Friday, July 30, 2010

Petua Tak Nak Bagi Semut Dekat Dengan Gula

Petuanya ialah taruk label nama seperti "Lada Hitam" pada balang gula anda. Bila semut tu baca nanti dia pikir itu Lada Hitam, maka dia dan kawan2 dia takkan dekat la dengan balang gula anda tu. Selamatlah gula anda dari dimasuki oleh semut2 itu. Hehehe.


Jangan korang percaya sudah dengan petua tu. Kalau korang cuba jugak itu tandanya semut tu pergi sekolah sebab pandai membaca apa yang anda tulis pada balang tu. Dan ianya menunjukkan juga tahap tingkat sekolah yang anda belajar dulu. Hahaha...jgn buat sudahla petua ni. Sekadar mengarut.

Tak perlu gula yang banyak untuk maniskan minuman, tapi cukuplah dengan senyuman yang manis. Macam ni. Cumelnya mereka^_^

Wednesday, July 28, 2010

What u give u get back!

InsyaAllah tahun ni kami beraya di rumah baru. Tak sampai 2 minggu lagi kita nak berpuasa tapi kami masih belum pindah-pindah rumah. Letihnya kalau baru nak pindah time bulan puasa nanti. Lagi letih nak mendekorasi rumah. Sebab tulah tahun ni takde entry2 berangan nak langsir camne, bunga untuk raya camne. Apapun tak boleh start lagi.

Puncanya...owner asal rumah tu masih tinggal di situ. Selepas diorg jual rumah tu kat kami, diorang sebelum tu ada beli rumah lain. Tapi tah macam mana kena tipu. Disebabkan kesian ditambah pula dengan bininya sarat mengandung kami bagi diorang menyewa rumah baru kami tu. Ertinya diorang tak perlu pindah lagi. Tapi kesian kami limitnya sampai bulan puasa ni je. Pandai2la menyewa rumah lain pula yer lepas tu.

Bila pikir2 balik kesian dengan diorang ni. Tapi bila ingat2 balik masa mula2 kami datang servey rumah diorang tu...hemmmm. Kami datang naik kereta katak made in Malaysia kepunyaan saya pada hari nak lihat rumah mereka tu. Tuan rumah tu memang kaya. Pakai Mercedes. Wife dia Bimmer. Saya lihat fridge magnet dia bukan macam saya. Kalau saya FM adalah Langkawi, Pangkor, Melaka...itu je yang sampainya. Tapi dia Los Angeles, Capetown, Hong Kong, Mexico dan oversea saja. Masa kitorg datang tu mereka pandang sebelah mata je. Dan siap cakap, dah ada orang lain nak juga rumah tu..sape cepat dia dapatla.

Then kitorg proses cepat2. Alhamdulillah loan lulus. Sebenarnya rumah yang dijual tu lebih tinggi dari harga pasaran. Memangla rumah dia dah renovet habis, tapi kalau nak di kira2 tetap harga tu mahal. Tapi bank tetap tak mahu naikkan harga lagi. Sudahnya kami kena bayar deposit tinggi. Takpela, dah berkenan punya pasal kan.

Dengan sebelah mata orang tu pandang kami. Entah2 tak bermata kot diorang tengok kami. Cara dia layan kitorg berlagak sungguh. Macam kitorg ni tak mampu beli rumah dia. Siap pesan dengan lawyer, kalau kitorg bagi duit suruh buat cash deposit. Takut kitorg menipu bla bla. Sekali kitorg byr cash 40k kat dia tanpa banyak bunyi. Setel proses jual beli rumah tu.

Alih-alih dia cakap dengan lawyer tak boleh pindah lagi. Sebab takde rumah. Jadi mintak nak menyewa dengan kami. Disebabkan kesian kami bagilah. Kitorg pun bukan urgent takde rumah ke apa. Cuma rugi je lah byr sewa rumah kat Gombak ni dan tak boleh nak hias2 rumah untuk raya lagi.

