Monday, May 31, 2010

Bila Azzib Pergi Ke Sekolah

Azzib, 2 tahun setengah ikut abangnya Aidil ke sukan sekolah tadikanya. Sebuk nak join abangnya beratur dalam barisan juga. Orang lain semua tinggi2..dia je ketot dan tak pakai baju senaman sekolah ada dalam barisan tu.


Tiba-tiba ada seorang budak perempuan terlanggar dia. Sambil menjeling dan mengangkat tangan pada gadis masih bersekolah tadika tu..Azzib berkata :




"AWEKKKK NI...LANGGAR2 OWANG JE."




hahahaha...lawak giler Azzib ni. Tah mana belajar panggil perempuan awek.




Nota: Sedang online dari Pusat Servis Toyota..2 jam kena tggu sini.

Thursday, May 27, 2010

Koleksi Kabinet Dapur -1





















Bersambung...


Gambar tanpa ehsan: Mokcik Google

Tuesday, May 25, 2010

Kalau Masak Sambal....

Tak kiralah sambal ikan bilis ke, sambal udang ke, sambal telur ke, ayam masak merah ke kan.




1) Kalau nak bagi sambal tu nampak gelap sikit warnanya, tak terlalu merah cilinya kan
=Masukkan gula dan garam di awal masakan.


2) Hilangkan biji cili kering
:

a-Guntingkan cili kering tu kecik2..ketampi bagi biji dia terasing. Kemudian rendam dalam besen. Biji2 tu akan terasing dengan sendirinya.

b-Kalau nak cepat, malas nak potong2 rendam segala..campurkan minyak masak sekali masa blender cili kering tu. Jadi biji tu akan mudah hancur.


Ok sekian sahaja petua kali ini. Kita kembali ke angkasapuri.


Gambar hiasan : Saya dah pandai buat kek coklat kukus. Yeyyy..

Monday, May 24, 2010

Dua Jam Mati Hidup Kembali

Part 7/8 :


Tadi layan youtube. Sekali terjumpa video seorang perempuan berumur 25 tahun dari Riau Indonesia yang mengaku telah mati dan melihat alam barzakh. Confiusnya cerita dia ni. Mengaku mendapat nikmat tersebut kerana dirinya beramal soleh di dunia, mengaku melihat malaikat- Malaikat tu laki2 je kata dia..takde perempuan. Katanya muka Nabi SAW yang dilihat seakan2 muka orang asia. Tapi tak nampak jelas. Jalan cerita dia agak bercelaru. Seakan2 cerita peristiwa Israq Mikraj bilamana dia nampak hukuman org2 yang berdosa. Katanya lagi di sana roh masih bersolat, siap bersalam bertemu dengan roh yang dah ada kat situ. Arghhhh confiusnya aku dengan perempuan ni. Cara bercerita penuh confident dan ala2 berceramah pula. Video yang dah diupload 2 tahun lepas...kesahihan cerita dia ni wallahualam.

First time ni dengar orang baik mengaku diri dia baik sangat~~hemmm..confius~~

Wednesday, May 19, 2010

Nenek Saya

Last week saya singgah jenguk nenek saya kat kampung. First time ni balik kampung laki bini je takde mak abah ikut. So dalam perjalanan tu saya belila KFC dua barrel. Sebagai buah tangan. Nak beli buah-buahan kat kampung sendiri pun bersepah.
Yang kelakarnya bila tengah makan nenek saya membebel. Katanya seumur hidup dia tak pernah lagi orang bawak lauk je, takde nasi. Hahaha. Memang terpaksa gelak la masa dengar ayat dia tu.
Teringat lagi raya tahun lepas masa nenek tumpang kereta kitorang nak pergi rumah pakcik. Berbekalkan GPS kitorang pun bergerak la menuju ke Kuantan. Sepanjang jalan dia membebel-bebel kata kitorang jalan tempat sama. Coz kiri kanan sekejap jumpa ladang kelapa sawit, sekejap kebun getah. Jadi nampak sama. Kitorang pun tak lalu jalan yang biasa lalu. GPS tu pun suka tunjuk arah jalan short cut mana2 ceruk bukit tah kitorang lalu. Memang kena maki la dalam kereta sepanjang jalan tu.

Kitorang terangkan kat nenek yang ikut GPS tunjuk, nanti sampaila. Katanya kalau dia pergi dengan Pak Leh(pakcik saya jugak) dah lama sampai. Dah siap boleh makan nasi lagi. Haha sungguh kerek nenek ku. Pastu dia siap keji-keji lagi GPS tu cakap benda yang tak boleh percaya. Kekeke.
Ikut no IC, tahun ni genap umur nenek 88 tahun. Tapi kata dia masa dia buat IC dulu t*t*k dah tumbuh pun. Means dah remaja la masa tu. Orang zaman dulu-dulu kan, bukan nak buat surat branak on the dot. So kiranya umur sebenar nenek saya ni dah 90 lebih la kot.
Dengan penglihatan yang masih terang, ingatan yang baik, dia cukup ceria meniti hari tua. Bila bercakap soal mati, dia cakap dia lambat mati la...sebab takde lagi tanda-tanda hidung ke telinga jatuh. Dia cakap sambil berseloroh. Tapi sebenarnya ada betul jugak.

