Friday, October 23, 2009

Tazkirah Bergambar












Fatima dan Ahmad. Pasangan suami isteri di mana si isteri tdk mempunyai ke 2 2 kaki..manakala suami tdk memiliki ke 2 2 tangan. Tetapi hidup seperti manusia normal yang lain. Bekerja..makan minum sendiri..mengemas rumah dll.

Thursday, October 22, 2009

Kegilaan Janda Muda Yang Desperado..

Tgk tak berita budak kena dera smlm tu. Kesian kan. Alia (3 tahun) disahkan mati akibat digoncang dengan kuat dan mengalami lebam2 satu badan yang teruk dan penderaan seksual juga. Disyaki dilakukan oleh boypren mak dia seorang warganegara Sudan. Mak Alia dgn boypren dia tuh baru umur 24 tahun!!!

Kelmarin petang tak silap saya dengar radio. Ada sorang janda ni umur 20 tahun call bagitau hari dia tak hangat sebab kena tipu dengan boypren dia a.k.a laki orang.Yang ditpunya psl dia ingat laki tu umo 30 tahun sbnrnya baru je 29 tahun. Ya Allah sengalnya budak niiii..Ingat kan dia nak cakap dia baru tahu boypren dia tu laki orang. Eeee klw kat dpean aku mau kena lepuk2 budak nih.

Yang si atok arwah Alia tu pun satu. Dia kata pernah dtg ke kondo anak dia tu. Dia tanya kenapa laki Sudan tu tinggal serumah..anak dia kata sewa bilik je. Pastu atok Alia ni boleh accept mcm tu je. Tak ke nampak sangat jahil agama tu. Astagfirullahh...bila dunia dah akhir zaman.

Psl janda2 muda ni..geram betul tau saya. Cuba tgk artis2 mak janda tu. Kemain posing dia. Time anak dara dulu takde plak mcm tu. Dah jadi janda ni menjadi2 plak gedixnya. Baget leh kawin lagi cepat2 agaknya. Huuu. Tapi skr ni bkn lg zaman di mana "isteri2 takut janda2". Tapi kat kampung saya masih ada tau. Klw ko janda mmg hot kena gosip. Biarpun ko pakai kain batik dgn t-shirt je masa jemur kain..tu pun dah kena tuduh nak goda laki rumah sebelah. Hish kesian..

Yang berbulu mata saya nih tgk janda2 kat bandar nih. Dah la gatal kawin awal..ini untuk kes kena tangkap basah..termengandung la..pastu kawin. Dapat sorang dua anak bercerai. Kesian..kesian kat anak2. Pastu anak2 terabai..ayah dah tentu tak tahu kemana kan. Yang si maknya sebok nak melaram..yelah jiwa muda..umur pun muda lagi. Tapi kesian la..kesian kat anak2. Tak boleh ke korang fikir nak besarkan anak2 tu..fokus kat kerjaya..majukan diri sendiri..dan buktikan yang korang boleh hidup tanpa lelaki?!!

Korang muda lagi..klw korang jadi diri sendiri..sedar diri yang dah jadi mak orang..insyaAllah akan ada orang nak. Banyak2kan doa..jodoh pasti ada. Bukankah Allah selalu temukan kita dengan orang yang salah dan kemudian temukan kita dgn orang yg benar2 menyintai kita. Hidup ini satu persinggahan..anak adalah tanggungjwb. Jika itu takdir kita...bercinta di usia muda bagai nak rak..mengadakan majlis kahwin bagai nak rak..beranak..dan kemudian bercerai selepas hanya sekejap mengecapi nikmat cinta. Bukankah hidup ini ada turun ada naiknya. Klw dah itu takdir kita..terima..redha..dan berserah pada Ilahi...