Dan haritu kami ke rumahnya. Saje nak tengok. First time kami masuk rumah tu dengan sangat dialu2kan. Siap buat air lagi untuk kitorang. Masa tu kitorang datang naik kereta bukan buatan Malaysia. Jadi mata dia agak terbeliak. Siap tanya lagi husband saya bila ambik kereta tu. Husband saya cakap la dah lama. Habis tu kereta yang haritu trend in? Tanya dia. OMG..masa tu barulah kitorg dapat pick up apesal lah selama dia dia berlagak sungguh dengan kitorang. Rupanya sebab selama ni dia pandang kitorg sebelah mata je. Patutla...

Dan sekarang barulah nak contact2 kitorg direct. Nak berkawan. Kalau tak semua nak pakai lawyer. Tetiba je baru2 ni diorang cakap diorg nak charge semua alat elektrik dalam rumah tu such as aircond, kipas dll. Mintak kitorg lagi 5 ribu. Amboi senangnya. Mulanya saya mintak tawar, seperti masa dia jual rumah..NO NEGOTIATE! Last2 kami kata taknak la. Cabut je lah semua yang ko nak jual tu. Kitorg boleh beli baru la. Nada kata saya dalam hati. Kalau beli baru pun takde sampai 5 ribu pun harganya. Siap ada warranty lagi. Kalau ambik yang sedia ada belum tentu elok lagi. Alih2 dia tanya kami berapa harga yang kami boleh bayar. Pulak dah? Mungkin diorang fikir kalau bukak2 semua tu pun nak taruk mana nanti. Diorang bukan ada rumah pun.

Itulah akibatnya kalau beli rumah tiada hitam putih. Sepatutnya masa fixkan harga haritu, kena ada hitam putih apa benda yang termasuk dalam harga rumah tu. Alih2 orang buat kat kita macam ni. Takpela, kami tak ambik hati sangat pun. Sebab excited dah ada rumah baru kan. Diorang pun dah dapat rumah sewa. Terpaksa menyewa je dulu kata diorang. Bila difikir2 nak gelak pun ada. Tak sangka kitorg buat "orang kaya" hidup merempat. Heh heh.

Tuesday, July 13, 2010

Kami Kalah Pada Makcik Beranak 14 Di Malam Final Piala Dunia


Malam Final Piala Dunia haritu saya berada di kampung. Berkumpul ramai-ramai buat kenduri doa selamat sempena yang dah selamat2 tu. Malam tu lepas kluar makan ramai2 kami ke Menara Condong Teluk Intan. Selalu juga kami ke sini masa arwah nenek masih hidup, tapi inilah pertama kali kami datang sambil bergambar2.


Disebabkan diorang pasang skrin besar kat bawah Menara tu, banyakla aktiviti sempena Piala Dunia ni di buat.


Kitorg pun buatlah aktiviti memasukkan kepala anak2 buah dan juga bapak2 buah ke dalam patung2 pemain bola yang ada. Sapepun pemain bola tersebut, tidaklah saya tahu.

Posing-posing dan posing je lagi.

Mencuba meneka bendera-bendera dunia.


Dan yang ni bila budak2 dah start beli benda vuvuzuela ke apakejadahnya nama benda tiup2 ni. Satu RM5. Bila smua tiup serentak dah macam segerombolan gajah mau jalan. Kalau yang sebenar tu lagilah, lebih kuat dari bunyi enjin jet.


Masa DJ Perak FM yang mengacarakan majlis ni buat soal2 memang kami failed la unt menjawab. Gila kau tanya pasal bola. Manalah kitorg ambik tahu. Hanya sotong Paul yang lebih arif tentangnya.~~Masa acara rebut2 bola kitorg berjaya la bawak balik 2 bijik bola. Riak rasanya bila salah satu daripada bola tu saya yang tangkap. Penangan petang tadi training depan rumah main futsal. Geng sluar lawan geng kain. Haha sangat takleh blah masa tu.


