Thursday, February 26, 2009

Azizah Mahzan

Gambar Makcik Jijah again. Hanya untuk tontonan wanita sahaja. Err tapi auntie Jijah said Seksi not Telanjang ok!











Nasihat untuk anak2 :

1)Pastikan anda tahu di mana ibu anda berada setiap masa.
2)Pastikan aktiviti yang dilakukan oleh ibu anda di luar rumah.
3)Kenali rakan2 ibu anda.
4)Jangan biarkan dia terpengaruh dengan gejala yang kurang sehat diluar rumah.
5)Sentiasa ingatkan ibu anda tentang mati itu benar. (Ayat talkin nih)
6)Bagi anak2 yang berkemampuan, hantarlah ibu anda ke pusat2 pengajian agama, kelas masakan atau sebagainya sbg mengisi aktiviti masa lapangnya.
7)Pastikan anda selalu menghubunginya, menziarahinya. Bukan hanya di hari raya sahaja. Yelah mana tahu tiba2 gambar ibu anda tersebar di internet. Sape yang akan dipersalahkan? Anda dan keluarga anda jugak.

***Carilah kebahagiaan di dalam rumah bukan di luar. Kebahagiaan yang hakiki adalah apabila anda dapat membahagiakan ibu anda diakhirat kelak. Sejuk perut ibu mengandung.

p/s: Saya sukalah pic no 1 dia tuh..cam gadis2 riang gitew.

Wednesday, February 25, 2009

Alas Kaki Buruk Untuk Dijual. Murah! Murah!

Kuala Lumpur, Home & Garden for sale

Lap kaki Placed by Raja bahrain SHah 22 Feb, 16:09. Delete.



Price: RM 5
lap kaki utk dijual..sesuai utk lap kaki b4 nak masuk blik air..harga rm5 jer..cash on delivery..area ampang..
Contact advertiser
Call Raja bahrain SHah:
Save ad
Remember
NEVER pay in advance to a seller you don't know.JANGAN membuat bayaran pendahuluan kepada pengiklan yang anda tidak kenal.
Mudah.my does NOT send any confirmation of payments. Pihak Mudah.my TIDAK menghantar sebarang konformasi bayaran.
Mudah.my does not accept responsibility for the advertised item. Report fraud. Commercial-SMS prohibited.


Your name:
Your friend's e-mail:
© 701Search Sdn Bhd Rules Popular searches Shop Safely Bookmark Contact Us
---------------------------------------------------------------------------------
Pagi ni saya masuk mudah dot my. Ingat nak cari la pasu bunga besar. Yang second hand punya pun ok klw cantik. Tapi saya tgk byk iklan bodoh. Sebagai contoh lap kaki kat atas ni lah. Nonsense! Giler apa jual lap kaki buruk camtu dgn harga RM5?!! Yang baru pun RM2 jer. Grrrr..
Pastu byk iklan yg bodoh2 je blaka. Sapu tangan pun ada yang nak jual. Ada yang nak jual barang yang dikatanya dapat hadiah. Eee geram betul aku klw aku bg ko hadiah ko nak jual plak. Grrrr. Tak kesahla dah ada ke apa barang tu, simpanla. Nanti dah rosak yang lama blh pakai yang tu. Tak pun bagi mak pakai ke hape. Ni nak jual2 plak dia. Aku marah ni! Seb baik bukan saya yang bagi hadiah tu. Haish!
Pastu ada yang yang jual benda dgn harga yang tak logik. Ingatnya boleh dapatla harga murah2 kat mudah dot my ni kan. Yang tukang jual nye plak giler. Barang dijual dah la yang dh diguna, jual plak dgn harga lebih mahal dari pasaran. Ada ke orang yang nak beli?
Ada sape2 tak pernah beli barang kat mudah dot my tu? Atau ada pengalaman membeli barang2 terpakai kat internet. Ok tak?

Tuesday, February 24, 2009

Blog Anti Malaysia

Macam2 blog ada. Dan ini adalah antara keburukan adanya blog ni. Digunakan untuk hasut orang lain, untuk kutuk2 orang lain. Sebab : Diri sendiri tak bagus, diri sendiri tak boleh tgk orang lain berjaya, orang lain lebih dari ko, orang lain maju! Itu sebabnya.

Saya tak nakla bg link blog anti malaysia ni. Buat link dia hot je nanti. Dia gak yang untung.

Saya copy paste apa yang ada kat muka depan blog mamat nih. Actually ada banyak blog2 cam gini. Blog dari manusia yang tak sedar dek untung. Tapi saya baget blog yang ni kepunyaan seorang rakyat Indonesia yang berstatus profesional. Dia kata dia doktor. Dari gaya bahasa dia seperti dia dah lama duduk kat Malaysia. Sesetgh entry dia menggunakan bahasa cam kita2 ni. Ngak ada keindonesiaan nyer..ibuk2 dan bapak2 harus tahu ya tu.



Dia hasut untuk memboikot Malaysia


Lawak la dia ni. Badut agaknya dia ni. Nak boikot Malaysia? Muahahaha. Berapa ramai rakyat Indonesia ada kat Malaysia ni? Panggil balikla semua. Buat menyemak pun ada kat Malaysia ni. Jenayah berleluasa. Kebanyakan kes jenayah rompak, rogol, ragut, bunuh tu orang indonesia punya kerjalah. Klw korang takde byk lagi rakyat negara lain nak kerja kat Malaysia ni tau. Baik ambik pekerja Bangla ke Myanmar ke..diorang lebih rajin..tahu hormat orang Malaysia sbb diorang tak pandai sangat cakap melayu. Tak macam orang Indon..besar kepala! Tapi tak semualah..