:::Kawan saya yang baru menjanda sebuk cari laki. Kesian tgk anak2 dia terabai. Style diri semua dah ubah..lg vogue sebelum anak dara dulu. Dari gaya dia saya risau..klw dia dapat laki pun lepas ni..mungkin lagi teruk dari laki dia sebelum ni. Bukankah pompuan baik untuk lelaki yang baik sahaja?..Huwahhh camne nak nasihatkan dia nih..

Wednesday, October 21, 2009

Saya Nak Beli Rumah..

Azam tahun depan saya ialah untuk memiliki rumah dengan nama sendiri. Bling..bling. Pastu berangan nak beli rumah teres tapi nak yang corner lot punya. Boleh tanam2 pokok mcm dalam farmville tu kat tepi rumah. Hehuu..



Saya tgh servey2 nih..nak cari area yang dekat dgn rumah mak saya. Agar saya senang mencari port untuk makan bila lapar(^_^). Saya mmg tak suka duduk jauh2. Macam rumah yang saya duduk sekarang ni..dekat je dgn tempat kerja. Sbb saya tak suka buang masa tengah jalan. Kita dah kerja 8 jam...lepas tu nak kena spend lg sejam 2 untuk perjalanan pergi dan balik. Rasa tak berbaloi je hidup ini. Let me die! haha. Takdela..dulu saya kerja jauh dari rumah. Pagi2 lepas subuh dah keluar..pastu nak boleh ke sampai opis tu klw saya beli nasi goreng..blm sampai tengah jalan lg nasi tu dah habis saya makan. Mana taknya..jalan jem..kereta bergerak sikit2 je..kaki tekan break..tangan pegang sudu makan. Sampai opis dah lapar balik. Jalan jem punya pasal. Tapi itulah yang saya hadapi dulu. Pastu klw time balik pulak..mcm2 shopping complex ada..nak boleh ke sampai kat rumah tu..adalah yang nak kena singgah beli 1 2 barang yang klw tak beli pun tak apa..tapi nak jugak beli tu. Penyudahnya...bulan2 kena cover duit minyak + duit shopping antara rumah ke opis tu...Nak menyimpan duit pun sangap masa tu.




Kitorg actually idamkan rumah mcm ni je. Rumah teres 1 tingkat. Pastu nak rumah area2 Gombak-Selayang-Ampang-Cheras. Tapi rumah tu mestilah berhampiran jalan MRR2...tak nak la sampai kena masuk jauh ke dalam. Macam kat Cheras dgn Ampang tu banyak rumah. Tapi jauh ke dalam sangat. Tak nak tak nak..nak rumah kat tepi2 jalan je. Senang nak bagi map klw kawan2 nak dtg rumah. Betol..betol..betol..



Saya dah servey2 dah. Klw rumah area yang saya nak tu harga dia around 200k ++. Huh..giler mahal. Saya search rumah idaman saya ni kat negeri2 lain. Dah la keluasan diorg lg luas..cantik pun lagi cantik...tapi murah giler. Rumah camni klw area Puncak Alam ke..Bandar Tasik Puteri..Semenyih..Kajang dan negeri2 luar dari KL..harga dia kurang dari 100k. Huuu nak kena pindah luar bandar nih.



Kalau boleh saya nak beli rumah yang dari tangan owner. Taknak rumah baru..tak nak rumah yang belum siap. Sbb saya nak tgk kejiranan diorg gak. Klw kejiranan ok. Jiran2 semua jenis kaki menyibok hal orang..suka ngumpat ngata sini sana...ha saya suka. Sekurang2nya bila duduk kat rumah tu saya tak payahla nak ada perasaan takut mati di bunuh tanpa diketahui jiran tetangga kan. Hish mintak simpang..Yang bestnya beli rumah dari tgn owner ni ialah takyah nak renovate2 byk sangat..dah tentu tuan rumah lama dah siap buat dapur..ceiling..tiles bagai kan. So dah save baget kat situ. Klw rumah tu nampak cam buruk..cat je lah baru kan apa susah. huhuhu



Tapi klw dapat rumah baru macam ni pun cun jugak. Cantekkk nya. Ni rumah idaman bila umo dah 30 tahun. Sekarang ni kena idam rumah kecik2 je dulu. Setakat yang termampu. Ukur baju kena kat badan sendiri. Kenapa tak beli rumah kondo/apartment atau flet sahaja? Sbb saya dah boring duduk rumah atas angin tu. Dari kecik sampai dah begitu besar saiz badan ni asyik dok umah atas angin jer..tah bila nak merasa dok rumah atas tanah nih..So tgh berangan la ni. Ceceyy kononnya..