Harta nenek banyak. Tanah, sawah dan ladang getah berekar-ekar. Semua dah siap dibahagikan pada anak-anaknya. Atok saya meninggal masa saya umur 5 tahun. Bayangkan nenek hidup bersendirian selama ini. Bila anak-anak yang kaya nak jaga dia tak nak. Pilihan dia anak-anak yang jadi peneroka felda biasa-biasa je. Dia lebih suka kehidupan kampung. Tapi sekarang dia lebih suka duduk seorang di rumah usang dia. Bila anak-anak baiki rumah apa yang patut, dia merajuk. Siap kena marah lagi semua-semua. Seb baik saya tak berserongkol dengan diorang semua. Kekeke. Tapi itu untuk kebaikan nenek jugak. Pernah satu ketika dulu dia marah Mak Long saya sebab buang periuk dia. Periuk tu dah kemek2 buruk habis dah. Mak Long saya buang jadikan tempat taruk makanan ayam peliharaannya. Mengamuk nenek saya. Bila kitorg beli periuk yang baru dia tak nak. Dia nak periuk yang tu jugak. Ambikla mak saya periuk tu. Dikikis-kikisnya basuh bagi cantik balik.

Dan periuk tu masih cantik di dinding dapur nenek sekarang. Dia bukan guna pun. Saje simpan sebagai kenangan kot. Yang kitorang jadikan bahan ialah sape yang bakap mewarisi periuk pusaka itu. Hahaha...sebab nenek kalau dia beli apa-apa dia mesti cakap "kalau dia mati benda ni orang sekian-sekian ambik". Adik lelaki saya dapat gelang emas..pastu sebuk dok tanya nenek saya bila nak mati. Sambil berseloroh la..tapi nenek saya mmg cool..dia layankan je mat rempit sorang tu. Tak paham aku.

Bila di pikir2, boring jugak jadi nenek saya ni. Bayangkan mata nak tidur pun dah tak lena. TV ke suratkhabar ke dah bukan jadi pilihan untuk di tatap. Seawal 4 pagi dia bangun mandi, solat dan mengaji. Itulah rutin harian dia. Saya kalau duduk kat rumah yang ada astro, internet segala boleh cakap boringnya hidup, tapi bila pikir nenek saya. Hidup dia lagi boring. Nak mati lambat lagi katanya. Hemmm...

Bila bersembang dengan nenek tentang petua panjang umur, saya cakap kat dia...tak nak la. Baik mati cepat. Boring la hidup lama-lama ni. Hahaha cucu yang kejam. Memang keturunan nenek saya mati lambat. Kebanyakan diorang meninggal dunia di usia 90-an. Pastu keturunan nenek jugak suka kawin ramai. Nenek saya sendiri ada 3 laki. Nenek saudara saya kawin lebih dari 10 suami. Dari penoreh getah sampai la pekerja ofis pernah kawin dengan dia. Zaman dulu glemer dah kalau dapat kawin dengan orang keje pejabat ni. Mak Long saya sendiri berlaki 6. Asal kawin bercerai tak pun laki mati. Hemmm dah suratan jodoh mereka. Dan generasi kami ni tak tahula sape yang akan ikut keturunan kawin ramai tu. Mintak simpangla. Orang tua-tua la cakap, kalau ada keturunan kembar nanti mesti akan ada yang beranak kembar jugak. Tapi tak semestinya kan.



:::Bila saya tangkap gambar nenek dia cerita pasal arwah kakak dia yang tak suka orang tangkap gambar dia. Buat apa nak simpan gambar orang dah mati nanti. Saya pun cuak jugak la masa nenek cakap camtu. Lepas tu dia sambung, dah tangkap gambar aku ni pergi cuci...gambar raya dulu-dulu aku tak dapat tengok pun. Tangkap2 bukan nak bagi kat aku. Adehhhh kena sebijik!

Thursday, May 13, 2010

Hello Everyone..




Please write your own caption:::



----->>>Sambung tido balik. Zzzzz...

Wednesday, May 5, 2010

For SALE!!!


Kedai gambar tapi jual batu nisan jugak. Heee. Tangkap gmbr ni masa pegi Penang haritu. Elok je diorg susun batu nisan tu tepi jalan. Ada sesiapa berminat? Buy 1 free 1^_^

Tuesday, May 4, 2010