Diorang boikot produk Malaysia :
1. Astro TV
2. Petronas (oli-bensin)

3. Modenas (motor)
4. Proton (mobil)
5. XL-excelcom (Op. Sel)

6. Lippo Bank
7. Bank Niaga
8. RotiBoy

9. Malaysian Airlines
10. AirAsia
11. YEO'S

12. CIMB Group
13. genFM 98,7
14. Mamee noodle snack
15. Anak Mas
16. Restoran2 Malaysia
17. Lippo Telecom

Saya pasti tak kan efek pun boikot mereka ni. Rakyat diorang mana mampu nak pakai barang buatan Malaysia. Nak isi minyak kat Petronas pun takde kereta sendiri. Nak Naik MAS apatah lagi. Klw yang mampu pun mungkin Kris Dayanti jelah. Hu.

Yang tak tahan nya diorang nak jugak boikot roti boy tu. Lawak giler! Mesti dia suka makan roti boy nih. Haha. Kesian..tak dpt makan roti boy dah. Haha.



Dia kutuk Produk Kebanggaan Malaysia

Katanya kita suka meniru. Tapi bagi saya tak salah kalau kita meniru untuk kemajuan sendiri kan. Tapi yang ni..sampai ke bendera ha dia wat kajian. Hebat!


Yang selalu Di Banggakan Malingsia?

Petronas Tower
Contractor: KoreaManagement: Australia

Badmintonall
all players are Malaysian Chinese and IndiansCoach: Indonesian

Angkasawan aka Astro-tourist-nautSpaceflight: Rusian Soyuz

SMART Tunnel
Engineering design, construction, and management: Mott MacDonald (UK)

Shukoi : Russia
Submarine: France
A soldier who passed out in Lebanon: Malaysian bumiputera..

Proton Engines: Japan and France
Body: Malaysia (sub contracted to India)

Toll road
Contractors: China, Korea, Indonesia, all countries except Malaysia
Taxi drivers: Malaysians

Genting Hihland
Contractor: UK
Owner: Malaysian Chinese
Gamblers: Sporean, Hk, India, Indonesian, Malaysian Chinese and Indians
Office boys and servants: Malaysian Bumiputera

Pictures of Bigfoot in Johor
pictures are fake, manipulated from a French archaeological book

Professionals: doctors, lawyers, engineers, accountants, etc: Malaysian Chinese, Indians, and Expats
Matrempit: Malaysian Bumiputera

Holywood artist: M Yeoh (Malaysian Chinese) Pelawak: Malaysian Bumiputera

Mamat endon ni cam kutuk Melayu je kan. Cam dia nak bgtau apa yang kita banggakan semua tu hasil idea orang luar, klw orang Malaysia sendiri yang berjaya itu adalah kaum China ataupun India. Orang Melayu jadi mat rempit, office boy sahaja. Wah wah sedapnya tangan dia menaip.

Ada banyak lagi artikel2 dia ni. Semua kutuk2 Malaysia je la. Kesian la kat dia ni kan. Macam jeles dengan kemajuan negara kita. Yer..mmg dia patut cemburu. Sebab negara dia tidak memiliki apa yang kita ada. Sebab negara dia takde KLCC..yang ada hanya peminta sedekah yang penuh dijalananan.

Apapun tujuan diorang nak boikot Malaysia ni biarkanlah. Tak perlulah kita pula nak boikot Indonesia pulak. Nak kena adakan demonstrasi jalanan "Ganyang Indonesia dan Beli Album Siti Nurhaliza" tu tak perlulah. Buang masa, buang duit beli banner.

Hidup ini kenalah selalu bersyukur. Tidak perlu kutuk2 kelebihan orang lain. Apa yang penting usahakan diri untuk bersaing, untuk maju seperti orang lain. Jadikan contoh kejayaan orang lain sebagai destinasi..bukan menghentam, menghina sebegini. Apa yang korang dapat? Nothing!

Yang kitorang dapat pulak ialah rakyat2 Indonesia yang bekerja di sini yang permitnya sudah tamat tempoh. Itulah yang selalu RELA dapat tangkap. Huh!

***Entry ini bukan untuk membenci Indonesia tetapi untuk mensyukuri diri ini. Bangganya aku jadi rakyat Malaysia. Yang hidup aman harmoni dalam pelbagai kaum..yang sesekali bergaduh di parlimen..tetapi aku bangga..dapat mengecapi nikmat hidup ini di bumi Malaysia. Walau tak seindah syurga tapi Malaysia adalah negara tanah tumpah darahku.

p/s: Entry kali ni cam sesuai pada bulan merdeka la..haha. Lagi satu saya takleh nak kutuk balik produk Indon coz kat header blog saya pun tertera idea dari sana. Aiseh!

Saturday, February 21, 2009

Canvas It!

Ini adalah tag dari Izzah :

Instructions:

->Go to your photos folder in your computer.
->Go to the 6th folder of photos.
->Go to the 6th picture in that folder.
->Put the picture on your blog and description of it.
->Invite six friends to join the challenge.(Sape2..silakan. Tapi sila tinggalkan komen yang anda telah menjawab tag saya ni k. Nnti saya akan ke blog anda. Mekasih.)
->Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Saya jawab tag ni Izzah. Tapi saya taruk 3 gambar yer. Tamak kan saya. Haha. Alah klw saya pergi kat photos folder yang ke 6, pastu pergi dekat gambar ke 6, saya tetap tak kan tepek gambar no 6 tuh. Tah hape2 gambar tah tu. Mesti nak kena tepek gambar2 yang cun2 kan kat sini. Owh saya mmg tak suka mendengar arahan. Tapi ada alasan la..tak paham bahasa sbb instructions yang diberi dalam omputih. Heee.

---------------------------------------------------------------------------------

Uols, saya nak mintak tolong nih. Saya ada 3 pilihan gambar untuk di besarkan jadi canvas bersize 10" x 20". Nak tepek kat dinding rumah. Tapi masalahnya sekarang saya tak pasti gambar yang mana sesuai di canvas kan ni. Korang tolong bagi pendapat k.