Saya kagum la dgn rumah2 camni. Bila tgk harga rumah2 camni kan..tertanya2 gak saya diorg yang beli rumah ni kerja apalah agaknya kan. Gila kaya harta dunia...Mcm ada sorg client saya ni dia duduk menyewa kat Damansara. Monthly dia bayar sewa RM7000. Gilerr kaya kaya. Pastu saya servey2 lagi..baru saya tahu rumah kawan saya kat Kemensah Height tu harganya lebih dari 1 juta. Huawaaahhh saya kagum lagi. Pengsan.


Kadang saje2 takde kerja kitorg jalan2 la tgk kot2 ada org nak jual rumah kan. Kdg ada taruk no telefon kat pagar rumah la..tingkap la. Beli la beli cam beli kopok lekor je rumah tu. Ish kopok lekor sedapnya. Lama dah tak jumpa kopok lekor nih. Balik kerja nak pegi belilah.
Ok back to the topic..Tapi betulla..saya selalu je tertanya2. Diorang dan mungkin jugak korg2 yang sdg membaca blog saya ni..kerja apakah yang korg buat kan. Sampai mampu beli rumah mahal2 tu. Klw nak kata korg pengurus syarikat oklah kan. Tapi dalam 1 kawasan perumahan org2 kaya tu..ada berpuluh malah beratus rumah...takkan semua jadi pengurus syarikat. Atau mungkin salah seorg penghuni rumah tu pengedar dadah yang berjaya kot. Mungkin jugaaa...




Tapi apapun not my taste la dok rumah style org2 kaya tu.(Ayat bagi orang yang tak mampu) Minat tu mmg minat. Tgk besar..cantik..kemas je rumahnya. Klw kaya nak la saya duduk rumah camtu. Tapi bayangkan klw sekarang saya duduk rumah mcm tu...ok pejam mata sila bayangkan. Mesti saya kurus..rumah tu dah la besar..nak upah orang gaji dah tentu tak mampu..jenuhla nak kena menyapu dari atas ke bawah..kiri rumah sampai ke kanan. Belum lagi part cabut rumput seminggu sekali..toilet ada 8 nak kena bersihkan..adehhh kurus kurus. Pastu takutla dok rumah camtu..kot2 pencuri masuk ikut belakang kita dok depan tak dengar. Maklumla tak biasa dok umah besar2. Dah kata dibesarkan dlm rumah yg klw berjalan pun bahu boleh berselisih pastu asyik nak gaduh je adik beradik. Tapi itu mengeratkan lg kasih sayang.



Oklah sampai di sini saja entry berangan. Tah bila nak realisasi angan2 kali ni pun tak tahulah. Kot2 la ada sape2 yg ada rumah mcm rumah idaman saya ni...bolehla jual kat saya. Rumah idaman yg byk songeh rumah nak tepi MRR2 la..nak setingkat je..seb baik optional yg corner lot tu. Tapi yang penting ada garaj nak taruk kete. Klw boleh 2 bijik terus boleh masuk bawah garaj tu. Sebab kami ada banyak kereta. (Ikon muka berlagak mcm takkan mati je patut taruk di sini). Korang pindahla umah lain..jual kat kitorg rumah tu. Hehehe.
Actually saya tak berapa tahu sgt psl jual beli rumah ni. Takde experience lg. Yang saya tahu nak kena ada plg koman 10% deposit. Saya target byr deposit byk..bln2 nak bayar rmh rate 5, 6 ratus je. Klw bln2 tinggi mau makan pasir je nnti. Pastu ada orang kata tak okey sgt beli rumah lelong. Atas nasib. Atas bidaan dan saingan...dan atas rumah tu jgk. Dapat rumah yg dah berbulan kena tinggal mau dok serumah dgn hantu. hehehehe(gelak pontianak). Ok sape2 ada cadangan nasihat tntang beli rumah ni tlg info yer. ok dah full stop.

