lecturer tengah mengajar. Ada satu mukasurat dia lipat. Dila bukak2 terus terbaca :

"Saya dah lama minat kat awak...kalau awak pun suka kat saya sila tanda right kat bawah ni"...

Kotak pertama bertulis "suka"...Kotak kedua "tidak suka".

p/s: Jangan tunjuk benda ni kat sape2 termasuk Emy.


Dengan spontan Dila tunjuk kat saya. Saya baca pastu memang takleh tahan terus tergelak kuat2 dalam kelas. Satu kelas pandang saya. Serius memang lawak giler. Kelakarnye la weii cara dia ngorat Dila. Lawak...lawak...sakit2 perut saya tahan gelak haritu. Mengalir2 air mata sebab rasa memang lawak giler. Lecturer tengah mengajar ni..fikiran saya masih kat nota tersebut. Kang datang usus gelak rasa geli saya tergelak kuat2. Bila lecturer pandang saya cakap.."Sori puan sori"...Sambil Dila pukul2 saya...saya terus gelakkan dia. hahaha lawak antarabangsa ingat sampai mati nih.


Dan Dila pulangkan buku tu dengan menanda kotak kedua. Sampai sekarang benda tu kami bertiga je tahu. Lepas lecturer keluar kawan2 lain tanya kenapa kitorg gelak...kitorg jawab dengan hilaian pontianak je. Siyes...sakit usus2 perut ni gelak masa tu. Hahahaahaha..



::::Kebahagian tidak terletak di mana kita berada, tapi dengan siapa kita bersama.

Gambar menunjukkan seorang isteri yang meratapi syurga di tapak kaki arwah suaminya...

Tetiba teringat kat adik perempuan saya yang agak mangkuk bertingkat2 tu. Dia kalau gelak mesti lama nak boleh dia berhenti. Janganla buat lawak depan dia. Kang kita gelak bukan sebab benda tu lawak sangat..tapi sebab tengok dia gelak. Kes sungguh!

Ada sekali tu masa kitorg naik Air Asia Indonesia, pramugara tu ucap selamat pada setiap penumpang. Sampai kat adik saya :

Pramugara : "Selamat siang Ibuk"...dengan longat indonnya..
Adik saya :
" Erh..erh..saya belum kawin lagi..takde anak lagi"....Pastu dia gelak ngekek2 tak benti. Sengal sungguh.

Masa dalam flight tu kitorg asyik panggil pramugara je. Ada je makanan yang nak diorder. Jap lagi tekan butang nak buang sampah la. Jap lagi tanya nak pergi toilet la. Masa saya dalam toilet dia sebuk dok bersembang dengan pramugara check2 mikrowave dekat cabin area. Bila saya dah siap dia marah. "Asal ko cepat sangat....tak habis lagi tinjau area krew cabin nih".

Hampeh sungguh!
Time saya, dia dan husband saya rancak bersembang, pramugara tu dari depan nak ke belakang. Masa lalu kat kitorg dia tegur. Disebabkan adik saya paling tepi dia pandang muka adik saya. Dengan manjanya pramugara tersebut berkata :

"Cik sampahhhhhhhhhhhh", ok..baca dengan nada manja yer..tanpa ada koma selepas perkataan cik tu.

Time tu apa lagi, kitorg bantai gelak la. Camne pramugara tu tahu nama ko sampah? Haahahaha....giler2 kitorg gelak time tu. Orang giler pun tak gelak camtu. Hahahaha...cik sampah...sesuai dengan mukanya nama tersebut. Hahaha.

Gambar : Adik saya masa kursus medic unt malapetaka. Sengal okeh dia tu. Adik sapolah tu. Ok...dia single lagi! Iklan ini ditaja khas oleh ubat nyamuk cap ping pong.

---------------------------------------------------------------------