Sila ke blog ni http://liwaniel.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut pasal canvas ni.


GAMBAR 1
Saya suka gambar ni. Sebab ala2 gambar panorama sikit. Biarpun dok tepi jalan pun kan. Tapi slek plak perutku kelihatan muncit di situ. Heee. Gambar ni saya rasa sesuai untuk size canvas tersebut. Mmg untuk size gambar pemandangan.
GAMBAR 2
Gambar kedua ni pun dari pemandangan yang sama. Cuma saya kelihatan jelita banyak dan ala2 manja menyampah gitew di dalam gambar ni. Pastu gambar ni closed up sikit. Takdelah pokok yang byk inteprem kan. Hish..gambar tepi jalan jugak yang saya pilih. Gegege..
GAMBAR 3
Gambar ni paling giler kuasa. Muka kami suami isteri kelihatan sangat terang lagi bersuluh ha. Korang tak nampak jugak tak tahulah kan. Well, muka kami kan cam Angelina n Brad Pitt gitew. Ahaha. Saya rasa suka pulak gambar ni sebab penuh dgn kaler yellow n pink di situ. Klw tepek kat dinding rumah confirm ceria rumah saya kan.

So korang rasa gambar yang mana erk paling sesuai di buat kanvas tu? GAMBAR 1 , 2 atau 3?Sila undi untuk saya k. Segala jasa baik tuan puan amatlah kami hargai. Bling bling.
---------------------------------------------------------------------------------

Buat Izzah, terima kasih byk2 atas Anugerah Teman Sejati ini. Yer..teman sejati sukar di cari.

Friday, February 20, 2009

Aku TAK PAHAM!

Korang ada baca tak Harian Metro harini? Pasal seorang guru wanita berumur 37 tahun yang diugut student dia. Pelajar tu ugut untuk sebarkan gambar dia sedang bercium dgn salah seorang dari mereka. Untuk menutup mulut 2 budak2 tu, guru wanita tersebut sanggup buat loan bank berpuluh2 ribu bayar kat diorang. Hish sampai macam tu sekali. Alasan dia supaya jgn smpai gambar tu kat suami dia.

Yang saya tak pahamnya kat sini kan, kalau ko tak salah kenapa ko takut? Klw saya diperlakukan sebegitu, malam tu jugak saya cerita pada suami. Suami nak marah ke apa nasiblah kan, sbb saya tak salah. Katanya dipaksa cium dan gambarnya diambil.

Tapi saya musykil, klw tak salah kenapa smpai mcmtu sekali. Sampai sanggup hutang sana sini nak tutup cerita tu. Saya TAK PAHAM.

Melainkan ko betul2 curang, betul2 buat salah. Entahlah. Saya bukan nak salahkan cikgu tu. Mungkin dia takut atau apa kan. Tapi sampai diperbodohkan sebegitu sekali oleh budak belasan tahun. Klw saya jd suami dia saya akan marah. Bukan sebab dia bercium dgn lelaki lain, tapi sebab dia bodoh bagi duit kat orang. Hish tak tahulah nak kata apa.


Ini keratan akhbar tersebut:


Aksi panas: Guru wanita bayar pelajar RM40,000
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassanam@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki mengaut keuntungan hampir RM40,000 sejak setahun lalu dengan menjadikan gambar ‘panas’ guru wanita yang mengajar mereka tuisyen sebagai mangsa peras ugut.Guru wanita terbabit berusia 37 tahun dikatakan teraniaya apabila tindakannya mencium seorang daripada pelajar berkenaan secara paksa dirakam mereka.Sejak itu, guru itu diugut menyebabkan dia terpaksa menanggung bebanan hutang jika tidak mahu gambar berkenaan jatuh ke tangan suaminya. Wanita terbabit yang mempunyai dua anak bimbang dengan ugutan dua remaja berkenaan terpaksa membayar wang diminta mereka kerana tidak mahu rumahtangganya bergolak disebabkan gambar aksi panas itu.

Menurut sumber, guru wanita itu mengajar subjek Matematik dan dia memang agak rapat dengan pelajar berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, sumber berkata guru wanita terbabit terjerat apabila dia yang mengajar kelas tambahan kepada anak muridnya membawa mereka keluar makan awal tahun lalu.“Ketika itu, pelajar berkenaan turut membawa seorang lagi rakannya berusia 19 tahun kononnya menemani mereka keluar makan.“Namun, sejurus makan mereka masuk ke dalam kereta yang diletakkan berhampiran kawasan restoran itu untuk pulang,” katanya.

Menurutnya, ketika itulah pelajar terbabit secara tiba-tiba mengambil kesempatan mencium guru wanita itu secara paksa sebelum rakannya mengambil gambar aksi perlakuan mereka. “Sejurus mengambil gambar aksi panas itu, dua remaja terbabit mengugut guru wanita itu supaya membayar wang kepada mereka jika tidak mahu foto berkenaan terlepas ke tangan suaminya.“Takut dengan ugutan itu dan bimbang rumah tangganya bergolak, wanita terbabit setuju membayar sejumlah wang kepada mereka,” katanya.

Namun, sejak itu, bermulalah satu episod hitam buat wanita terbabit apabila kedua-dua remaja itu mengambil kesempatan mengugutnya setiap kali mereka mahukan wang hingga menyebabkan dia terpaksa menanggung bebanan hutang.Sumber berkata, kerana khuatir gambar aksi panas itu diketahui suami, wanita terbabit terpaksa meminjam wang dari bank, saudara dan rakan-rakanya hanya kerana mahu memenuhi permintaan dua remaja itu.“

Namun, rahsia yang disembunyikan terbongkar apabila suami wanita terbabit curiga selepas melihat surat pinjaman bank yang sampai di rumah mereka.“Selepas didesak, wanita terbabit akhirnya menceritakan kejadian dia diugut dua remaja berkenaan,” katanya. Wanita berkenaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung kejadian itu Sabtu lalu.Susulan daripada laporan itu, dua remaja terbabit ditahan Isnin lalu di Setapak dan direman bagi membantu siasatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.