Friday, October 16, 2009

Takzirah Jumaat

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3.Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6.. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Wednesday, October 14, 2009

Barah Payudara

Kita kena membuat pemeriksaan sendiri sekurang2nya sebulan dalam sekali mengikut kata pakar.

Tapi saya tak pernah periksa pun. Malu arr nak tgk t*t*k sendiri dpn cermin. Haha. Blushing. Sampai lah minggu lepas baru saya dpt kesedaran tentang bahayanya kanser payudara ni pada kita wanita. Skrg ni bulan kanser ni kan. Selalu tgk kat hallmark channel tu iklan2 bekas pengidap kanser payudara nih. Tapi tak pernah ambik port pun.

Kesedaran tu dtg bila mana..mak saya dpt panggilan telefon Khamis lepas. Tentang pemergian kwn baik dia akibat kanser tersebut. Mak saya tak tahu menahu pun dia menghidap penyakit tu. Tahu2 arwah dah pergi dulu awal dari kita.

Semasa majlis pengebumian dia..sempatla mak saya tanya beberapa org terapat dgn arwah. Tersentuh hati saya bila diceritakan tentang arwah pulang ke rumah menangis berjam2 dalam bilik air lepas dia tahu mengidap kanser payudara ni. Dia dah stage ke-4 masa disahkan doktor. Iaitu setahun lebih yang lps. Ketika tu dia masih sehat..boleh bekerja.

Ada rumours2 yg pot pet2 mengatakan faktor dia mendapat penyakit tu mungkin akibat kurang menyusukan anak kerana dia mmg bekerja di sebuah syarikat terkemuka Msia dari muda hggalah saat kematian dia. Bygkan bila doktor bgtau yg kita takkan hidup lama lagi..sungguh terbeban perasaan tu. Tergambar2 saya perasaan arwah masa tu. Yang mungkin blh terjadi pada kita juga. Arwah seorang yg berjimat cermat. Saya tak tahu mcm mana dia menikmati hidup dia..kali terakhir saya ke rumah dia ketika masih bersekolah rendah. Dan ketika majlis pengebumian dia Khamis lepas..rumah tu sama je. Tak banyak yang berubah. Sya ingat..sbb saya ada byk gambar kat rumah dia masa kecik2 dulu. Dok main basikal la...bla bla..

Arwah byk menyimpan duit. Beli rumah 2, 3 bijik unt dinikmati lepas dia pencen. Tp rumah yg dia tggl adlh rumah yg sama bertahun2 lamanya. ........................................................................................... Org2 tua cakap sbb ada benda kat dunia ni yg belum dia langsaikan. Org tua2 ckpla..betul ke idak..jgnla percaya. Perkara penting yg kita bawak masa mati nanti hanya amal dan doa anak2 yg soleh. Dan saya rasa anak2 yang soleh tu arwah dah ada. Bila mana anak2 lelaki dia yang menurunkan jenazah ke liang lahad..bila mana melihat anak bongsu perempuan dia berpakaian asrama sekolah Maahad pada hari pengebumian arwah. Semoga roh arwah damai di sana.