Dan bila DJ tu suruh buktikan group paling ramai yang datang akan dapat hamper, kami ramai2 ke depan. Sebenarnya kami ramai jugak, cuma orang2 tua duduk dalam kereta je tak mau turun.

Tapi kami mengaku kalah bila makcik ni dan anak2 dia ke depan. Anak dia ada 13 orang dan dia sedang mengandungkan anak yang ke 14. Dasyat ooooooo. Dan part yang paling best, smua anak2 dia perempuan. Sorang je lelaki. Adehhhh bayangkan betapa meriahkan rumah makcik ni. Mesti seronok beraya di rumah mereka.

Dan itu adalah ayahnya. Bestla makcik ni. Fisrt time tengok orang anak ramai ni kuar jalan ramai2 camni. Walau ada juga anak makcik tu yang tak ikut, tapi kira ramai jugakla yang ikut mak ayah diorang ni. Happy family sungguh.

Orang kata menjaga seoarang anak perempuan ni ibarat menjaga sekandang lembu. Jaga lembu sekandang tu lagi senang. Tapi cuba bayangkan anak2 makcik ni. Berapa kandang lembu dah perlu diibaratkan. Dengan macam2 emosi yang ada, macam2 nafsu yang ada, pastu bila tiba minggu period aduhhhh macam2 hal.

Semoga anak2 makcik ni dapat menjaga ibu dan ayah mereka bila diorang dah tua nanti. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak. Tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Respekla kat makcik ni. Bangga dengan dia^_^

Tuesday, July 6, 2010

Dengan Photoshop...Segalanya Mungkin

Kita selalu dengar alasan gambar diphotoshop kan bila terjadinya isu2 sensitif berkaitan gambar tersebut. Dan kita juga selalu teruja dengan produk pelangsingan badan bila melihat hasil gambar pengguna selepas menggunakan produk tersebut. Dan juga produk kecantikan wajah..dulu ada jerawat..skrg tidak lagi....


Dengan photoshop segalanya mungkin. Kalau iklan syampu tu..elok je berkilat2 rambut model tu. Tapi bila kita pakai syampu yang sama..tak berkilat pun.


Kalau yang iklan kuruskan badan tu. Gambar pengguna tu elok je kecil molek kurus langsing. Tapi berat yang ditunjukkan adalah 56kg, 65kg... Klw kita jumpa kat luar orang yang berat camni..tidak ler nampak langsing camtu pun. Kan kan..


Tanpa photoshop, tidaklah kita teruja dengan wajah2 artis di majalah tu. Kemain cantik. Berseri2...glowing terlebih. Santekkkknya.


Dan ini adalah beberapa gambar yang dah release- samada majalah, iklan mahupun flyers. Menakutkan ok tetiba ada tangan tengah pegang bahu dia. Hantuuuuu...


Iklan Dolce & Gabbana--mana hilang kaki model lagi satu tu?


Yang bawah ni terpeleuk lak kakinya. Kesian..

Matahari terbenam ada 2...agak2la nak copy paste kusyen yang sama.

Kesimpulannya dengan photoshop segalanya mungkin. Nak kurus nak badan jadi ganda2...semuanya boleh. Belajarlah photoshop...ianya menerujakan^_^




Sumber : smilepanic.com

Monday, July 5, 2010

Gambar Kawin Untuk Kenangan

Upssss...

Idea kereta rosak ni ok kalau kita nak buat. Yang kat atas tu jgn buat yer. Tak mengaku anak menantu nanti.
Funny face.

Idea ni pun ok gak. Kelakar giler. Kena paksa kawin. No no..i dont want!


Ni kawin masa H1N1 tgh berleluasa..camnilah rupa pengantin.

Ooo o...photog pun bernafsu jugak..

Yang ni tak senonoh..

Dan yang ni...hahaha sangat takleh blah. Igauan ngeri kalau dapat mak mertua camni. Semua nak sebuk hal anak menantu. Haha.

Sunday, July 4, 2010

Dress Jubah Idaman Hati Lagi...

Size2 yang ado.



















Kilk di sini untuk tempahan.