**Isteri hendaklah mengelakkan diri dari berniat untuk curang dengan suami kerana walau siapapun kita syurga itu di bawah tapak kaki suami. Sila cek tapak kaki mereka..diorang basuh bersih2 tak? ;-)

-------------------------------------------------------------------------------

KAHWIN SELAMA 12 HARI JE


Ini lagi satu kes yang saya tak paham. Nak lawan kes Beego ke apa ni? Beego 10 hari je kawin. Ni pasal pemain badminton negara kita, Roslin Hashim. Inai kat jari pekat lagi dia dah lafazkan cerai talak 1 kat bini dia depan mak pak mertua dia. Haish macam2 hal. Penat buat kenduri pun tak habis lagi dah bercerai.


Itulah..dah habis kata2 saya. Sebab saya tak paham dengan mereka semua ni.


***Perkahwinan bukan sekadar menukar status diri.

Thursday, February 19, 2009

Azizah Mahzan vs Elizabert Wong

Ini adalah gambar2 Azizah Mahzan yang mesra tapi teman sahaja dengan Zaefrul tu, yang skrg sedang hangat dingumpatkan oleh orang ramai serata pelusuk negara. Gambar ni dah tersebar melalui email dan kat forum2 gosip artis. Saya bukan nak mengata pasal makcik Azizah ni. Saya tak kan kata dia tak sedar diri ke apa(upss..). Dan saya bukan sengaja tepek gambar dia untuk sebarkan keaiban diri dia, sebab ini bukan gambar aib bagi dia. Malah dia berbangga ok. Zaefrul tu ibarat adik dia je..kata makcik Azizah lagi.

Tapi berlainan pula nasib Elizabert Wong, exco kerajaan negeri Selangor tu. Walau gambar dia yang tersebar tu 2 keping cuma (tak tahulah klw korang dapat tengok banyak kan)..tapi dia dikecam lebih teruk. Dikatanya bagi contoh yang tidak baik kepada budak2 dengan berperangai begitu. Tapi tang mana budak2 akan terpengaruh tu saya tidak pasti. Kecuali budak2 tersebut memang terer IT, masuk web2 yang bersesuaian dgn gambar Elizabert tuh. Itu kecuali. Tapi Azizah Mahzan, yang hari2 kita boleh tgk di TV, ditonton oleh ramai budak2 takdela plak dikatakan memberi contoh tak baik kat budak2. Nak kata sebab dia berlakon jadi orang baik dalam TV tu mungkinla. Tapi macam dalam SPA Q 2 tu, lakonan dia..pakaian dia lebih kurang je dalam gambar2 kat bawah ni.

Saya bukanlah nak bela Elizabert tu. Cuma saya pelik..nape Azizah tak pulak disuruh letak jawatan sebagai pelakon. Takdelah pulak yang mengecamnya sampai sebegitu. Si Elizabert, yang sekali 2 je masuk TV, itupun blom tentula sbb Pakatan Rakyat tak layak masuk TV, tetapi akhir2 ni hari2 la muka Elizabert tu kat TV..wahhh glemer U..di suruh orang letak jawatan. Sbb perangai dia tidak elok..tak baik..nanti mempengaruhi kanak2.

Whatever! Saya bukan peminat politik. Cuma saya nak cakap, Elizabert dia non muslim, tapi Azizah..Allah marah kita brkelakuan sebegitu. Sebab..kita orang Islam. Renung2kan. Syukurlah saya bukan seorang pelakon:-)










Elizabert Wong

Mari Bermain - Melompat Sini Sana

Saya curik "Rahsia Nama Anda" ni dari forum GM. Macam best. Caranya ialah dengan mengambil maksud dari stiap huruf nama anda. Ok ini adalah maksud stiap huruf2 tu. Korang ambikla huruf2 yang ada dalam nama korang je tau.

A - Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran mu.

B- Berhati-hati apabila bertemu individu yang baru dikenali

C- Kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu. Kamu masih lagi belum menonjolkan bakat atau kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya.

D- Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.

E- Kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan.

F- Semua orang menyayangi kamu.

G - Kamu memiliki cara yang tersendiri untuk memerhati dan menilai individu.

H- Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadilli sesuatu perkara.

I- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum.

J - Opps.. kamu agak cemburu orangnya.

K - Kamu gemar mencuba sesuatu perkara yang baru.

L- Kamu amat percaya pada cinta.

M- Kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupanmu.

N- Kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat.

O- Kamu tergolong dalam kategori individu yang berfikiran terbuka.

P - Kamu seorang yang peramah dan amat memahami.

Q- Kamu amat hipokrit. Awas!!!

R- Kamu gemar bersosial dan berhibur.

S- Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh kehadapan.

T- Sikap kamu adakalanya agak mengjengkelkan orang disekeliling mu.Hindari dari sikap suka berlagak mu itu!

U- Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dengan individu disekelilingmu walaupun ia diluar kemampuan diri mu yang sebenar.

V- Wow! Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik!

W- Kamu sentiasa mementingkan waktu-waktu yang ada. Kamu akan cuba mempergunakannya sebaik mungkin.

X- Kamu tidak suka pada arahan. Bagi kamu, kamu tidak perlukan arahan orang lain dalam hidup ini!

Y- Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepada orang lain bahkan diri kamu sendiri.

Z- Kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang!

Ok saya buat nama saya :

E- Kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan. (Well..saya mmg suka berseronok..yeh!yeh!)

M- Kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupanmu. (Iye kot..tapi saya blom cukup berjaya lg..)

Y- Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepada orang lain bahkan diri kamu sendiri. (Cis!..)

Korang cuba la buat. Untuk suka2..saya kan suka berseronok. Haha. Tapi jgn percaya maksudnya sudahla yer.