Apa yang pasti kematian tu benar. Mak saya terkilan sebab arwah rahsiakan penyakit dia dari smua org. Arwah yang saya jumpa kali terakhir tahun lepas gemuk orgnya...hanya kurus kering ketika melihat jenazahnya. Sedih tak terkata. Kaum keluarga arwah dan rakan2 opis tahu pun bila 6 bln terakhir hayat arwah. Masa tubuh arwah menjadi semakin susut akibat tiada selera makan..cuti bekerja tanpa gaji dan kerap berulang alik unt buat kimoterapi dan radioterapi. Dan arwah pergi...saya pasti dlm keadaan penuh bersedia. Kerana dia tahu bila dia akan pergi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-fatihah.



:::Checkla payudara anda..kerana ajal kita mungkin bkn dgn cara begini jika dpt mengesannya di peringkat awal.

Tuesday, October 13, 2009

Nadya Suleman Pictures..














Ramai yg masuk blog saya dgn keyword Nadya Suleman ni. Saya search pic dia kat google n copy paste je. Tu psl gambarnya kecik...

Nadya Suleman ni femes bila dia mengandungkan anak kembar 6 selepas makan pil kesuburan. Dia membuat keputusan nak anak byk dgn alsan dulu dia takde adik beradik, jd dia nak anak2 dia ada adik-beradik ramai dan takkan kesunyian mcm dia dulu. Katanyalah. Pastu dia minat giler dgn Angelina Jolie dan prasan kot muka dia cam Angelina Jolie skit2. Heh heh. Pastu dia jd kontroversi sbb kerajaan Amerika bersetuju menanggung kehidupan anak2 dia tu sampai diorg besar. Ramai la yg jeles dan sakit hati dan berkata "klw camtu aku pun nak beranak kembar byk2 jugak..boleh femes blh hidup senang...kerajaan tanggung".

Tuesday, October 6, 2009

Tenshennnnya...

Rasa nak berenti kerja je! Boring giler! Saya ada byk kerja nak buat..pastu org ni dtg mintak tolong buat ni...orang tu dtg suruh buat itu ini...taknak buat ditunggunya tepi meja..tak phm2..pergila kat meja sndiri..dah siap tahula org nak hantar! Dah tu yang tgh buat keje ni..keje lain plak dtg...huwaaaaaa rasa nak nangis. Kesimpulannya dah tak tahu nak buat yg mana. Susah keje dgn org2 b*d*h ni. Ha ambik ko..dh marah ni. SMua nak harap kat aku je yg buat. Geram!

Smlm saya tak dtg kerja...akibat tenshen sebegini la. Lepas raya tu byk betul kerjanya. Orang lain tak reti nak buat..nak harap saya je semua. Suruh kira cable dlm drawing pun blh salah2 camne. Geramnnya....Harini buat lg prangai smua. Tak phm2 ke aku tgh stress nih. Smlm tak dtg..harini dtg2 muka muncung..phm2lah org perlukan ketenangan unt buat kerja. Kdg rasa nk benti keje je..tp pikir tak bestla nak bergaya2 guna duit laki kan. Pastu pikir nak kerja kat tmpt lain...hemmm bkn sng nk cari kerja camni lg. Dh la blh sukati2 keluar masuk dtg lmbt lunch tak balik2..bos tahu blanja mkn je. Ha bkn sng...

Tp betulla org kata..bila dh 3 tahun kerja di company yg sama mmg memboringkan..huh..Skrg nk tukar profesion la. Nak jd petani moden yang berjaya. Smlm dlm sejarah dpt beat balik score Kak WOng kat Farmville...hahaha..Suka aku. Jadi pekebun di Farmville Facebook adlh kerjaya yang plg menggembirakan saya pada saat ini...Bahagianya rasa bila memetik buah2 yang sudah ranum masak. Ahaks..

Friday, October 2, 2009

Selagi Nyawa Di kandung Badan









Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu.

Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

(Riwayat Muslim)


:::Gambar yahoo- Selepas gempa bumi kali ke-2 di Selatan Sumatera Rabu lalu. Allah dh beri byk peringatan supaya kita bertaubat dan kembali kepadaNya. Tetapi adakah taubat kita sekadar tau buat? Tepuk dada tanyalah iman...