Tuesday, February 17, 2009

Gambar Bogel Elizabert Wong


Exco Selangor-Bukit Lanjan, Elizabert Wong, 37 tahun yang juga merupakan Pengerusi Pelancongan & Alam Sekitar Selangor sedang menghadapi saat paling getir dalam arena politiknya apabila beberapa gambar dan video separuh bogel ketika dia sedang tidur tersebar di internet. Politik-dunia yang penuh dengan kekotoran. Andai kau alpa sedikit beginilah nasib. Yang kawan boleh jadi lawan, yang lawan tak habis2 bermusuhan.

Saya bukan nak cerita mengenai hal politik, tetapi isu tangkap gambar atau merakam video ketika sedang tuttt. Atau bergambar dalam keadaan mengghairahkan or whatsoever. Dah jd mcm trend dah skrg. Biasa yang jd mangsa perempuanla. Yelah, sape je nak tgk gambar lelaki bogel. Geli mak nak tgk nyah!

Dlm kes mcm ni, diri sendiri jugaklah yg salah. Yang ko bodoh sgt nak rakam2 tu kenapa? Yang lelaki mmg sukalah kan. Alasan untuk tgk bila rindu2 nanti. Sebagai koleksi peribadi. Hampeh! Klw yang suami isteri tu bolehla tahan. Benda dah halal. Tapi tak takut ke klw gambar tu terlepas kat tgn orang lain nanti. Memangla bukan laki ko yang akan sebarkan kat internet tu, tapi tak mustahil bukan. Esok2 kalau bergaduh besar, kita bukan tahu pun kan. Masa tgh seronok biasalah semuanya indah2 blaka. Dah bercerai-berai nanti, yang wangi pun boleh jd busuk. Para isteri renung2kan yer. Jgn sesekali ambil gambar sebegitu. Dalam Islam pun ada ajarkan klw nak buat tuttt tolong jgn buat seperti binatang. Kita manusia. Perlu berlapik.

Klw pun bukan laki ko yang akan sebarkan, mungkin boleh tersebar dgn cara lain. Ingat tak kes Wan Nor Azlin dulu? Tak reti2 nak jadikan pengajaran. Bagaimana gambar mereka boleh tersebar? Klw tak pun mungkin boleh tersebar dgn cara lain. Contohnya korang save dalam handphone. Tetapi ada 2,3 keping yang tersave dalam memori handphone tersebut. Korang tak perasan. 2,3 tahun lepas tu korang jual handphone tu. Samada pembeli seterusnya dapat gambar tersebut atau tokey kedai handphone tu, nasib korang bergantung pada dia. Klw kena orang baik dia delete je. Klw orang mata $$$, boleh send ke laman web lucah yang bersepah2 tu. Boleh dapat duit. Takpun diorang sebarkan je kat internet, saje suka2. Sape yang malu? Ko dan keluarga ko jugak.

Ye para ibu2 dan juga bapak2 sekalian. Ingat tu yer. Tak perlulah nak rakam2 gambar ketika bersama tu. Malu lah. Nak tgk sendiri pun malu. Lelaki mmgla suka. Tapi kita ni yang perempuan, jgn jadi bodoh. Jgn dipergunakan sebegitu. Kita yang perlu bertegas. Ini maruah kita.

Tapi kebanyakan gambar yang tersebar tu gambar dari hubungan di luar nikah. Dah kata bersekedudukan sebelum kawin pun kan, sah2 la perempuan dalam gambar tu bodoh. Upss sori terkasar bahasa. Tapi serius mmg jijik dengan perempuan2 sebegitu. Dah tahu ko buat dosa, nak rakam2 plak dosa yang ko lakukan. Tak malu ker? Klw nak jugak tgk balik perkara maksiat yg ko dh buat tu, tunggu je kat padang mahsyar nanti. Dimana di hari perhitungan kelak, semua dosa2 kita akan dipaparkan kembali depan mata. Janganlah bodoh sangat. Sudahla maruah tergadai, gambar pulak dibuat jualan murah. Kesian..


***Itu bukan gambar Elizabert Wong tu tau. Sekadar gambar hiasan. Korang laju je kan nak tgk gambar lucah2 ni. Haha.

Tanda, Petanda dan diTandakan Oleh Daniella

Ok. Harini saya nak buang tebiat menjawab tag Kak Daniella. Tapi saya taknak jawab tag dia..saya nak komen jwpn dia. Boleh ye Kak Daniella. Hehehe.

**Yang kaler2 tu soklan tag, yang tulisan senget jawapan Kak daniella dan yang dalam kurungan komen saya..Ni semua Suehaida punya pasal la ni. Tadi masuk blog dia kata tgh tanda paper..saya pun nak tanda paper jugak..tapi saya bukan cikgu..hehe)

TANDA
1.TANDA2 KAMU BAD MOOD.
~ muka masam mencuka..(Ish mesti seram klw tgk muka Kak Daniella time ni kan)

2. TANDA2 KAMU MARAH.
~ muncung panjang sedepa..(Aii sampai sedepa panjangnya mucung tuh..betul2 panjang nih. Boleh wat sangkut baju tak kat muncung tuh?haha)

3. TANDA2 KAMU SINTING.
~ ?? aku tak faham apa sinting tu??(Sinting tu cam gila la kak...tapi jwpn akak ni mcm menunjukkan akak sinting je. Haha. Sebabnya orang gila dia tak mengaku dia gila tau. Pastu pura2 tanya gila tu apa. Hahahaha)

4. TANDA2 KAMU MALU.
~ muka kemerah2an dan agak tersipu2.. ngee..(Mesti kak Daniella ni putih orangnya kan)

5. TANDA2 KAMU SEDANG CEMBURU.
~ percaya tak?? aku tak pernah cemburu..(Percaya2. Sbb bila kita ada kepercayaan pada psgn kita, prasaan cemburu tu tak kan ada.)

6. TANDA2 KAMU SEDANG SEDIH.
~ dah tentulah menangis..(Itu mesti sesuatu yang sgt menyedihkan kan. Klw yang sedih biasa2 tu mesti kita diam termenung je kan)

7. TANDA2 KAMU TENGAH GUMBIRA.
~ ngee.. ketawalah, apa lagi..(Kdg2 klw kita tgh bersedih, gelakla sorang2..insyaAllah kesedihan kita tu akan berkurang sedikit..)


APA?
1. APA WARNA BAJU YANG KAMU PAKAI SEKARANG?
~ warna putih.. suci bersih..(Wahh akak ni nurse ke..pegi kerja pakai baju putih?huu)

2. APAKAH KAMU TERMASUK ORANG YANG SUKA SHOPPING?
~ yess.. rasanya semua wanita dalam dunia ni suka shopping.. tapi, kena tinjau2 gak poket..(Sbb perempuan ni ada 9 nafsu..klw kita perempuan yg tak membeli..bangkrapla smua kedai kat dunia ni..betul tak? Btol btol btol..haha)

3. APAKAH KAMU PERCAYA LOVE AT FIRST SIGHT?
~ mestilah.. sampai sekarang masih teringat.. walaupun tak kesampaian.. huhu..(Perasan la ni..heh heh. tapi kebiasaanya apa2 1st impression kita pada seseorg tu silap. Dah kenal baru kita akan tahu dia mcm mana. Klw 1st impression kita caka org tu prangai buruk...kenal dulu..tak kenal maka tak cinta)

4. APAKAH YANG INGIN KAMU LAKUKAN SEKARANG?
~ nak habiskan tag ni secepat yang mungkin.. sebelum bos sampai..(Saya pulak sdg mengomen tag akak..hehe..bos takde as always.hee)

5. APAKAH RASA DI HATI KAMU SAAT INI?
~ entahlah.. tak de rasa yang special..(Saya rasa nak gelak..sbb suka2 je kan komen jwpn org lain..haha)

BILA
1. BILA PERTAMA KALI KAMU DILAHIRKAN KE DUNIA
~ ada kali ke dua ke?? aku dilahirkan pada 06 Oktober, 1972..(Wahh pandai la akak wat lawak. Ahaha. Wahh dah 37tahun dah yer akak tahun ni. Mesti dah tempuh mcm2 onak duri kan. Yang mengajar akak erti kedewasaan. Jgn lupa berkongsi pengalaman dgn kami di blog k. Yang baik akan kami jadikan panduan..yang tak elok akan dibuat sempadan..Belajar dari pengalaman adlh sesuatu yg lebih bermakna:-)

2. BILA SAAT TERINDAH DALAM HIDUPMU?
~ tak tau la bila. rasa macam belum ada jer..(Masa kawin dulu tak indah ke? Masa melahirkan baby..kan indah saat2 tu)

3. BILA KALI TERAKHIR DIMARAHI IBUBAPA?
~ kalau dengan ayah, dah 26 tahun tak kena marah.. tapi, dengan mak, baru semalam kena marah.. sebabnya, aku pukul anak aku.. sikit jer tu.. biasalah, nenek sayang cucu kan buruk..(Haha..biasalah orang tua..akak marah anak..mak marah akak..elokla tu..anak2 yg kena marah..haha)

4. BILA KALI TERAKHIR EHEM EHEM EHEM?
~ ehemm.. bila 'ek?? nak bagitau jugak ker??(Soalan berbaur lucah ni..tapi ehem2 itu mungkin bermaksud lain jugak..cam buang air besar ke..itupun diorg nak tahu. ahahaha..Soklan kelakar nih)

5. BILA KAMU AKAN MARRIED?
~ nak suruh married lagi?? cukup la dua kali jer..(Saya pun nak tahu bila akak kawin yg no 2 ni? Lepas brapa tahun jd ibu tunggal tu? (busy body jugak nih))

BAGAIMANA
1. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG BUAT KAMU SAKIT HATI?
~ bergantung pada siapa orang tu.. agak2 kalau boleh kena marah, aku marah je la..(Bagus..jgn pendam prasaan..nak marah..marah je. Sok raya mintakla maaf..hehe)

2. BAGAIMANA KALAU ADA ORANG CAKAP KAMU LAWA/HENSEM?
~ senyum je la..(Owh mesti akak seorang yg mmg lawa nih..klw tak lawa mesti kembang kuncup je hidung bila ada org puji..hiks)

3. BAGAIMANA JIKA ADA TEMAN KAMU MENINGGALKAN KAMU?
~ teman biasa ker atau teman tapi mesra?? kalau dia nak pergi, pergi je la.. takkan nak tahan pulak..(Teman ketawa mudah di cari..teman berduka siap je yg sudi..betul tak? Kawan dtg dan pergi dalam hidup kita ni..)

4. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG TIDAK SUKA SAMA KAMU?
~ mana ada manusia yang sempurna.. kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.. kalau dah tak suka, dah.. aku peduli apa..(Bagus..ignore je orang tu. Mula2 kita pun akn sakit hati gak dgn dia..buat dek je..jgn layan org mcm tu.)

5. BAGAIMANA KALAU KETIKA KAMU BANGUN, KAMU DIKELILINGI API?
~ apa tunggu lagi, larilah..(Klw dlm drama melayu diorg akan jerit Api!Api!Api!)

6. BAGAIMANA JIKA KAMU KESEORANGAN.
~ kalau aku keseorangan.. masuk blog la..(Sekurang2nya ada tempat nak dituju yer)


Ok sekian. Hehehehe.

Monday, February 16, 2009

Saya Sudah Dewasa

Yer..saya sudah dewasa. Sudah matangkah saya? Dari segi fizikal byk sudah kelihatan perubahan saya. Arghh saya sudah gemuk. Masalah typical yang sering dihadapi oleh wanita dewasa. Obses? Yer..saya masih obses untuk kurus seperti gadis remaja lagi. Sambil obses sambil saya mengunyah. Haha.

Lalu saya renungkan apa pencapaian saya setakat ini. Hemm tak banyak. Saya belum menjadi seseorang lagi. Seseorang yang dikenali. Seseorang yang dijadikan idola. Yer saya belum lagi menjadi juara Malaysian Idol musim ke 3.

Saya juga belum memecahkan mana2 rekod lagi. Saya bukan Amalina yang diingat apabila menjadi pelajar pertama memegang rekod A plg banyak dalam SPM. Saya jugak bukan Nicol Ann David yang menjadi juara dunia itu. Saya juga belum dianugerahkan gelaran Dato' oleh mana2 Sultan di Malaysia ini. Saya juga bukan seorang Datin yang di mana suami saya bergelar Dato' dan merupakan seorang usahawan malah menteri yang terkenal. Hari2 masuk TV u!

Itu semua saya belum capai lagi. Saya juga belum mampu memiliki rumah yang layaknya seperti rumah2 banglo di Bukit Mewah yang runtuh baru2 ni tu. Saya juga belum pernah buat sebarang pinjaman bank unt membeli sebuah kereta BWM 5 series apatah lg siri ke 7. Saya juga bukan seorang wanita moden yang mampu shopping sakan sambil berkata "alah beg guess harga 3ribu mcmtu..ada 7 dalam simpanan saya". Saya belum mampu berkata seperti itu lagi.

Lalu saya renungkan apa yang saya ada pada hari ini:
-Saya cukup makan. Malah kdg2 terlebih makan. Makan tak ingat. "Kata
awak on diet", tanya suamiku. "Errr..esokla start yang..hehehe".


-Saya lihat pakaian saya. Tidak lusuh tidak buruk. Malah saban bulan
saya masih mampu membeli pakaian baru. Sampaikan membuak2 di dalam almari. Dah kira kes membazir nih. Ditindan baju baru yang lain, sampai terkadang saya terlupa saya pernah memiliki baju tersebut.
(p/s:saya bukan shopaholic)

-Saya lihat kerjaya saya. Owh gaji saya tidaklah seperti tuan direktor.
Yang jika dibelanjakan RM500 untuk makan tengahari saja, tidak akan efek langsung kedudukan ekonomi bulanannya. Tapi saya masih mampu makan tengahari dengan lauk yang sama di restoran yang berbeza malah gerai juga pun yer..dengan harga RM5 ke bawah sahaja.


-Saya lihat kereta saya. Tidak segah kereta2 yang eksekutif2 pakai. Tidak
segah kereta seorang kawan saya yang berjawatan tinggi, tapi tiap2 bulan sengkek akibat monthly payment kereta dia yang tinggi. Tapi kereta saya mampu ke mana2 destinasi. Mungkin juga boleh membawa saya ke Sabah malah Sarawak, kena charge harga naik kapal la.


-Saya lihat rumah saya. Rumah saya tiada pagar besar..tiada garaj
kereta..tiada sliding door. Tapi saya ada rumah. Ada tempat unt dituju apabila
pulang dari kerja. Saya tidak menumpang rumah ibu bapa. Rumah saya tiada perabot mahal. Malah boleh dikatakan tiada perabot. Haha. Hanya keperluan asas sahaja. Saya biasa berkata kepada rakan2 "Klw ko nak dtg rumah aku jgn lupa bawak makanan tau, sbb rumah aku takde dapur..hehe".


Banyak lagi yang saya lihat. Yang ada pada orang lain tetapi saya masih tiada. Tapi saya bersyukur. Saya punya suami tempat mengadu, punya keluarga tempat bercerita, punya kawan2 tempat bergembira, punya kerjaya yang tidak seberapa, punya wang membeli harta. Saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya pada hari ini. Walau saya tidak kaya, tetapi saya bahagia. Saya gembira atas segala pencapaian saya pada hari ini. Mungkin tidak gemilang, tetapi itu saje yang mampu saya capai setakat ini. Setahun,dua tahun malah mungkin sepuluh tahun akan datang, pencapaian saya akan bertambah. Itu impian saya.

Ya Allah terima kasih atas segala kurniaanMu kepadaku. Ampunkan aku andai aku tidak bersyukur kepadamu. Ampunkan aku andai aku terlalu mengejar dunia. Andai tiba saat Kau ambil nyawaku kelak, permudahkan urusanku Ya Allah, agar aku dapat mati dalam keimanan. Aminn.

Korang pula bagaimana? Sudah tercapai segala impian?

Saturday, February 7, 2009

Ini Di Perak Bukan Palestin

Gambar demontrasi semalam.







**Saya sempat bagi ucapan untuk Sultan Perak smlm sblom laman web dia di tutup:-)

Jiran Sepakat Membawa Berkat

Ini adalah gambar berdasarkan entry saya yg lalu. Malas nak mengumpat lagi. Korang tgk jelah gambar2 ni yer. Gambar bukti saya mempunyai jiran2 yang baik:-)

Ini adalah aktiviti biasa kami, buat makan dan makan bersama2. Biasanya kami masak kat rumah masing2 pastu baru kumpul kan makanan skali. Ini gambar masa open house raya last year. Msg2 boleh ajak kawan msg2. Mcm2 makanan ada. Klw buat kat rumah sendiri 2 3 jenis je makanan kan. Pastu dahla tak muat rumah. Bek buat camni..save baget.
Kitorg slalu gak buat BBQ ni. Kdg2 saje je buat..unt makan tengahari. Masing2 bawak turun ikan ke daging ke ayam yang nk dibakar. Pastu bakar sama2 dah siap makanla kat umah sendiri. Tak pun klw rajin bentang tikar makan ramai2 kat bawah.


Ini adlh parking motor. Biasa jadi port tempat makan2.


Pemandangan dari atas rumah mak saya.


Owh kerang bakar. Best ni cicah sos thai.

Walau cuaca hujan mcm mana skalipun..pasal makan confirm berduyun2 turun. Masa ni lah nak jumpa nak bermesra. Klw hari biasa balik terus masuk rumah. Nak jumpa muka jiran depan rumah pun payah. Klw ada aktiviti mcm ni senangla kenal orang baru menyewa ke sape2.




Ini masa Majlis kawin saya belah suami. Ramai2 ikot mengantar. Terharu rasanya. Ini gambar sebahagian jiran yang hadir.

Ini pulak masa majlis nikah saya. Saya buat majlis 2 hari. Yang hari sabtu jiran2 ni lah yang tolong masak smua. Sampai makan malam, tghari sedara mara yg dtg dari kampung smua di taja meraka. Seronok ada jiran prihatin macam ni. Takyah kita nak pikir dah hal makan2 ni..smua diorg uruskan. Hari ahad walau saya pakai katering..diorg tetap sebok nak jd penanggah. Hu.



Ini masa kawan saya meninggal secara tiba2. Sebab demam panas je. Pagi2 dah siap nak pergi kerja diorg smua kecoh Hawa dah meninggal. Ramai yang emergency leave haritu. Kami jiran2 selain menghantar arwah ke kubur, kami sediakan makan tengahari dan malam unt sedara mara arwah. Khemah kami sewa unt diorg berteduh. Parents arwah kata diorg dpt duit RM10K (serius tak tipu) hasil orang derma kilat haritu. Duit tu mak dia dah derma ke Masjid atas nama arwah. Al-Fatihah buat arwah Hawa.



Apapun jiran yang semakin banyak kelebihannya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang sedangkan tetangga disebelahnya
kelaparan (sedang dia mengetahui)" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

"Siapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah
mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat
Bukhari) Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk neraka orang
yang didalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman dan tidak akan masuk
syurga yang didalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong" (Riwayat Muslim
& Abu Daud).
***Harini diorang buat gotong-royong masak bubur Asyura.

Friday, February 6, 2009

Menteri Besar Perak Dalam Sejarah

Horror la politik Malaysia nih! Kacau bilau. Owh saya bukanlah peminat politik. Dan ini merupakan posting pertama saya pasal politik. Tetiba harini saya nak komen pasal pergolakan politik kat Perak tu. Bukan nak kutuk BN ke Pakatan Rakyat ke..cuma rasa simpati plak kat Pakcik Nizar tu. Yelah..tiba2 naik dan tetiba jatuh cara macam tu plak. Kesian kat dia.
Saya bukanlah anti BN..tp serius anti bila diorg buat mcm ni. INI TIDAK ADIL! Mana boleh sbb 3 orang a.k.a monyet2 yang suka melompat parti tu smuanya berubah. Yang monyet 3 ekor tu confirm takleh buat laki. Takde pendirian! Klw laki aku wat prangai camtu..malu seh..tak tahu nak letak muka kat mana. Tak kesahla kan ko ckp ko tak ambik rasuah ke..ko tidak disogok mahupun menyogokkan pun..tapi alah lu pikirlah sndiri. Huh..aku klw bab2 politik tros bahasakan diri aku. Haha. Panas hati ni panas!

Sultan Perak pun satu. Dok ikot je ckp Najib n the gang tu. Klw camtu lain kali takyah la nak buat pilihan raya. Ikut suka tuanku je nak pilih sape. Kita ni rakyat sebokla berbaris panjang2 nak g pangkah undi..alih2 8 bulan kemudian apa yg kita pangkah di tanda right oleh tuanku. Sadis sungguh! Kesian exco2 Pakatan Rakyat tu..belum panas lg kerusi yang diorang duduk nak kena bangun. Frame kat dinding rumah MB tu tak taruk gambar lagi agaknya dah nak kena tukar frame lain. Ish ish sedihnya.


Owh ye cakap psl frame gambar. Haritu susah2 aku menepek gambar pakcik Nizar tu kat ofis laki aku. Alih2 nak kena tukar ngn gambar pakcik Zambry ni plak. Haritu sejuk je mata tgk janggut ciput pakcik Nizar tu. Ni nak kena ngadap muka pakcik lain plak. Dahla muka dia cam Ane kat kedai mamak yg slalu aku g makan tu. Haish.

Apapun kita rakyat pacal yang hina leh tgk jelah apa yg akan dan sedang berlaku. Sapepun kat atas kita bukan dpt apapun. Tetap kais pagi makan tengahari, petang dan malam. Tapi mereka yang di atas sana macam2 boleh dapat. Memanglah tak nampak perubahan apa2 pun lg yg Pakatan Rakyat buat. Ate kata baru 8 bulan bekerja. Gaji pun belum naik lg. Tak cukup setahun lg. Alah yang BN memerintah pun makan tahun nak buat mcm2 perubahan.

Aku cam tak puas hati lg nih. Yelah..bglah peluang kat Pakatan Rakyat tu. 4 tahun je lagi. Tunggulah klw nak berubah ke BN. Bg diorg peluang dulu. Ini tidak. Tiba2 rampas kuasa mcm tu. Laki aku yang rakyat Perak tu kata sejak Pakatan Rakyat memerintah senang berurusan dgn mereka. Mintak apa2 senang je lulus. Boleh bawak bincang. Klw dulu dan harini juga esok dan hari seterusnya..mesti susah balik. Yelah..klw ko takde kroni..takde maknanya ko nak dpt projek besar2. Kecuali ko ada RM yang boleh terbang2 unt bg kat diorang tu. Huhuhu..


**Sedih tgk Perak hari ni..kalah selepas menang dalam 2 pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Terengganu baru2 ni. Lu pikirlah sendiri mana yang rakyat pilih!